Thursday, December 27, 2012

PSM time :)

Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Assalamualaikum wbt buat para blogger dan pembaca setia..Alhamdulillah,masih agi diberi kesempatan olehNya untuk mencoretkan sesuatu di blog ini. Actually, kali ni nak post tntg perkenalan dgn Mr Husband, majlis tunang, perkahwinanku. Namun, ceritanya sangat panjang dan mungkin memakan beberapa hari untuk menyiapkan entry tu saja. So, utk hari ni, sy nak bercerita tntg PSM la dulu.

Apa tu PSM? Bagi student UMP, PSM sudah sebati bg setiap pelajar terutamanya final year student. PSM adalah projek sarjana muda atau lebih dikenali sebagai final year project (FYP). OK, xnak bincang panjang lebar tntg definisi PSM. Saya bukanlah budak sastera utk kupas definisi bagai. Bila dengar pasal PSM, jantung seolah-olah bagai terhenti, terasa darah menyirap naik ke muka, makan x lalu, tido x lena dan macam2 lagi. Macam nak kahwin pon ada. Ish3. Dahsyat jugak penangan PSM ni. Ada kadang-kadang, termuntah-muntah bagai. Kecian betul. Mana taknya, gementar dengan EVALUATOR, THESIS, SYSTEM yg xsiap lagi dan macam-macam lagi. 

OK, back to the topic. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana memudahkan diri ini sepanjang sebelum, semasa dan selepas PSM. Aku bersyukur sangat-sangat kerana mempunyai seorang supervisor yang sangat baik hati dan mengambil berat di samping membantu sehingga ke saat akhir untuk menyiapkan projekku dengan sempurna dan jayanya. Terima kasih Dr Lee Ho Cheong. I will remember and miss those moments forever and ever.

Untuk projek sarjana mudaku, aku memlilih tajuk Paddy Disease Detection System Using Image Processing. Dengar tajuk pon, rasa macam gerun kan. hihi. Terus terang, memang sangat susah dan kadang-kadang sampai satu tahap rasa macam nak surrender je. Namun, SV la yang banyak beri dorongan disamping sahabat-sahabat serta keluarga. Dengan kekuatan yang ada, aku meneruskan juga untuk menyiapkan projekku ini. 

Sebelum final presentation, aku akan jumpa SV sebanyak 3 kali seminggu. Setiap kali aku jumpa SV, kami ambil masa at least 4 jam untuk membincangkan tentang progress, penambahbaikan dan macam 2 lagi. Kadang-kadang berair juga mata ini untuk menyiapkan projek ini. Mana taknya, projek yang aku buat ni diluar bidang aku. Aku major bahagian Networking tapi aku ambil projek more toward Software. Sangat tersiksa nak memahamkan coding2, matlab dan teknik neural network. Namun, aku sentiasa ingat kata2 ini "Letakkan sepenuh kebergantungan kepadaNya. Allah sentiasa bersama orang-orang yg bersabar ". Mungkin inilah cabaran dan dugaan buatku supaya lebih sabar dan tabah bagi menyiapkan projek ini.

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. 18/12/2012, tarikh keramat dimana aku bersama sahabat-sahabat akan bertempur (macam nak g perang pulak) di depan evalautor. Pagi tu, aku telah menyiapkan segala thesis dan testing untuk diberikan kepada evaluator agar mereka lebih memahami projekku ini. Tiba-tiba, hensetku berdering. SVku meminta aku untuk berjumpa dengannya. Pada pengamatan aku, mungkin SVku ingin menyampaikan amanat terakhir sebelum turun ke medan. Dengan penuh bersemangat, aku bawa segala thesis, laptop dan terus melangkahkan kakiku ke Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian lalu menuju ke bilik SVku. Setelah mengetuk pintunya, beliau membukakan pintunya perlahan-lahan. Belum sempat aku duduk, beliau memberikan sesuatiu kepadaku. Alangkah terkejutnya dan hampir menitis air mata. He gives me present  as anak SV. Subhanallah. I'm really touched. He was really kind and superb.

Aku balik ke bilikku dengan penuh rasa gembira dan terharu. Padahal, aku masih belum presentation lagi. Namun, tiba2 satu perasaan datang dalam diri ini. Perasaan ingin lakukan the best presentation ever.  Aku meletakkan keazaman untuk memberikan yang terbaik untuk presentation nanti. Tepat jam 2 petang, aku melangkahkan kakiku dengan penuh yakin dan bersemangat. Niatku untuk memberikan yang terbaik agar dapat sumbang buat ummah pada masa akan datang. Perasaan semasa melangkahkan kakiku ke ASTAKA,UMP tidak seperti selalu. Aku berasa lain sangat. Tiada debaran yang melampau seperti selalu. Tiba2 rasa kekuatan datang. Allahuakbar, tidak dapat digambarkan perasaan itu.

Sesampainya aku di ASTAKA, aku terus mencari-cari keberadaan boothku. NO 43. Terkial-kial juga aku mencari boothku. Rupa-rupanya boothku berada di hujung sekali berhadapan dengan pentas. Setelah selesai menampal poster serta set up komputer semua, tibalah masanya untuk evaluatorku menilai sistem ku. Panel penilaiku ada 2 orang. En Zulfahmi Toh dan Puan Safawati. Alhamdulillah, aku berjaya menyakinkan kedua panelku mengenai sistemku dan keupayaannya untuk digunakan oleh para petani. Habis sahaja presentation, aku berasa seolah-olah berada diawang-awangan. Gembira yang tidak dapat diungkapkan dengan kata2. Rasa berbaloi sangat-sangat dengan apa yang telah ku lalui selama 1 semester yang lalu. Dan perkara yang paling mengembirakan aku adalah projekku antara 10 projek yang terbaik. Rasa seperti tidak percaya. Bukan senang nak dapat peluang untuk present di hadapan INDUSTRI. Namun, aku redha bilamana aku tidak berkesempatan untuk present untuk industri kerana aku mempunyai misi yang lagi besar untuk diseru iaitu pulang ke rumah untuk preparation majlis perkahwinanku. 
-Top 10 student-


-my project-


Oklah semua. Setakat ini dulu penulisanku. InshaALLAH, entry terbaru akan ku update beberapa hari/minggu dari sekarang. Assalamualaikum.




