"Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah
mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas
segala2nya.Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya
malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang
utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau
awak nak."
Semalam, dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram
dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan
erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya
bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan
pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak
bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza
dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"
Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca
terhempas ke batu. Tak perlulah saya sebut kenapa dan mengapa dia hendak
bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya,
dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and
error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya
kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang.
janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga
perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan
pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu
dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu
beriman kepada Allah dan RasulNYA.
Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih
belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan
kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di
facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2
romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan
seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan
itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.
Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup
yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan
dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan
kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada
pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan
mereka yg lebih arif tentang hidup.Mintalah pendapat mereka tentang mencari
pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan,
tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu
menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu
baik2."
ps (me): Perkahwinan bukan satu percubaan, ia merupakan
tanggungjawab, pengorbanan dan kesabaran. serta membuktikan keimanan dan
kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya dengan membina baitul muslim. dan
semoga aku diberi penenang jiwa seperti dalam ayat ini: “Dan diantara
tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari
jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan
dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir” (Ar-Ruum 21)
subhanallah. well said :) terima kasih Madam Fauziah Mohd
Noor.
moral of the story:fikir masak2 dulu sblm amik kputusan nak kahwin..
ReplyDeleteyup..agree..nikah ni bukan main2..boleh try n error..kalau x suka, buang..then cari baru..moga artikel ni bermanfaat..
ReplyDeletetrima ksih tlong bgi nsihat
ReplyDelete