Tuesday, December 29, 2009

Semester baru..tahun baru..azam baru..

Assalamualaikum kpada para pmbaca..Rasanya tak terlambat lagi untuk ucapkan Selamat tahun Baru Hijrah pada semua..sempena dengan tahun baru hijrah dan tahun baru 2010 aku menyeru pada diriku juga dan anda untuk menanam azam baru..bak kata pepatah buang yang keruh, ambil yang jernih..di harap tahun baru ni lebih baik dari tahun sebelumnya..kemarin merupakan hari 1st untuk semester kedua..macam biasa la..tidak banyak kelas sangat..lecturer still busy..hari bru start blajar..kali ni aku ambil 19 jam kredit..banyak dari semester lepas..7 subjek kesemuanya iaitu LAN,System Analyse and Design,Operating System,Technical Writing,Database,Data Structure and Algorithm and TITAS..aku berharap semester kedua ni lebih better dari semester satu..aku berazam utk mndapat Kedudukan Cemerlang untuk semester kali ini walaupun subjek yang aku ambil kali ni lebih mencabar..hari ni aku dah belajar untuk subjek Operating System..subjek ni dengar macam sush tapi x tahu la..harap2 boleh ikot..dan hari ni juga belajar System Analyse and Design..rasanya subjek ni merupakan killer subjek kot..teringat kata2 lecturer "if we don't like something it doesn't mean it is not good and if we like something it doesn't mean it is good"..aku akan igat kata2 ni sampai bila2..Pn Wan Maseri ni mcm ibu aku juga la..banyak memberikan kata2 untuk merangsang kita untuk belajar..kagum aku dengan lecturer ni..Pn Wan Maseri ni ciap ada dua PHD lagi..huh hebat..besok ada perjumpaan pula dengan PA..PA nak beri slip pereksa rasanya..so kesimpulannya kita kena mula dari sekarang..pasang azam baru dan mulakan sekarang..kalau kita just pasang niat saja tanpa sebarang tindakan kiranya ia hanyalah sia2 saja..jadi pasang niat beserta dengan practicalnya sekali..stakat ni dulu dapat aku tulis..insyaallah jika diberikan kelapangan aku akan menulis lagi..Assalamualaikum..

Sunday, December 27, 2009

Improve Your Relationship With Al-Quran

“O my Lord, indeed my people have taken this Qur’an as a thing (abandoned)”.
[Surah 25: 30]

Are you one of those people who rarely touch the Qur’an? Or do you read daily, but don’t find it is having the impact on you that it should? Whatever the case may be, these are some simple tips that can help you connect with the Qur’an.

1. Before you touch it, check your heart.
The key to really benefiting from the Qur’an is to check your heart first, before you even touch Allah’s Book. Ask yourself, honestly, why you are reading it. Is it to just get some information and to let it drift away from you later? Remember that the Prophet Muhammad (peace be upon him) was described by his wife as a “walking Qur’an”: in other words, he didn’t just read and recite the Qur’an, he lived it.

2. Do your Wudu' (ablution).
Doing your Wudu is good physical and mental preparation to remind you that you’re not reading just another book. You are about to interact with God, so being clean should be a priority when communicating with Him.

3. Read at least 5 minutes everyday.
Too often, we think we should read Qur’an for at least one whole hour. If you aren’t in the habit of reading regularly, this is too much. Start off with just five minutes daily. If you took care of step one, Insha Allah (God willing), you will notice that those five minutes will become 10, then half an hour, then an hour, and maybe even more!

4. Make sure you understand what you’ve read.
Five minutes of reading the Qur’an in Arabic is good, but you need to understand what you’re reading. Make sure you have a good translation of the Qur’an in the language you understand best. Always try to read the translation of what you’ve read that day.

5. Remember, the Qur’an is more interactive than a CD.
In an age of “interactive” CD-Roms and computer programs, a number of people think books are passive and boring. But the Qur’an is not like that. Remember that when you read the Qur’an, you are interacting with Allah. He is talking to you, so pay attention.

6. Don’t just read; listen too.
There are now many audio cassettes and CDs of the Qur’an, a number of them with translations as well. This is great to put on your walkman or your car’s CD or stereo as you drive to and from work. Use this in addition to your daily Qur’an reading, not as a replacement for it.

