Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Assalamualaikum wbt buat para blogger dan pembaca setia..Alhamdulillah,masih agi diberi kesempatan olehNya untuk mencoretkan sesuatu di blog ini. Actually, kali ni nak post tntg perkenalan dgn Mr Husband, majlis tunang, perkahwinanku. Namun, ceritanya sangat panjang dan mungkin memakan beberapa hari untuk menyiapkan entry tu saja. So, utk hari ni, sy nak bercerita tntg PSM la dulu.
Apa tu PSM? Bagi student UMP, PSM sudah sebati bg setiap pelajar terutamanya final year student. PSM adalah projek sarjana muda atau lebih dikenali sebagai final year project (FYP). OK, xnak bincang panjang lebar tntg definisi PSM. Saya bukanlah budak sastera utk kupas definisi bagai. Bila dengar pasal PSM, jantung seolah-olah bagai terhenti, terasa darah menyirap naik ke muka, makan x lalu, tido x lena dan macam2 lagi. Macam nak kahwin pon ada. Ish3. Dahsyat jugak penangan PSM ni. Ada kadang-kadang, termuntah-muntah bagai. Kecian betul. Mana taknya, gementar dengan EVALUATOR, THESIS, SYSTEM yg xsiap lagi dan macam-macam lagi.
OK, back to the topic. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana memudahkan diri ini sepanjang sebelum, semasa dan selepas PSM. Aku bersyukur sangat-sangat kerana mempunyai seorang supervisor yang sangat baik hati dan mengambil berat di samping membantu sehingga ke saat akhir untuk menyiapkan projekku dengan sempurna dan jayanya. Terima kasih Dr Lee Ho Cheong. I will remember and miss those moments forever and ever.
Untuk projek sarjana mudaku, aku memlilih tajuk Paddy Disease Detection System Using Image Processing. Dengar tajuk pon, rasa macam gerun kan. hihi. Terus terang, memang sangat susah dan kadang-kadang sampai satu tahap rasa macam nak surrender je. Namun, SV la yang banyak beri dorongan disamping sahabat-sahabat serta keluarga. Dengan kekuatan yang ada, aku meneruskan juga untuk menyiapkan projekku ini.
Sebelum final presentation, aku akan jumpa SV sebanyak 3 kali seminggu. Setiap kali aku jumpa SV, kami ambil masa at least 4 jam untuk membincangkan tentang progress, penambahbaikan dan macam 2 lagi. Kadang-kadang berair juga mata ini untuk menyiapkan projek ini. Mana taknya, projek yang aku buat ni diluar bidang aku. Aku major bahagian Networking tapi aku ambil projek more toward Software. Sangat tersiksa nak memahamkan coding2, matlab dan teknik neural network. Namun, aku sentiasa ingat kata2 ini "Letakkan sepenuh kebergantungan kepadaNya. Allah sentiasa bersama orang-orang yg bersabar ". Mungkin inilah cabaran dan dugaan buatku supaya lebih sabar dan tabah bagi menyiapkan projek ini.
Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. 18/12/2012, tarikh keramat dimana aku bersama sahabat-sahabat akan bertempur (macam nak g perang pulak) di depan evalautor. Pagi tu, aku telah menyiapkan segala thesis dan testing untuk diberikan kepada evaluator agar mereka lebih memahami projekku ini. Tiba-tiba, hensetku berdering. SVku meminta aku untuk berjumpa dengannya. Pada pengamatan aku, mungkin SVku ingin menyampaikan amanat terakhir sebelum turun ke medan. Dengan penuh bersemangat, aku bawa segala thesis, laptop dan terus melangkahkan kakiku ke Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian lalu menuju ke bilik SVku. Setelah mengetuk pintunya, beliau membukakan pintunya perlahan-lahan. Belum sempat aku duduk, beliau memberikan sesuatiu kepadaku. Alangkah terkejutnya dan hampir menitis air mata. He gives me present as anak SV. Subhanallah. I'm really touched. He was really kind and superb.
Aku balik ke bilikku dengan penuh rasa gembira dan terharu. Padahal, aku masih belum presentation lagi. Namun, tiba2 satu perasaan datang dalam diri ini. Perasaan ingin lakukan the best presentation ever. Aku meletakkan keazaman untuk memberikan yang terbaik untuk presentation nanti. Tepat jam 2 petang, aku melangkahkan kakiku dengan penuh yakin dan bersemangat. Niatku untuk memberikan yang terbaik agar dapat sumbang buat ummah pada masa akan datang. Perasaan semasa melangkahkan kakiku ke ASTAKA,UMP tidak seperti selalu. Aku berasa lain sangat. Tiada debaran yang melampau seperti selalu. Tiba2 rasa kekuatan datang. Allahuakbar, tidak dapat digambarkan perasaan itu.
Sesampainya aku di ASTAKA, aku terus mencari-cari keberadaan boothku. NO 43. Terkial-kial juga aku mencari boothku. Rupa-rupanya boothku berada di hujung sekali berhadapan dengan pentas. Setelah selesai menampal poster serta set up komputer semua, tibalah masanya untuk evaluatorku menilai sistem ku. Panel penilaiku ada 2 orang. En Zulfahmi Toh dan Puan Safawati. Alhamdulillah, aku berjaya menyakinkan kedua panelku mengenai sistemku dan keupayaannya untuk digunakan oleh para petani. Habis sahaja presentation, aku berasa seolah-olah berada diawang-awangan. Gembira yang tidak dapat diungkapkan dengan kata2. Rasa berbaloi sangat-sangat dengan apa yang telah ku lalui selama 1 semester yang lalu. Dan perkara yang paling mengembirakan aku adalah projekku antara 10 projek yang terbaik. Rasa seperti tidak percaya. Bukan senang nak dapat peluang untuk present di hadapan INDUSTRI. Namun, aku redha bilamana aku tidak berkesempatan untuk present untuk industri kerana aku mempunyai misi yang lagi besar untuk diseru iaitu pulang ke rumah untuk preparation majlis perkahwinanku.
-Top 10 student-
-my project-
Oklah semua. Setakat ini dulu penulisanku. InshaALLAH, entry terbaru akan ku update beberapa hari/minggu dari sekarang. Assalamualaikum.
Radhiah muslimat otai yg hebat. subhanallah!
ReplyDeletesaya pon nak wat sistem lebih kurang ni gak.. leh share tips tak kak?
ReplyDeleteNak jual x sistem tu ? Wssp 0178758664
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya berminat untuk mengetahui mengenai projk ni lebih lanjut. bgmn boleh nak hubungi Puan ya?
ReplyDelete