Bismillahirahmanirrahim...
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Assalamualaikum wbt buat para bloggers dan pembaca yg setia. Alhamdulillah, hari ni adalah hari yang ke 24 umat Islam berpuasa. Dan, hari yang ke 22 saya berada di bumi Kedah. Sebelum ke topik utk entri kali ni ingin saya berpesan kepada semua pembaca kerana Nabi Muhammad SAW sentiasa berpesan;
"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat"
Bagaimana dengan 10 malam terakhir ramadhan anda? Adakah kita tergolong dalam golongan yang mendapat ganjaran pahala 1000 bulan?
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam
Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu
Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu,
para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk
setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Al-Qadr : 1-5)
Jadi, masih berbaki beberapa hari terakhir Ramadhan ini, marilah kita meningkatkan Ibadah kita. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat keredhaan Allah.
Alhamdulillah, pada 2 minggu yang lepas, keputusan peperiksaan akhir semester 6 sudahpun keluar. Walaupun sedikit menurun, namun masih mencapai target. Berkat doa dari ibu dan ayah, famili serta semua. Tinggal beberapa hari saja lagi untuk melangkah ke semester hadapan. Dan untuk semester hadapan, untuk kali yang ke -3 aku menjadi fasilitator bagi freshie2 baru. "Welcome to UMP ye adik2 ku. Semoga di menara gading ini anda beroleh ilmu dan manfaatkan ilmu yang ada untuk Ummah". Semester hadapan adalah semester yang paling relax tapi "killer". Kenapa killer? Sebabnya, jika tidak lulus, makanya tidak boleh ke latihan industri. Huh. berdebar pulak. Semoga dipermudahkan segala urusan. InshaALLAH.
Back to the topic, suka duka di rumah. Tak tahu nak kupas apa walaupun dah ada tajuk. Btw, tugasku sepanjang berada di rumah;
1. Menjadi driver tidak bergaji hantar-ambil adik2 dari sekolah dan kolej.
2. Co-chef kepada Pn Rohaya
3. Home guard :)
4. Car washer (sometimes)
5. Driver for my grandma (buying groceries etc)
I'm happy doing my works. Because this is one of the way to help my parents. Berbaktilah kepada ibu bapa selagi mana mereka masih hidup.
"Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah.
Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah?
Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang
daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran
gagal berkhidmat kepada mereka)." (Riawayat Muslim)
"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak
menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali
sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau
berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan
"ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi
katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."
(Surah al-Isra' ayat: 23)
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua
ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan
susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah
kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat
kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman ayat: 14)
justeru..smentara masa yg ada nih,gunakan sebaik mungkin masa bersama keluarga..hargai stiap saat & detik bsama mreka..
ReplyDeletethat's right :)
ReplyDelete