7. Make Doa (supplication).
Ask Allah to guide you when you read the Qur’an. Your aim is to sincerely, for the love of Allah, interact with Him by reading, understanding and applying His blessed words. Making Doa to Allah for help and guidance will be your best tool for doing this.

Sunday, December 13, 2009

Antara 9 SITI yang patut dicontohi:

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

10 "K" dalam persahabatan

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Friday, December 11, 2009

Assalamualaikum kpada para pembaca..hari ni famili aku adakan kenduri berkhatan adik bongsuku,Hafiz. Kenduri ni kami buat ala kadar saja. Kami just jemput saudara mara terdekat dan jiran tetangga. Jumlah tetamu yang datang ada la lbih kurang 200 orang. Kami buat msak ikan talang, masak ayam berempah, ikan temenung goreng, sambal belacan dan ulam ulaman. Memang puas jugala kerana masakan2 nya semua sedap-sedap belaka. Orang tidak putus-putus datang ke rumah sampai aku ni tak menang tangan la. Nasib baik rmai juga spupu aku membantu. Kalau nak harapkan aku dengan adik-adik aku saja, memang tak terlayan la tetamu. Lebih kurang pkul 6 petang tetamu dah pulang. Just tinggal dlam 2 buah keluarga ja lagi. Depa ni terpaksa dtang lmbat disebabkan kerja. Lain kali kalau nak cuti kenala jadi guru,macam mak dan ayah aku. Kelmarin aku memang busy betul. Terpaksa drive dari jitra ke alor star semata mata nak g tukar tiket. Memang pening kepala aku mmikirkan masalah tiket. Setiap kali beli tiket mesti ada ja yang silap. Baru dua hari aku bli tiket tetiba ja aku dapat msg bahawa ak terpaksa menghadiri seminar latihan sukarelawan. Sebenarnya agak bengang juga la. Ye la,bru dua hari pergi beli tiket,then kena tukar pulak. Adoyai. Hari yang sama juga kena pergi ambil adik dekat skolah coz dia ada exam. Huh..Agak penat jugala.. Thean sampai ja rumah mak ajak pergi bandar beli barangan untuk knduri. Memang tak sempat rehat langsung. Malam ni bru la ada peluang nak rehat lama sikit. Alhamdullillah kenduri berjalan dgan lancarnya. Oklah. Setakat ini dulu coretan aku. Mata dah kabur menandakan kemengantukan yang teramat sangat.

Wednesday, December 9, 2009

Hati & Amal

Allah memberi kita otak untuk berfikir, mata untuk melihat,mulut untuk berbicara, dan kaki untuk berjalan. Tetapi kadangkala manusia selalu menyalahgunakannya.

Mereka memiliki otak hanya untuk fikiran yang kotor, menggunakan mata hanya untuk maksiat, menggunakam mulut hanya untuk berbicara kotor, dan menggunakan kaki untuk pergi ke arah maksiat pula.

Kadangkala manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah dimilikinya,mereka selalu merasa kekurangan.

Allah yang maha sempurna telah memberikan kita pelbagai nikmat, dan kita sebagai umatNya harus bersyukur dengan apa yang telah diberikanNya dan mengerjakannya dengan hal-hal yang positif.

Mungkin ada baiknya kita hayati hadis ini, daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu."(Riwayat Muslim)

Monday, December 7, 2009

Kisah Ibu Menangis

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

“Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Monday, November 16, 2009

Selesai sudah...