Sunday, December 16, 2012

'Mereka' - Part 1


Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Assalamualaikum wbt. buat para blogger dan pembaca setia..Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menulis dalam blog ni walaupun mempunyai masa yang sangat limited. Al-maklumla, sekarangkan musim Final Year Project presentation terutama utk UMP student. For my project, masih terdapat saki baki lagi untuk meng'edit' Final Thesis ku. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkanNya. 

Berbalik kepada tajuk diatas, actually,tajuk tu dah lama tersemat dalam hati ini untuk ditulis. Namun,mmg banyak sangat aral melintang sehinggakan terpaksaku post-pone kan dulu hajat di hati tadi. InshaALLAH, masa yang ada ini akanku kongsikan sebanyak mungkin kenangan-kenaganku bersama 'mereka' di UMP (Universiti Mencari Pahala). Mereka yang dimaksudkan adalah sahabat-sahabiahku. Bagiku, mereka bukan sahaja sahabat malah telah ku anggap mereka sebahagian daripada keluargaku kerana kami merasakan pahit manis kehidupan bersama-sama. Tidak kira, saat susah, saat sakit, saat gembira, saat diuji semuanya kami rasakan bersama-sama.

'Mereka'. 

Saat pertama kali aku mengenali mereka adalah dalam satu pertemuan. Pertemuan yang sangat terkesan dalam hatiku. Pertemuan yang mentarbiyyah kami supaya kuat dan istiqamah dalam usaha untuk menyampaikan dan melebarkan sayap dakwah islam. Dengan pertemuan ini kami mengenali hati budi masing-masing, mengenali keluarga, mengenali hobi dan cita-cita, berkongsi masalah, meningkatkan semangat tolong menolong antara satu sama lain dan pelbagai lagi. Tak dapat aku ceritakan kesemua kisahnya. Namun, dengan pertemuan ini, aku bertambah sayang dan cintakan mereka lillahitaala.


Imam al-Manawi dalam menafsirkan ayat diatas berkata

: المسلمون إخوة أي جمعتهم الأخوة الإسلامية بالحضرة المحمدية لاتحاد المرافقة في ورود المشرب الإيماني والمدد الإحساني وكل اتفاق بين شيئين أو أشياء يطلق عليه اسم الأخوة

Ertinya: (Orang muslim itu bersaudara) yaitu mereka disatukan oleh Ukhuwwah Islamiyah karana kehadiran ajaran Nabi Muhammad, karana mereka telah memiliki kepentingan sama dalam meneguk iman, dan saling berbuat baik. Setiap ada kerukunan antara dua perkara atau banyak itulah yang disebut “ukhuwwah”.

Setelah pertemuan pertama, aku melayari pula pertemua demi pertemuan. Sejak pertemuan pertama, tidak dapat aku ungkapkan perasaan yang tersemat di hati ni. GEMBIRA dan BERSYUKUR kerana terpilih oleh ALLAH bertemu dengan mereka. Terasa lengkap hidup ini disaat keluarga berada jauh nun di Kedah, mereka datang menjadi 'keluarga'ku di UMP. Saat dimana ku lakukan kesalahan, Allah hulurkan mereka untuk datang menegur. Saat dimana tengah sedih dan berduka, mereka datang disisi mendengar luahan hati. Subhanallah, sungguh manis pengalaman ini.  



Pertemuan-pertemuan ini membuatku kenal erti ukhuwah, erti pengorbanan, erti jihad, kepentingan dakwah dan tarbiyyah, kepentingan amal islami dan amal jamaie serta banyak lagi. Aku suka mendengar pengisian-pengisan dari mereka. Ayat yang paling aku tersentuh sepanjang detik-detik pertemuan aku bersama mereka adalah "Radhiah, letakkan sepenuh pergantungan hanya kepadaNya. InshaALLAH,pasti Allah akan membantumu. Dan ingatlah, jika kita membantu agama Allah, necaya Allah pasti akan membantumu" - pesan salah seorang dari mereka.

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa,” (QS. Al Hajj : 40)

“dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya. Padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha kuat lagi Maha Perkasa.” (QS. Al Hadid : 25)

“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (QS. Muhammad : 7)

Pernah sekali, sewaktu aku masih lagi berada di tahun 1, masa tu aku masih lagi belum mengenali mereka secara terperinci, namun, aku sangat kagum dengan senior-seniorku. Mereka istiqamah untuk solat berjemaah di masjid terutama pada SUBUH hari. Terdetik di hati ini, dimana kekuatan yang mereka dapat untuk datang solat berjemaah di masjid walhal mereka berada jauh nun di KK4 (kolej kediaman 4 berada diluar dan bertentangan dengan UMP) dan sanggup untuk berjalan kaki ulang alik. Dari jauh, aku melihat mereka beramai-ramai turun dari masjid dgn masih bertelekung bersalam-salaman dan mengucup antara satu sama lain. Seolah-olah,  tidak akan bertemu lagi sedangkan malam sebelumnya sudah bertemu. Terukir di bibir seorang demi seorang senyuman yang manis dan sejuk mata memandang. Sungguh, terdetik di hati ini untuk sama-sama tergolong dalam golongan mereka dan menjadi seperti mereka. Alhamdulillah, Allah pilih aku untuk berada dan tergolong dalam kalangan mereka. Syukur Alhamdulillah, baru ku sedari bertapa indah dan nikmatNya berukhuwah kerana Allah.

   
Firman Allah SWT dalam surat Ali Imran ayat 103 :

 وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ 

عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.( QS. Al Imron:103 )

Banyak hadits Rasulullah yang menganjurkan kepada umat muslim untuk menjalin ukhwah antara lain:
 مثل الأخوين إذا التقيا مثل اليدين تغسل إحداهما الأخرى وما التقى مؤمنان قط إلا أفاد الله أحدهما من صاحبه خيراً (رواه الديلمي
“Perumpamaan dua orang yang bersaudara bila bertemu adalah dua tangan yang saling membasuh yang lain, dan tidak pernah bertemu dua orang mukmin kecuali Allah berikan kebaikan bagi salah satunya dari sahabatnya” 
(H.R. ad-Dailamy)



Setakat ini dulu penulisanku, inshaALLAH ada masa aku coretkan lagi untuk 'Mereka'-Part 2. Assalamualaikum.




