Saturday, February 5, 2011

KEMBARA 2011



Assalamualaikum..makluman kepada semua pelajar2 UMP serta semua pembaca, pada 12-17 Jan 2011, Pusat Islam dan Pemangunan Insan UMP bersama sama Sahabat Masjid UMP akan menganjurkan Program Sambutan Maulidur Rasul 1432H. Pelbagai aktiviti/program akan dijalankan bersempena dengan sambutan ini. Tema program ialah KEMBARA(Kembali Ke Madrasah Rasulullah.Antara acara2/program2 yang bakal dijalankan adalah seperti berikut:

11 februari 2011 – Perasmian Program Kembara di masjid UMP selepas solat jumaat.

12 februari 2011 – ‘Bakti Siswa UMP Di Perkampungan Balok Pine, Kuantan’

13 – 16 februari 2011 – ‘Putera Dan Srikandi Islam’

14 februari 2011 – Konsert Dan Pentomin. Penampilan Khas Kumpulan Nasyid In-Team Dan Azhan Atan ( Juara Akademi Nasyid 2008)

15 februari 2011 – Bicara Cinta Oleh Ustaz Pahrol Mohammad Juoi (Novelis Terkenal)


16 februari 2011 – Pertandingan Sepanduk Dan Perarakan. Semua Fakult dan Staff Diwajibkan Menghantar Wakil.

17 februari 2011 – Wacana Institusi Kenegaraan Islam Oleh 3 Orang Panel Iaitu Ustaz Mansor Sulaiman (Pensyarah UMP), Ustaz Ahnar Opir ( Pensyarah UPSI) , Ustaz Roslan Md Isa ( Ketua Penolong Qadhi Bentong)

Kawan-kawanku

Puteraku

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Doa Rabitah

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."