Assalamualaikum pada para pembaca yang setia..hari ni aku rasa gembira sangat..exam dah habis..wah bestnye..dan malam ni aku balik kg..rasa sangat lama nk tgu saat ni..rasa cam 2 minggu sblum nie lma sangat..x sabar rasanya nk jumpa mak..ayah..adik2 dan kwan2..rasa rindu tahap maksimum dekat famili..hanya Allah saja yang tahu..rasa x sabar nk gaduh ngan adik2 aku..haha..best gaduh ngan adik nie especially hapiz..selalunya kalau gaduh ngan dia msti pasal tv..haha..last2 trpaksa mngalah juga..ye la..aku kan kakak..tahun nie kak ngah ambil SPM..so mybe dia busy la nk bca buku..ye la..dia msti byak nk kena baca..dia nie special case sikit..org ambil SPM time form 5 tp dia ambil SPM msa dh college pula..kecian dia..skolah agama ni lain sikit..so x boleh la nk gngu dia sangat..xpa2 hope dia berjaya tmpuhi exam nie..esok dlam pkul 8 sampai rumah then Azirah(my best frenz) ajak g jalan2 pulak..wah mmg dahsyat la..bru jea smpai rumah then keluar pulak nk g jlan2..insyaAllah kitaorg mybe g rumah wani(kwan skola menengah)..lmanya x jumpa wani..dh setahun kot..semua busy jea..mcm mana nk jumpa..mybe ari khamis nie aku g skolah pulak..lwat cikgu2 yg dh byak berkorban tenaga untuk aku dan kwan2..insyaAllah..harap2 cuti ni aku isi dengan perkara yang berfaedah..tmbah ilmu dlam masakan..ilmu agama..tlong mak and ayah aku buat pa yang patut..dan x sabar nak balik terengganu..nak lawat nenek yang sakit..then my aunt kahwin(achik)..rasa x sabar nk tgok dia berbahagia..dh bnyak dugaan dia kena tempuh dan dah banyak air mata dah keluar..aku berharap sangat dia berbahagia dengan bakal suami dia..lagi satu x sabar rasanya nak jumpa anak kak TE(sepupu aku)..ye la..dia merupakan sepupu aku yg first dapat anak..kitaorg sbagai cousin rasa gembira sangat..skurang kurangnya aku dh jd mak cik walaupun tu anak cousin..hehe..

okla..stakat ni jea kot coretan aku..nanti sambung pulak..nak packing barang pulak..hehe..

Saturday, November 14, 2009

Bingkisan Buatmu Duhai Muslimah


Siapalah diriku ini untuk membuatkan dirimu menangis sebak, dan apakah layak bagiku untuk menasihati dirimu. Namun, inilah yang mampuku lafazkan, yang mampuku laungkan setelah kian lama terbuku di jiwa yang lara. Kuharap segalanya diterima dengan berlapang dada, kerana inilah taklifan buat diriku yang bergelar Adam, untuk meluruskan tulang rusuk yang ditakdirkan bengkok. Bukankah diciptakan wanita untuk dilindungi sepenuh hati?

Melihat senario kaum Hawa dewasa ini, diriku tertanya-tanya penuh kemusykilan. Mengapa dirimu kian jauh daripada-Nya ? Apakah dirimu telah lupa akan hukum-hakam yang disusun-Nya? Ke manakah menghilangnya generasi mujahidah harapan agama? Ingatlah duhai muslimah. Dirimu itu diciptakan sebaik-baik kejadian. Jangan sekali-kali ciptaan Yang Maha Tinggi dipersiakan. Hanyalah redha-Nya yang kita impikan, bukannya undangan kemurkaan-Nya yang kita harapkan.

"Takutlah kamu kepada wanita, kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani Israel adalah kaum wanita..." (Mutafaq 'alaih)

Jelas bersuluh di dalam sabda Baginda yang dirindui, sesungguhnya kaum hawa mampu menggoncang dunia. Jauh sekali tafsirannya bahawa wanita diciptakan sebagai perosak, sebaliknya wanita diciptakan untuk dinobatkan sebagai sayap kiri bagi para mujahid. Dalam berjuang demi menegakkan Deen di dalam diri, keluarga juga ummah. Wanita itu bisa menjadi madu, kenikmatan dan kemanisannya menjadi pemangkin pada kebangkitan Islamiah. Inilah yang diharapkan dari insan yang bergelar muslimah solehah. Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun, bisanya terus memudaratkan seraya menghancurkan agama yang dicintai. Nauzubillahi min zalik! Jauhkan dirimu dari palitan noda maksiat, membutakan hati dan meruntuhkan peganganmu.

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..."
(Mutafaq 'alaih)

Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana. Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri, natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya.

rindu sungguh..