Saturday, December 1, 2012

Tinggal beberapa minggu lagi

Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Assalamualaikum wbt buat para pembaca yang dikasihi. Dah lama tak post entri baru. Teringin sangat2 nak post something tapi x ada kesempatan memandangkan ni sem terakhir berada di UMP. Alhamdulillah, Projek Sarjana Muda saya dah ada improvement, cumanya, masih bnyak lagi kena perbaiki dkat database dan teknik yg digunakn..GUI dah siap. Ada beberapa step lagi nak kena finishkan..then, tunggu masa untuk karnival PSM dan presentation. Lepas tu dah boleh packing barang2 semua..Yeay!!

Sebenarnya,tujuan nak tulis ni utk share berita gembira dengan semua rakan blogger serta pembaca. InsyaALLAH,pada 22/12/2012, Sabtu, saya bakal menamatkan zaman bujangku. Sometimes, rasa macam tak percaya lagi yang saya ni bakal menjadi isteri orang. But this is REALITY. Majlisnya pulak pada 23/12/2012, Ahad di Jitra dan 29/12/2012, Sabtu, di Taiping. Fuh,tinggal lagi beberapa minggu dari sekarang. Ada yang menanyakan kepada saya, bagaimana boleh kenal dengan bakal suami? Lama dah ke bertunang? Sejak bila kenal? Dan macam2 soalan lagi. Agak penat untuk menjawab kesemuanya. So,InshaALLAH, semua itu akan saya sharekan selepas akad nikah dan majlis nanti dalam blog ni.

Alhamdulillah, segala persiapan untuk perkahwinan almost done. Cuma tinggal goodies bag dan kemas2 rumah je lagi. Yang lain kebanyakkan dah setel. Majlis saya ni diadakan sesimple yang mungkin. Pada mulanya, saya dah decorate kad tapi memandangkan untuk printkan sahaja memerlukan modal dan printer yang better dari sedia ada, jadi saya decide utk tempah di kedai sahaja. Lagi murah dan cepat siap.




Mohon dari semua blogger dan pembaca untuk mendoakan segala urusanku dipermudahkan. Amin ya rabbal alamin. Setakat ni la dulu coretan, InshaALLAH, akan update dari semasa ke semasa tentang perkembangan PSM dan majlisku. Assalamualaikum.

Tuesday, August 14, 2012

Tahukah anda?


1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA.

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Monday, August 13, 2012

Home Sweet Home :)

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Assalamualaikum wbt buat para bloggers dan pembaca yg setia. Alhamdulillah, hari ni adalah hari yang ke 24 umat Islam berpuasa. Dan, hari  yang ke 22 saya berada di bumi Kedah. Sebelum ke topik utk entri kali ni ingin saya berpesan kepada semua pembaca kerana Nabi Muhammad SAW sentiasa berpesan; 

"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat"

 Bagaimana dengan 10 malam terakhir ramadhan anda? Adakah kita tergolong dalam golongan yang mendapat ganjaran pahala 1000 bulan? 

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Al-Qadr : 1-5)

Jadi, masih berbaki beberapa hari terakhir Ramadhan ini, marilah kita meningkatkan Ibadah kita. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat keredhaan Allah.

Alhamdulillah, pada 2 minggu yang lepas, keputusan peperiksaan akhir semester 6 sudahpun keluar. Walaupun sedikit menurun, namun masih mencapai target. Berkat  doa dari ibu dan ayah, famili serta semua. Tinggal beberapa hari saja lagi untuk melangkah ke semester hadapan. Dan untuk semester hadapan, untuk kali yang ke -3 aku menjadi fasilitator bagi freshie2 baru. "Welcome to UMP ye adik2 ku. Semoga di menara gading ini anda beroleh ilmu dan manfaatkan ilmu yang ada untuk Ummah". Semester hadapan adalah semester yang paling relax tapi "killer". Kenapa killer? Sebabnya, jika tidak lulus, makanya tidak boleh ke latihan industri. Huh. berdebar pulak. Semoga dipermudahkan segala urusan. InshaALLAH. 

Back to the topic, suka duka di rumah. Tak tahu nak kupas apa walaupun dah ada tajuk. Btw, tugasku sepanjang berada di rumah;

1. Menjadi driver tidak bergaji hantar-ambil adik2 dari sekolah dan kolej.
2. Co-chef kepada Pn Rohaya
3. Home guard :)
4. Car washer (sometimes)
5. Driver for my grandma (buying groceries etc)

I'm happy doing my works. Because this is one of the way to help my parents. Berbaktilah kepada ibu bapa selagi mana mereka masih hidup.


"Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka)." (Riawayat Muslim)

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Surah al-Isra' ayat: 23)


"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman ayat: 14)


Wednesday, August 8, 2012

Pandangan mengenai nikah di usia muda



"Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya.Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam, dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulah saya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup.Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2."

ps (me): Perkahwinan bukan satu percubaan, ia merupakan tanggungjawab, pengorbanan dan kesabaran. serta membuktikan keimanan dan kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya dengan membina baitul muslim. dan semoga aku diberi penenang jiwa seperti dalam ayat ini: “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir” (Ar-Ruum 21)

subhanallah. well said :) terima kasih Madam Fauziah Mohd Noor.

Thursday, July 12, 2012

Usrah tunjang tarbiyyah


Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, masih diberi kelapangan untuk menulis dalam entri baru. Ramadhan semakin menghampiri. 9 hari lagi countdown to Ramadhan. Jom sama-sama kita topup pahala.

Dalam entri kali ni, aku just nak bgtau yang aku merindui saat-saat 1st year dulu. Bersama-sama akak2 naqibahku, kak syikin, kak ayu, dan kak ainAku rindu untuk berusrah dengan mereka. Miss that moment so much. Only Allah knows that. Kini, aku pula menggalas tanggungjawab mereka. Bukan mudah untuk menjadi orang yang mampu untuk mentarbiyyah orang lain. Semoga kita terus tetap istiqamah dalam perjuangan. Kitalah mata rantai perjuangan baginda Rasulullah SAW.

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini."

Wednesday, June 6, 2012

Warkah Buatmu Duhai Bakal Imamku!!!



Wahai engkau yang disana,
ditempat para pengabdi pemimpin syurga,
Syurga pelangi ciptaan Sang Maha cinta,
dengarkanlah aku...

Ketahuilah…
Sesungguhnya tidaklah aku ingin menikah melainkan kerna aku tidak ingin mati dalam keadaan agamaku ini hanya setengah.
Dan tidaklah aku ingin menjadi orang yang menikah melainkan kerna aku meyakini janji Allah bagi orang yang menikah itu benar adanya.

