Thursday, December 30, 2010

Struggling 4 New Sem



Assalamualaikum..

Update blog..tu je la yg aku boleh buat bg mngisi masa yang terluang ni..baru pagi tadi menjejakkan kaki di bumi UMP yang permai dan indah ni..seawal jam 6 pagi, aku n sarah sudah brada di tmpat tggu bas berhadapan dgan perpustakaan..sepanjang perjalanan hujan turun tanpa henti mnyebabkan pak cik bas terpaksa bawa kami dengan kadar yg slow dan berhati hati..almaklumla, sekarang ni semakin bnyak dah kejadian kemalangan bas berlaku trutamanya bas 2 tingkat..Alhamdulillah, kami sampai dgn selamatnya..disebabkan hujan x tak berhenti, terpaksa la menyuruh yaya n ina datang ambil kami..kalau ikutkan nak je redah hujan tuh, tapi disebabkan adanya laptop, terpaksa juga batalkan niat tu..sekitar jam 6.15,barulah kelibat yaya n ina datang mnjemput kami..

Nothing to say sebenarnya..tapi apa pun spanjang cuti sem ni, bnyak masa aku habiskan dngan program2 yg berfaedah..Alhamdulillah..bersyukur juga padaNya kerana sem lpas aku DEKAN lagi..ni mmbuatkan aku berkobar kobar untuk memulakan sem baru yg bakal brmula beberapa hari lagi..dan aku ingin berusaha lagi untuk mncapai DEKAN..

Antara subjek2 untuk sem hadapan adalah :-


BCN2083 - COMPUTER NETWORKS
BCN2193 - NETWORK TECHNOLOGIES
BCN3183 - INTERNET TECHNOLOGY
BCS3283 - MOBILE APPLICATION DEVELOPMENT
BCT2053 - APPLIED STATISTICS
UHR2012 - ISLAMIC INSTITUTIONS
UQS2021 - TREKKING


Aja2 fighting..jom kita hayati lirik lagu dari kump HIJJAZ bertajuk Berusaha Berjaya

Bersama-sama kita membina
Masa depan yang lebih gemilang
Kita tanamkan tekad di hati
Berusaha menuju wawasan

Rajin bekerja terus berusaha
Bagai hidup selama-lamanya
Beramal ibadah kepada Allah
Bagai esok sudah tiada lagi

Bersama ini kita semai cita
Bersama-sama kita mengejarnya
Dan bersama-sama kitapun berdoa
Agar semua usaha kita diberkati

Hindarkan kemalasan
Jauhilah rasa rendah diri
Pohon takkan berbuah
Jika tak dibajai

Begitulah hidup kita
Perlu bekerja dan berusaha
Bulat takkan bergolek
Pipih tak datang melayang

Tuesday, December 14, 2010

Program Pengajian Pondok Singkat 2010

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Dah lama takku postkan something dkat blog ni..terbiar begitu saja tanpa ada pengisian pon sepanjang cuti 2 bulan ni..ok..hari ni just nak kongsi sikit pasal pengalaman aku sepanjang menjadi fasilitator Program Pondok Singkat 2010 dekat Bukit Mertajam baru-baru ni anjuran YAYASAN AN NAHDOH..program ni berjalan selama 2 minggu..sepanjang program ni berlansung bnyak bnda yang aku belajar terutamanya ukhuwah bersama adik2 dan fasilitator..




Antara gambar-gambar sepanjang program berlangsung:


Hari Pendaftaran


Makan Berjemaah


Kuliah Dasar


Malam Muhasabah


Bacaan Yaasin dan Al Mulk


Riadah

Kawan-kawanku

Puteraku

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Doa Rabitah

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."