Assalamualaikum..
sudah lma x post kat entri nie..dh rindu pulak..ye la..busy betul dgan exam..tggal lg 1 paper..x sabar rasanya nk balik rumah,my homeown,kg pdg limau is the best..citer skit la pasai exam..aku ada 4 paper kesemuanya..hari 1st Fundamental Discrete Mathematisc, 2nd day pulak Computer Architecture n Organization, 3rd day Programmin Technique dan yg paling last ICT competency..dah 3 paper berjaya aku harungi dan tempuhi(ntah mcmmana la result nye)..ak redha je dgan result aku..stakat tu jea keupayaan aku..kan3..ok..dh lari lak dgan tjuk kite sbnrnya ni..hahaha..ok..sbnrnya aku ni rindu thap maximum dkat famili aku kat kg(umi..ayah..k.ngah..alang..amad and apis)..walupun tggal lg 2 ari nk blik tp rasa mcm 2 tahun lamanya..xpa2..sabar2..and x lupa jugak dkat tok n tok wan(kedah) n nenek dkat terengganu(rasa mcm bg ucapan raya la pulak..hahaha)..mis u all..nenek,k.long doakan smoga cepat sembuh..k.long nk nenek yg aktif mcm dulu(ttiba je rasa sedih)..xpa2 raya haji thun ni k.long balik ganu..ak rindu dkat kwan2ku..kwan2 skolah mat shrip dlu..bahiyah..kmk n sraz..lma x jumpa hangpa suma..rindunya..aku rindu dkat anak murid aku jugak(dlu penah jd cikgu smentara sat sblom msuk u nie)..mcmmana la anak2 muridku skrg(1 muslim..3 muaz..3 musab n 4 ibnu qayyum)..aku arap depa semua jd orang yg brguna..insyaALLAH..

Wednesday, November 4, 2009

Ceramah Motivasi : Tips Siswa/siswi cemerlang..

Assalamualaikum dan salam ukhwah aku ucapkan pada para pmbaca..Hari ni aku nk kongsi la skit tips2 nk jd siswa/siswi yang cemerlang sempena dengan peperiksaan yang bakal tiba beberapa hari je lagi ni(gementar la pulak nk exam ni)..tp sblom 2 aku n citer la skit..malam tadi bhgian dakwah luaran,saham UMP telah mngadakan program I-SPIRIT kpada smua budak2 UMP..ramai juga yang datang(sapa x p 2 mmg rugi sgat2 la)..Alhamdullillah..progrm ni mgajak rakan2 UMP solat hajat dam mndengar sdikit motivsi..UMP telah mnjemput Tuan Badhrulhisham Abdul Aziz bg mnyampaikan ceramah ni..banyak yang aku dpat melalui program ni..smoga tips2 yg bakal ak brikan myuntik smangat kpada semua pembaca..InsyaAllah..

Tips2 nk cemerlang:
1. Lupakan kputusan peperiksaan yang lepas. Usah igatkan pada bnda yang telah lepas..sejarah sudah berlalu..jadi pandanglah ke hadapan..fikirkan diri ni masih layak dan berpotensi untuk cemerlang..

2.Kikislah perasaan rendah diri.Kita hendaklah berjiwa besar yang mempunyai cita2 yang tinggi..Selain itu, kita hendaklah yakin pada diri sndri.Orang lain boleh lakukan knapa tidak kita??

3.Hidupkan budaya membaca bahan ilmiah.Kita hendaklah membaca untuk pengisian hati dan minda.Banyak membaca buku seperti buku2 motivasi seperti yg dkarangkan oleh HM Tuah,Dr Fadzillah Kamsah dan ramai lagi.

4.Banyak berdiskusi dan bertanya. InsyaAllah, jika kita banyak bertanya,kita tidak akan kurang apa pon,malah makin bertambah ilmu di dada.janganlah kita mnjadi bodoh sombong.

5. Kerap berjumpa pensyarah dan PA.Jangan tanam dalam diri takut untuk berjumpa dengan pensyarah.Buang segala perasaan takut.

6.Hormatilah pensyarah.Letakkan ketinggian ilmu untuk dihormati(penyarah).Walaubagaimanapun teruk pensyarah tersebut, janganlah tanam perasaan dendam,menyampah atau sebagainya kerana keberkatan ilmu itu sangatlah penting.Mohon la maaf dri pensyarah anda jika anda pernah melakukannya.

7.Hubungan dengan Allah.Kita hendaklah mnjaga hubungan kita dengan Allah.
-jaga solat
-kuat berdoa
-bantu dan doakan
-yakin dan harap
-baik sangka pada Allah.