Tahukah kau bahwa setiap hubungan suami isteri yang halal itu adalah sedekah yang dapat mendatangkan pahala?
Tahukah kau bahwa hanya dengan merengkuh tangan isteri maka berguguranlah dari jari jemari dosa-dosa?
Dan tahukah kau bahwa bila seorang isteri meninggal dunia sementara suaminya dalam keadaan redha padanya maka ia akan masuk surga?
Dan bila semasa hidup dia taat kepada Allah dan taat pula kepada suaminya maka ia boleh memasukinya dari pintu mana pun yang dia suka?

Duhai, calon suamiku…
Tidaklah aku ingin menjadi seorang isteri melainkan kerna janji Allah yang satu ini.
Kerna sesungguhnya aku takut mengetahui bahwa penghuni neraka itu kebanyakan wanita.
Dan hanya kepada Allah aku berharap perlindungan-Nya dan petunjuk-Nya di manapun aku berada.

Wahai calon suamiku…
Telah ditakdirkan Allah bahwa akhirnya engkau memilihku.
Semoga inilah perlindungan dan petunjuk yang Dia berikan agar aku bisa mendapatkan kebenaran janji Allah itu...
Namun, wahai calon suamiku,
Aku ingin kau menyedari bahwa aku bukanlah makhluk yang sempurna seperti juga dirimu.
Maka mengertilah bahwa setelah kita menikah nanti akan banyak hal baru yang akan sama-sama kita ketahui...
InsyaAllah, akan ku jaga apa yang harus ku jaga darimu,
Dan kuharap kau pun menjaga apa yang harus kau jaga dariku.

Bila kau menemukan ketidak sukaanmu padaku kerna kekuranganku
Maka bersabarlah, calon suamiku…
Kerna kadang-kadang pada sesuatu yang tidak kau sukai, Allah menjadikan kebaikan padanya.
Temukanlah kelebihan yang kau sukai dari diriku,
Bukankah kau memiliki alasan mengapa kau ingin menikahiku?

Tetapi, wahai calon suamiku…
Bila ketidak sukaan yang kau temukan itu adalah kerna kesalahanku,
Maka nasihatilah aku, pisahkanlah tempat tidurku dan pukullah aku bila akhirnya aku meninggalkan kewajibanku.
Namun janganlah kau bermaksud menyakitiku hingga membahayakan hidupku kerna aku adalah sebahagian dari dirimu.

Janganlah kau luruskan kebengkokanku, kerna aku bisa patah.
Tetapi berhati-hatilah terhadapku, kerna aku bagaikan gelas kaca.
Ingatlah bahwa manusia yang baik adalah yang baik pada keluarganya,
Dan lelaki yang baik adalah yang baik pada isterinya.

Dan cukuplah engkau menjadikan aku seseorang yang patuh kepadamu dengan menjadi seseorang yang pantas aku patuhi.
Sehingga aku mempunyai alasan mengapa aku harus berhias setiap hari,
Dan mengapa aku harus menjaga diriku, kehormatan dan juga hartamu saat kau tidak ada di sisi…InsyaAllah...

Jadikanlah aku sebaik-baik perhiasan duniamu, hartamu yang paling berharga…

Khas buat mu, bakal imamku yang telah memilih diri ini...
syukran akhi...

Cutiku~

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, berkesempatan utk menulis..Baru-baru ni dapat pulang ke kampung halaman, hilang semua stress..bnyak benda sgt kena fikir..amanah..tanggungjawab..exam..program..meh nak citer sikit..Isnin malam bertolak dari Gambang ke Alor Star..yahooo...

Hari Selasa pagi, sampai jer di Shahab, terus balik rumah..hbis sakit belakang naik bas..sitnya x boleh kebawah..dengan bisingnya pak cik2 ngan mak cik2 dalam bas..diorang konvoi famili dalam bas..satu famili dia angkut..ish2..hanya Tuhan jer tahu..balik rumah, cover balik ketidakcukupan tido..lepas tu terus bersiap g melawat Ahmad di Penang..rindu pada Ahmad..adik aku dah besar rupanya..dah jadi remaja..bawak char kuey tiow..mmg sedap char kuey tiow sungai dua..hurm..balik terus tido..STUDY--> belum lagi..

Hari Rabu, kena g ziarah rumah tok..alhamdulillah, dapat melepaskan rindu dkat tok..rupanya tok demam dah hampir seminggu..so, lpas masak2 di rumah tok, bawak tok g medical checkup sebabnya demam x kebah2 pon lagi..sambil tu g beli siap2 tiket balik kampung..takut kehabisan..almaklumla, cuti sekolah..lpas tuu, bawak adik2 g jalan2 dengan tok beli kain..kata tok, nak buat baju raya..awal betul tok nak buat baju raya..Malamnya, terus buka lappy, online sambil buat kerja utk program terdekat..modul x adjust lagi..pic x setup lagi..aduhh..STUDY-->belum lagi

Hari Khamis, pagi buat sikit pasal penyusunan AJK dan modul utk progrma..tiba2..saudara jauh dari KL pulak datang..diorang semua datang utk ke Himpunan Hijau..hbis anak branak datang..mmg meriah betul rumah..program ntah ke mana..study ntah ke mana..

Hari Jumaat, hari yang amat mendukacitakan..keracunan makanan..Ya ALLAH..utk ke berapa kali ntah..mmg perit..langsung x boleh buat kerja..siap bertungku..nasib umi ada..terubat sikit sakit..sambil tu menunggu kedatangan kawan2 dari Kuantan..konvoi katanya..dari pagi hingga ke tgah hari, tiba2 diorang cancel utk tido dkat rumah di ALOR STAR..nasib diorang cancel, kalo x , jenuh nak drive dengan kesakitan keracunan makanan..nak bangkit pon susah..dari pagi sampai ke petang (perut memulas, muntah2)..memang tragis..petang hingga ke malam terus ke stadium dengan famili..kuliah ustaz azhar..mmg terbaik..himpunan hijau mmg ramai  sungguh..hilang terus sakit perut..semangat punya pasal..menarik bila tgok solat berjemaah..pengisian yang menarik..ada aisyah..ada ustaz azhar..ada tok guru dan ramai lagi..1 pagi baru sampai rumah..

Hari Sabtu, gathering di rumah tok sekali lagi sebabnya pak cik dari Melaka balik kmpung..mmg aku nak jumpa sangat pak cik aku ni..dah lama betul x jumpa..jumpa kazen baru yang comel..namanya Soffiya Maisarah..makan2 tengah hari ikan siakap asam pedas..mmg sedap..petang baru buat BBQ...malamnya pulang ke UMP :(

Hari AHAD --> meeting satu hari..mmg pening kepala..STUDY--> belum lagi..Ya ALLAH..jam 12 tgh malam baru boleh study..subhanALLAH..mmg ujian dan cabaran..

Thursday, May 17, 2012

Muhasabah...

Hari ini dia mungkin tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya…

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut, esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya…

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena…

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu. Tugas kita bukan me’neraka’kan orang. Tetapi…mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan….

Jangan HINA permulaan seseorang..kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhiran nya.. :)

Wednesday, April 18, 2012

INGATAN BUAT PENGANTIN


INGATAN BUAT PENGANTIN:
HARI BERGEMBIRA BERTUKAR MENJADI HARI PENYESALAN


Muqaddimah
Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan.
Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka.
Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang.
Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan!
Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi.


Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi SAW : 
النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى , nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.


Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.



Menangis bertukar gembira
Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan… maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan menangislah sang syaitan.
Menangisnya sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina.

Tapi, adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri?
Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka.

Satu persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula dengan ketawa yang terbahak-bahak!
Sang Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang agama.
Habis ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka.



Syariat diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi.
Sang Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi tontonan semua orang.

Habis ditolak tepi perasaan malu.
Malah dibanggakan pula kenangan itu dengan meng’upload’ kan pula di dalam facebook, untuk tatapan seluruh (seantero) dunia.
Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan makan bersuap dengan bangga.

Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan ratusan mata yang menyaksikan adegan sulit ini.
Malah bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai yang berdekatan.

Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini.
Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik.

Entah mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan mahram.
Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.
Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah untuk bersolek dengan tebal.

Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu.
Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya.

Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya.
Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acuh diberikan.. mak yang suruh.

Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.
Syaitan kembali tersenyum gembira.



Gembira bertukar Menyesal
Kadangkala, apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar, menyeleweng dan jauh dari panduan agama… kita akan cepat melenting, marah dan menyampah.

Apatah lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular.
Berceramah pula di masjid dan surau.
Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk menghalalkan kebiasaan yang dia
lakukan itu.

Ahh.. mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku.
Maka dicapailah pelbagai kitab mencari dalil menghalalkan perbuatannya.
Bila tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang ‘gharib/asing’ walaupun dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah pelepas dari teguran yang diberikan.

Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti.
Renungkan seketika majlis perkahwinan itu.
Benarkah itu majlis yang dirahmati Allah ataupun dibenci oleh Allah?

Jawablah dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih.
Sengaja tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu.

Jangan sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu penyesalan yang tidak terperi.
Tatkala seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi pendinding dan hujah bagi dirimu…
Yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu.
Mampukah untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di hari pernikahan tersebut?

Ingatlah kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana tidak berguna harta dan anak-anak.

Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam?

Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan Tuhan Rabbul Jalil, silakanlah melakukannya. ..



Penutup
Tugas seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali kepada Allah.
Tidak lebih dari itu.

Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca, itu bukannya kerja pendakwah.
Itu kerja Allah.

Jangan pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri.

Apatah lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan seperti 
, “Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko kahwin…Macamana pula gayanya!” sambil tersenyum sinis bercampur geram.

Dan jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia ” Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!” dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira…. kerana dendamnya telah berbalas.

Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.

(Q 72 : 22)

Friday, March 2, 2012

Kisah Ka’ab bin Malik



Kita umat Islam, selaku penggerak dakwah Islamiyyah perlu berusaha bersungguh-sungguh, bermujahadah bagi menunaikan amanah dakwah yang tertanggung di atas bahu setiap kita. Amal Islami, amal jamaei serta amal Ijtimai perlu kita gembeling tenaga, harta dan jiwa untuk melaksanakannya.

Budaya-budaya seperti bermalas-malas, bertangguh, sambil lewa, acuh tak acuh dan segala sepertinya itu perlu dibuang dan dikikis dalam diri kita. Budaya-budaya tersebut mampu membuatkan kita tercicir (futur) dari jalan dakwah. Kita saling mengetahu bahawa iman kita manusia biasa adalah bersifat bertambah dan berkurang. Maka tatkala iman itu lemah, bisikan-bisikan yang melemahkan keseriusan dan komitmen kita terhadap perjuangan akan bertubi-tubi datang. Perjuangan Islam perlu kepada keseriusan dan komitmen yang berterusan.

Hal ini pernah berlaku kepada beberapa orang sahabat Nabi, yang juga peristiwa ini tercatat di dalam al-Quran, surh at-Taubah ayat 118:

Maksudnya:
Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa merekapun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. “

Kisah Ka’ab bin Malik dalam perang Tabuk ini sudah tidak asing lagi bagi para daei dan pejuang-pejuang dakwah Islamiyyah. Kisah bagaimana Ka’ab bin Malik serta dua lagi sahabat yang ditangguh penerimaan taaubat mereka akibat tidak turut berperang bersama kaum Muslimin dalam peperangan Tabuk memberi banyak pengajaran kepada kita.

Ka’ab bin Malik menceritakan halnya:

“Aku sama sekali tidak pernah terlepas mengikuti semua peperangan bersama RasuluLLAH, kecuali dalam perang Tabuk. Perihal ketidakikutsertaanku dalam perang Tabuk itu adalah kerana kelalaian diriku terhadap perhiasan dunia, ketika itu keadaan ekonomiku jauh lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Demi ALLAH, aku tidak pernah memiliki barang dagangan lebih dari dua muatan unta, akan tetapi pada waktu peperangan itu aku memikinya.

Sungguh, tidak pernah RasuLLAH SAW merencanakan suatu peperangan melainkan beliau merahasiakan hal itu, kecuali pada perang Tabuk ini. Peperangan ini, berlaku dalam keadaan panas terik matahari gurun yang sangat menyengat, menempuh perjalanan teramat jauh, serta menghadapi lawan yang benar-benar besar dan kuat.
RasuluLLAH SAW mempersiapkan pasukan yang akan berangkat. Aku pun mempersiapkan diri untuk ikut serta, tiba-tiba timbul fikiran ingin membatalkannya, lalu aku berkata dalam hati, “Aku boleh sahaja (tidak ikut) kalau aku mahu!”