"KITA SELALU NAMPAK KEJAYAAN ORANG TAPI PERNAHKAN KITA MELIHAT BERIBU-RIBU KEGAGALAN
YG DILALUI SEBELUM MNCAPAI KJAYAAN TERSEBUT"

Monday, November 2, 2009

Maafkanlah aku kawan....

Assalamualaikum kpada rakan pembaca sekalian. Hari ni ak nk tekankan skit pasal mengumpat. Dalam kehidupan kita seharian ni, kita x kan dapat lari dr terlibat dgan aktiviti mulut ni. Mengumpat sinonim dari kalangan wanita. Namun apa kurangnya lelaki. Maaf kaum lelaki,inilah kebenaran.Cuba kita renungkan bersama,kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat,tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat.Ak sndri pon x dpat nk mengelak dari mngumpat.Ya Allah. Sudah beraapa banyak dosa yang telah kita lakukan.Walaupun x mngumpat tp kalau kita mndengar org lain mgumpat kita juga tergolong dlam golongan kaki umpat juga.
Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu..bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk .. dibelakang hamba Allah tu.Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri.MasyaAllah,sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni!Walaubagaimanapun pun,kita adalah hambaNya yang lemah.Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan,bukan nak buruk-memburukkan.Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya,siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?


Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..

1)Bila berkumpul dengan kawan-kawan dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.Masa tu,kalau dah bersama,mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.Masing-masing ada kekurangan.Cepat-cepat istighfar,sambil tu tegurlah kawan sama.Kalau tak dapat juga sebaiknya kita pergi dari situasi ni.

2)Bila yang nak jadi moderator 'umpat2' tu kawan baik kita sendiri.Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni..sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.Tak payah lah cerita semuanya,tapi cuba fikir,rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga,lebih dari sepuluh?dua puluh?Jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang,sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.

3)Bila yang nak ajak mengumpat tu 0rang seni0r dari kita..tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.Sambil dia lafaz bait-bait mengata tu,kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas,supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya.InsyaAllah!

4)Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat,jom ambil wudhu secara tertib.Masa nak kumur2 tu,bacalah doa.Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa..InsyaAllah.Semoga dengan itu,segala niat buruk tu terbatal sendiri.

5)Kalau kita selalu terlupa tentangNya,apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat.Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?Jadi..sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya..dengar bacaan alQuran ke..nasyid ke.Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak..dah koyak ke..atau tersangkut kat mana-mana.Sebab tu kita ada dua telinga..sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..

6)Bila nak mengata orang tu..cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu..agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu.Bila diumpat, boleh pula beri hadiah..siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan,paling tidak pun..mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.

Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita..bila kita diumpat,tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat..ada yang nak bagi pendapat supaya kita terasa dekat.dengan Tuhan.Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan...

7)Terakhir,Minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.Semoga dengan nikmat air tu,kita akan ringan untuk memujinya.

Banyak lagi tips yang ada..tapi semuanya bergantung pada niat.Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur..setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi. Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca.Kepada sahabatku dan sesiapa yang berkenaan, maafkanlah aku jika pernah trmngumpat. Ak mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.Maafkanlah atas dosa yang pernah aku lakukan.InsyaAllah ak akan memperbaiki diriku ini. Semua manusia x pernah lari dari mlakukan ksalahan.Ya Allah, kau ampunkanlah semua dosa yang pernah ak dan kwan2ku lakukan.Maafkanlah aku kawan...

Sunday, November 1, 2009

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

20 Keperluan dan Amalan Insan Cemerlang

Bina Insan Cemerlang Muslim-Mukmin

FAHAM - Understand, Comprehend
IKHLAS - Sincerity, Genuine
BERTINDAK! - Action
BERSUNGGUH-SUNGGUH - Committed, Serious
BERKORBAN - Sacrifice
PATUH - Follow the order
BEBAS - Freedom from negativities
UKHWAH dan Hormat - Love Trust Respect
AMANAH - Trustworthy, Integrity
ISTIQAMAH - Consistency, Persistence
NIAT - Intention Plan
MATLAMAT - Objectives
TEKAD - Determination
SIKAP DAN SIFAT - Attitude and Attributes
SAHABAT - Sincere and supportive friends and companions
SOLAT - prays to Allah
IBADAT - devotion to Allah
TAUBAT - repentance
ALAT - Equipment, Tools
AKHIRAT - Endless period of life after death

Jom lawat paris...