Akhirnya, aku terbawa oleh fikiranku yang ragu-ragu, hingga pasukan kaum Muslimin mulai meninggalkan Madinah.Apabila aku melihat pasukan Muslimin mulai meninggalkan Madinah, maka timbul fikiranku untuk mengejar mereka, sementara mereka belum jauh. Namun, aku tidak melakukannya, kemalasan menghampiri dan bahkan menguasai diriku.

Nampaknya aku ditakdirkan untuk tidak ikut. Akan tetapi, aku merasakan pjiwaku menderita sejak RasuluLLAH SAW meninggalkan Madinah. Apabila aku keluar rumah, maka di jalan-jalan aku merasakan terpencilnya diriku kerana aku tidak melihat orang kecuali orang-orang yang diragui keislamannya. Mereka adalah orang-orang yang sudah mendapatkan rukhshah atau izin ALLAH Ta’ala kerana uzur atau kalau tidak demikian maka mereka adalah orang-orang munafik. Padahal, aku merasakan bahwa diriku tidak termasuk keduanya.

Kononnya, RasuluLLAH tidak menyebut-nyebut namaku sampai ke Tabuk. Setibanya di sana, ketika baginda sedang duduk-duduk bersama sahabatnya, beliau bertanya, “Apa yang dilakukan Ka’ab bin Malik?”
Seorang dari Bani Salamah menjawab, “Ya RasuluLLAH, ia ujub pada keadaan dan dirinya!” Mu’az bin Jabal menyangkal, “Buruk benar ucapanmu itu! Demi ALLAH, Ya RasuluLLAH, aku tidak pernah mengerti melainkan kebaikannya saja!” RasuluLLAH SAW hanya diam sahaja.

Beberapa waktu setelah berlalu, aku mendengar RasuLLAH SAW kembali dari medan jihad Tabuk. Pelbagai bisikan, desakan dan dorongan yang menyeru aku untuk membawa alasan palsu ke hadapan RasuluLLAH SAW, bagaimana caranya supaya tidak terkena marahnya? Aku minta pandapat dari beberapa orang keluargaku yang terkenal berfikiran baik. Akan tetapi, ketika aku mendengar Nabi SAW tiba di Madinah, lenyaplah semua fikiran jahat itu. Aku merasa yakin bahwa aku tidak akan dapat menyelamatkan diri dengan kebatilan itu sama sekali. Maka, aku bertekad untuk menemui RasuluLLAH SAW dan mengatakan hal sebenarnya.

Pagi-pagi lagi, RasuluLLAH SAW memasuki kota Madinah. Sudah menjadi kebiasaan, sesudah baginda kembali dari suatu perjalanan, pertama sekali baginda masuk ke masjid dan bersolat dua rakaat. Demikian pula kepulangan dari Tabuk,setelah selesai solat baginda kemudian duduk melayani tetamunya. Lantas, datanglah orang-orang yang tidak ikut perang Tabuk dengan membawa alasan masing-masing diiringi sumpah palsu untuk menguatkan alasan mereka. Jumlah mereka kira-kira lapan puluhan orang. RasuluLLAH SAW menerima alasan lahir mereka; dan mereka memperbaharui baiat setia mereka. Baginda memohon keampunan bagi mereka dan menyerahkan soal batinnya kepada ALLAH. Kemudian tibalah pula giliranku, aku datang mengucapkan salam kepada baginda. Baginda membalas dengan senyuman pula. Namun jelas terlihat bahawa senyuman baginda itu adalah senyuman yang memendam rasa marah. Beliau kemudian berkata, “Kemarilah!”

Aku pun menghampirinya, lalu duduk di hadapannya. Beliau tiba-tiba bertanya, “Wahai Ka’ab, mengapa dirimu tidak ikut? Bukankah kau telah menyatakan baiat kesetianmu?”

Aku menjawab, “Ya RasuluLLAH! Demi Allah. Kalau duduk di hadapan penduduk bumi yang lain, tentulah aku akan berhasil keluar dari amarah mereka dengan berbagai alasan dan dalil lainnya. Namun, demi ALLAH. Aku sedar kalau aku berbohong kepadamu dan engkau pun menerima alasan palsuku, aku khuatir ALLAH akan membenciku. Akan tetapi jika aku bbericara jujur, kemudian kerana itu engkau marah kepadaku, sesungguhnya aku berharap ALLAH akan mengampuni kealpaanku. Ya RasuluLLAH, demi ALLAH, aku tidak punya uzur. Demi ALLAH, keadaan ekonomiku aku tidak pernah stabil dibanding tatkala aku mengikutimu itu!”

RasuluLLAH berkata, “Kalau begitu, tidak salah lagi. Kini, pergilah kamu sehingga ALLAH menurunkan keputusan-Nya kepadamu!”

Aku pun pergi diikuti oleh orang-orang Bani Salamah. Mereka berkata kepada, “Demi ALLAH. Kami belum pernah melihatmu melakukan dosa sebelum ini. Kamu nampaknya tidak mampu membuat-buat alasan seperti yang lain, padahal dosamu itu akanh terhapus oleh permohonan ampun RasuluLLAH!”
Mereka terus saja menyalahkan tindakanku itu hingga ingin rasanya aku kembali menghadap RasuluLLAH untuk membawa alasan palsu, sebagaimana orang lain melakukannya.

Aku bertanya kapada mereka, “Apakah ada orang yang senasib denganku?”
Mereka menjawab, “Ya! Ada dua orang yang jawapannya sama denganmu. Sekarang mereka berdua juga mendapat keputusan yang sama dari RasuluLLAH sebagaimana keadaanmu sekarang!”
Aku bertanya lagi, “Siapakah mereka itu?”

Mereka menjawab, “Murarah bin Rabi’ah Al-Amiri dan Hilal bin Umayah Al-Waqifi.”
Mereka menyebutn dua nama sahabat yang pernah ikut serta dalam perang Badar. Sebaik sahaja mereka menyebut nama dua sahabat tadi, aku bergegas pergi menemui mereka.

Tak lama setelah itu, aku mendengar RasuluLLAH melarang kaum muslimin berbicara dengan kami bertiga, di antara lapan puluhan orang yang tidak ikut dalam perang tersebut.

Kami memencilkan diri daripada masyarakat umum. Sikap mereka sudah lain kepada kami sehingga rasanya aku hidup di suatu negeri yang lain dari negeri yang aku kenal sebelumnya. Kedua rakanku itu berkurung di rumah masing-masing menangisi nasib diri, tetapi aku yang paling kuat dan tabah di antara mereka. Aku keluar untuk solat berjamaah dan keluar masuk pasar sekalipun tiada seorang pun yang mahu berbicara denganku atau mendengar bicaraku. Aku juga datang ke majilis RasuluLLAH sesudah baginda bersolat. Aku mengucapkan salam kepada beliau, dan hati kecilku tertanya-tanya sambil memperhatikan bibir baginda, “Apakah baginda menggerakkan bibirnya menjawab salamku atau tidak?”

Aku juga bersolat dekat sekali dengan baginda. Aku mencuri pandang melihat pandangan beliau. Kalau aku mahu bangun bersolat, RasuluLLAH melihat kepadaku. Namun, apabila aku melihat kepadanya, RasuluLLAH cepat-cepat memaling wajahnya dariku. Sikap dingin masyarakat kepadaku terasa lama sekali. Pada suatu hari, aku mengetuk pintu paga Abu Qatadah, saudara bisanku dan ia adalah saudara yang paling aku cintai. Aku mengucapkan salam kepadanya, tetapi demi ALLAH, ia tidak menjawab salamku.

Aku menegurya, “Abu Qatadah! Aku mohon dengan nama ALLAH, apakah kau tahu bahawa aku mencintai ALLAH dan Rasul-Nya?”

Dia diam. Aku mengulangi permohonanku itu, namun ia tetap terdiam. Aku mengulangi permohonanku itu, namun ia tetap terdiam. Aku mengulanginya sekali lagi, tapi ia hanya menjawab, “ALLAH dan Rasul-Nya lebih tahu!”
Air mataku tidak tertahankan lagi. Kemudian aku kembali dengan penuh rasa kecewa.
Pada suatu hari, aku berjalan-jalan ke pasar kota Madinah. Tiba-tiba datanglah orang awam dari negeri Syam. Orang itu biasanya mengantarkan barang dagangan ke kota Madinah. Dia bertanya, “Siapakah yang mahu menolongku menemui Ka’ab bin Malik?”

Orang-orang di pasar itu menunjuk kepdaku, lalu orang itu datang kepadaku dan menyerahkan sepucuk surat kepadaku dan menyerahkan sepucuk surat dari Raja Ghassan. Setelah kubuka, isinya sebagai berikut, “… Selain dari itu, bahawa sahabatmu sudah bersikap dingin terhadapmu. ALLAH tidak menjadikan kau hidup terhina. Maka, ikutlah dengan kami di Ghassan, kami akan menghiburkan mu dan memberi kekayaan kepada mu!” 
[Nota: Raja Ghassan adalah antara raja-raja yang dikirimi surat oleh RasuluLLAH. Raja Ghassan menolak surat nabi dengan kasar. Utusan yang dikirim Nabi dibunuh dengan kejam oleh raja Ghassan.]

Hatiku berkata ketika membaca surat itu, “Ini juga salah satu ujian!” Lalu aku memasukkan surat itu ke dalam tungku dan membakarnya.

Pada hari yang ke-40 pemulauan di kampung halaman sendiri, ketika aku menanti-nantikan turunnya wahyu tiba-tiba datanglah kepadaku seorang utusan RasuluLLAH menyampaikan pesannya, “RasuluLLAH memerintahkan kepadamu supaya kamu menjauhi isterimu!”

Aku semakin sedih, namun aku juga semakin pasrah kepada ALLAH, hingga terlontar pertanyaanku kepadanya, “Apakah aku harus menceraikannya atau apa yang akan ku lakukan?”

Dia menjelaskan, “Tidak. Akan tetapi, kamu harus menjauhkan dirimu darinya dan menjauhkannya dari dirimu!”
Fikirku Rasulullah juga sudah mengirimkan pesanannya kepada dua sahabat yang senasib denganku. Aku segera memerintahkan kepada isteriku, “Pergilah kamu kepada keluargamu sehingga ALLAH memutuskan hukumannya kepada kita!”

Isteri Hilal bin Umaiyah pergi menghadap RasuluLLAH lalu dia bertanya, “Ya RasuluLLAH, sebenarnya Hilal bin Umaiyah seorang yang sudah sangat tua, lagi pula ia tidak memiliki seorang pembantu. Apakah ada keberatan kalau aku melayaninya di rumah?”

RasuluLLAH menjawab, “Tidak! Akan tetapi ia tidak boleh mendekatimu!”
Isteri Hilal menjelaskan, “Ya RasuluLLAH! Dia sudah tidak bersemangat pada yang itu lagi. Demi ALLAH, yang dilakukannya hanya menangisi dosanya sejak saat itu hingga kini!”

Ada seorang ahli keluargaku yang juga mencadangkan, “Cubalah minta izin kepada RasuluLLAH supaya isterimu melayani dirimu seperti isteri Hilal bin Umayah!”

Aku menjawab tegas, “Tidak Aku tidak akan minta izin kepada RasuluLLAH tentang isteriku. Apa katanya kelak, sedangkan aku masih muda?”

Akhirnya, hari-hari selanjutnya aku hidup seorang diri di rumah. Lengkaplah bilangan malam sejak orang-orang dicegah berbicara denganku menjadi 50 hari 50 malam. Pada waktu sedang solat subuh di suatu pagi, ketika aku sedang dudung berzikir minta ampun dan mohon dilepaskan dari kesempitan hidup dalam alam yang luas ini, tiba-tiba aku mendengar teriakan orang-orang memanggil namaku. “Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah! Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah!”

Sebaik sahaja mendengar berita itu aku, aku terus sujud memanjatkan syukur kepada ALLAH. Aku yakin pembebasan hukuman telah dikeluarkan. Aku yakin, ALLAH telah menurunkan keampunan-Nya dan menerima taubatku.

RasuluLLAH menyampaikan berita itu kepada sahabat-sahabatnya setelah selesais soat subuh bahwa ALLAH telah mengampuni aku dan dua orang sahabatku. Berlumba-lumbalah orang mendatangi kami, hendak menceritakan berita gembira itu. Ada yang datang dengan berkuda, ada pula yang datang dengan berlari dari jauh mendahului yang berkuda. Sesudah keduanya sampai di hadapanku, aku berikan kepada dua orang itu kedua -dua pakaian yang aku miliki. Demi ALLAH, saat itu aku tidak memiliki pakaian kecuali yang dua itu.