Ok..kali ni kita g mkan angin pula...kali ni ak nk bwak hampa suma p PARIS..kita cuci mata skit...skurg2nya tau juga la pasai tmpt org skit wlaupun x brkesmpatan nk g..kan2..utk pgetahhuan smua PARIS ni juga dikenali sebagai Perancis..suma org tau dh kot..sejak skian lma kota PARIS ni dh mnjadi simbol kmewahan dan prestij khidupan manusia..PARIS ckup masyur sbgai destinasi paling dkunjungi di dunia..bg yg 1st time kunjung PARIS,smestinya lokasi utama yg mnjadi pilihan ialah Eiffel Tower,Arc de Triomphe,Chaillot Palace,Muzium Louvre dan Champ-Elysees.Perancis mempunyai kira-kira 20 buah muzium, 60 buah kastil lama dan hampir 200 hotel brdaftr yg mnjanjikan percutian trbaik.


inilah dia Eiffel tower..mmg cantik la kalo tgok waktu mlam..kan2..menara ni mempunyai ketinggian 300 meter..dkat sini kita bleh mlihat pemandangan indah sekitar kota paris..



Champs Elysees and Arch of Triump yg mempunyai rekabentuk yang unik dan menarik


Place des Vosges


Notre Dame Cathedral..Kalo kat sini hampa suma nk bg brung2 mkan boleh la..


Muzium Lourve

ok..stakat ni je la lwatan kita..mybe lpas ni kita ke ngara timur tengah pulak..ok..
salam...

Thursday, October 29, 2009

Wasiat Ibu untuk Si Puteri

Setelah Al-Haris bin Amr, Raja negeri Kandah hendak berkahwin dengan anak perempuan Auf Bin Muhlim Asyaibani, diarahkan utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:

" Wahai anakku!
Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu
Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya
Tetapi!
Ia sebagai peringatan untuk yang lalai
Dan pedoman untuk yang berakal
Andai ibu bapamu dapat memberikan segala-galanya
Nescaya tidak perlu bagimu seorang suami

Tetapi!
Wanita diciptakan untuk lelaki
Lelaki dicipta untuk wanita
Bercerailah kau dari ayunan buaianmu
Meninggalkan teratak tempat besarmu
Melangkah menuju ke alam baru
Yang belum kau kenal yang belum kau biasa

Kau milik suamimu
Anggap dirimu sebagai hamba
Tentunya suamimu
Jadi teman yang paling setia

Bawalah wasiat dariku
Sepuluh sifat
Sebagai bekalan perjalananmu
Menuju alam bahagia.

Relakan dirimu sekadar yang ada
Semoga suci hatimu dengan taat setia
Dan hulurkan tanganmu tanda mahu berganding bahu

Jauhkan dirimu dari segala yang jelek
Yang dihidu atau dipandang mata
Juga awasi gerak lakumu
Agar tidak sumbang mengguris rasa

Sembunyikan suram wajahmu
Gantikan ia dengan sinar
Secerah suria pagi
Dan badan yang semerbak harum
Bermandikan bauan

Mata berpasak, kening bercelak
Itu menambah seri
Itu membangkitkan berahi
Dan...
Air cukup memada
Bagi yang tiada

Jaga masa makannya
Jaga waktu tidurnya
Kerana,
Perut kosong hilang bicara
Mata mengantuk hilang kesabaran di dada

Kunci mulutmu
Tabahkan hatimu
Badanmu terselamat
Jiwa temanmu tidak terseksa

Simpan dulu kerianganmu dikala dia berduka
Pendamkan kesedihanmu dikala dia bergembira
Akibat aksi tidak senada
Hilang simpatimu disebab pertama
Keruh suasana disebab kedua

Hulurkan tanganmu....
Andai kau menghulur sebelah tangan
Nescaya dia menghulurkan kedua belah tangan
Tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan

Ketahuilah!
Kasihmu tidak sampai kerana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
Kasih kau, kasihlah dia
Benci kau, bencilah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu.....

Kau bawalah wasiatku ini dan sampaikan salamku kepada suamimu"

Begitulah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita ini telah mencapai kedudukan yg mulia di sisi suaminya. Dia telah memperolehi 7 orang anak lelaki, yang kesemua mereka telah menjadi pemerintah negeri Yaman setelah pemerintahan bapa mereka.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

~Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

~Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

~Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

~Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

~Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

~Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

~Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

~Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Tipuan Duniawi

Demi umurku.
Pemuja dunia akhirnya akan menyesal juga.
Bila dunia pergi dia merasa rugi.
Bila dunia datang keinginan pun terus memuncak.