Aku mencari pinjaman pakaian untuk menghadap RasuluLLAH. Ternyata aku telah disambut orang ramai dan dengan serta-merta mereka mengucapkan selamat kepadaku. Demi ALLAH, tidak seorang pun dari muhajirin yang berdiri dan memberi ucapan selamat selain Thal’ah. Sikap Thalhah itu tak mungkin aku lupakan. Sesudah aku mengucapkan salam kepada RasuluLLAH, mukanya tampak cerah dan gembira, kemudian baginda berkata,

“Bergembiralah kau atas hari ini! Inilah hari yang paling baik bagimu sejak kau dilahirkan oleh ibumu!”

“Apakah dari ALLAH ataukah dari engkau ya RasuluLLAH?” tanyaku dengan penuh sabar.

“Bukan dariku! Pengampunan itu datangnya dari ALLAH!” jawab RasuluLLAH.
Demi ALLAH, aku belum pernah merasakan besarnya nikmat ALLAH kepadaku sesudah Dia memberi hidayah Islam kepadaku, lebih besar bagi jiwaku daripada sikap jujurku kepada RasuluLLAH.”

Ka’ab lalu membaca ayat pengampunannya (a-taubah :118) itu dengan penuh teraru dan syahdu, sementara air matanya berderai membasahi kedua pipinya.

“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima
taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)

Kisah Ka’ab ini merupakan sebahagian daripada episod dalam kisah Perang Tabuk. Ka’ab merupakan salah seorang daripada 3 mukmin yang tidak turut serta dalam kempen itu walaupun berkemampuan.

Mereka mengakui kesilapan itu dengan tidak mengemukakan apa-apa alasan apabila disoal oleh Rasul sekembalinya tentera dari kempen itu dan hanya mengaku bersalah dengan jujur. Ini bertentangan dengan golongan Munafiqin yang tidak turut serta tetapi mengemukakan pelbagai alasan untuk melepaskan diri. RasuluLLAH tetap menerima alasan mereka walaupun tahu tentang kemunafiqan mereka. Taubat Kaab diceritakan dalam Surah Taubah, ayat 118. Terdapat juga sekumpulan yang betul-betul uzur dan terlepas daripada menyertai kempen ini. Golongan ini dihuraikan dalam Surah Taubah, ayat 91.

Ka’ab dan dua lagi mukmin ini (Mararah al Rabi’, Hilal b Umaiyah) dihukum boikot oleh ALLAH SWT sehingga ALLAH SWT menerima taubat mereka. Dan ALLAH menerima taubat mereka pada waktu Subuh selepas berlalu malam yang ke-50.

Dalam tempoh boikot yang tidak diketahui hujungnya itu, Ka’ab menanggung beban dugaan yang sungguh besar.

Antaranya:
1) Orang-orang mukmin dilarang mutlak daripada berurusan dengan mereka, hatta menjawab salamnya sekalipun.
2) Isteri-isteri mereka diasingkan daripada mereka bermula dari malam yg ke-40.
3) Raja Ghassan cuba untuk menghasut Ka’ab menyertai mereka serta dijanjikan dengan habuan jika meninggalkan barisan saf muslimin.
4) Cubaan untuk kekal dalam iman walaupun dihukum untuk tempoh yang tidak pasti (boleh jadi diboikot sehingga akhir hayat mereka)

Pemulauan ini diangkat oleh ALLAH dengan turunnya ayat 118 surah at-Taubah dankeindahan ukhuwwah dalam kalangan orang-orang beriman jelas terpancar apabila seluruh Madinah bergembira ketika ayat itu diturunkan. Mereka berkejaran mendapatkan Ka’ab untuk memaklumkan penerimaan taubatnya dan ukhuwwah mereka bersambung kembali.

Daripada sirah di atas, cubalah kita bandingkan dengan keadaan diri kita. Bagaimana Ka’ab bin Malik dihukum, berpunca daripada sikapnya yang berlengah-lengah, leka dan bermalas-malasan ketika seruan jihad dilaungkan. Bukan aku bermaksud mahu merendah-rendahkan Ka’ab bin Malik, kerana jika dibandingkan dengan beliau, iman kita tidak sampai ke mana. Andaikata iman Ka’ab itu sehebat kuda perang, maka iman aku tidak sekali-kali akan menyamai iman beliau sekalipun hanya sebesar debu yang melekat pada kaki kuda perang tersebut.

Cuba kita hubungkan dengan kehidupan. Jika Ka’ab bin Malik tidak ikut serta berperang, cuba kita hubungkan dengan amanah-amanah kita. Bagaimana sikap kita ketika mendapat seruan untuk berdakwah? Bagaimana sikap kita ketika menerima amanah? Apakah kita bersegera untuk melaksanakannya? Apakah sebaliknya kita merasa enggan, malas dan akhirnya tidak melaksanakan amanah itu seperti kisah Ka’ab bin Malik?

Keadaan yang dialami Ka’ab bin Malik saat itu adalah contoh keadaan ketika mengalami futur, ketika kondisi keimanannya lemah. Ka’ab bukan termasuk golongan orang munafik yang menguzurkan dirinya untuk tidak ikut perang dengan berbagai alasan. Tetapi beliau jujur kepada RasuluLLAH menyedari kesalahannya dan bertaubat. Beliau segera BANGKIT dari kondisi futurnya dan ikhlas menerima hukuman apapun.

Bagaimana dengan diri kita? Apakah kita akan menguzurkan diri kita dengan berbagai alasan ketika kita diberi amanah, padahal alasan sebenarnya kerana kemalasan kita.Apakah kita akan menyalahgunakan kepandaian kita untuk membuat-buat alasan. Apakah kita sering mengelak untuk datang mesyuarat, bengkel, liqa’, tamrin, usrah dan sebagainya tanpa alasan yang syar’ei kerana kita malas atau mendahulukan perkara lain yang tidak penting. Atau mungkin datang tapi sengaja lewat kerana berlengah-lengah, tanpa sebarang keuzuran?

Padahal dalam sebuah ayat Al Qur’an, kita disuruh untuk berangkat jihad dalam keadaan merasa berat mahupun ringan (lihat surah At-Taubah :41-49).

Aku menyeru kepada diriku dan sahabat-sahabat semua agar kita sama-sama mengambil iktibar daripada kisah di atas bagi memperbaiki prestasi gerak-kerja kita dalam dakwah dan jamaah.




Kawan-kawanku

Puteraku

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Doa Rabitah

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."