Demi Allah.
Bila dunia datang padaku
Dan melimpahkan rezekiNya
Tentulah orang merdeka tetap menghinakannya
Bagaimana tidak, ia batang yang bakal pula..

Herdiklah dunia dan hari-harinya
Ia hanyalah membawa duka
Kehausannya tidak pernah terpenuhi
Terus saja ingin memiliki
Sungguh menghairankan
Ia musuh tapi dirindukan.

Ada orang berkata
Kulihat hari memberi cela kepada manusia
Menghalangi kemuliaan dan keutamaannya
kukata kepadanya ambillah apa adanya

Banyak aku berusaha yang haram
Ia temukan kejahatan di atas kejahatan
Tanyakan pada hari-hari
Apa yang engkau perbuat dengan raja dan singgahsananya?

Adakah engkau bahagiakan mereka?
tidak pula yang pandai mahupun yang bodoh

Wahai orang-orang tertipu oleh dunia!
siang kau tidur dan malas malam pun kau tidur
dan hina kau tertipu oleh sesuatu yang fana
kau bahagia dalam khayalan persis orang tidur
yang tertipu dengan kelazatan
Akhirnya kesibukanmu hanyalah kebosanan..

Sesiapa menyintai dunia dan mengagungkannya,
hilanglah ketakutan terhadap akhirat dari hatinya..

Wednesday, October 28, 2009

i luv my mom....

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
My mother

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I say why close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears

Who really cares? My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

Monday, October 26, 2009

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan

-Jangan banyak berangan.
-Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.
-Menjaga cara berberjalan.
-Latih cara berjalan.
-Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun.
-Langkah jangan terlalu besar.
-Berjalan jangan terlalu laju.
-Badan jangan terlalu membongkok atau tegak.
-Leher jangan terteleng (senget sebelah).
-Muka elok ditundukkan sedikit.
-Menjaga gerak-geri.
-Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh.
-Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung.
-Jangan mengangkang.
-Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap.
-Cara bergerak biarlah lemah-lembut.
-Menjaga senyum.
-Latihlah senyum jangan tersengeh.
-Tutup mulut bila ketawa.
-Ketawa secara sederhana.
-Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.
-Menjaga mata.
-Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling.
-Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi.
-Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.
-Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.
-Menjaga kehormatan.
-Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar.
-Minta izin ibubapa.
-Pakaian sopan.
-Pulang seawal mungkin.
-Menjaga sikap.
-Taat beragama.
-Jangan bohong.
-Jauhi dari merungut.
-Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

PANTUN MALAS SEMBAHYANG

Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang...


Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,

Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,

Berdiri tanpa roh malam siang...


Apasal la aku malas sembahyang,

Kerja dah best keluarga pun dah senang,

negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,

takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..


Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,

Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,

Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...


Apasal la aku malas sembahyang,

Main bola aku sanggup sampai petang,

Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,

Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?


Apasal la aku malas sembahyang,

Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,

Pagi kita sihat petang boleh kejang,

Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....


Apasal la aku malas sembahyang,

siksa neraka cuba la aku bayang,

Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,

Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita

1. Garang ( garang tak bertempat,
suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat,
silap sikit tak boleh..macam ler dia betul semua, dsb)

2.Ganas (kaki pukul,
ngan pompuan pun nak tunjuk kuat sebab pompuan bukan lawannyer)

3.Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri,
bergantung pada orang lain,dsb)

4.Gabrah - tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat pompuan
aje, dsb)

5.Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri
sendiri,ambik kesempatan,dsb)

6.Gerumal (bahasa kedah -bohong atau tipu)

7.Ganggo (keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat, macho
sangat, dll)

8.Gatal (miang keladi ngan pompuan lain selain dengan bini)

4 Golongan Lelaki Yg Di Tarik Wanita Ke Neraka

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti
mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan
kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia
seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan
ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke
pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja
dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah
tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di
akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa
hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun
tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /
abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap
firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA
BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta
anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu
sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan
dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan
tertarik....oleh mana-mana pihak ?????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan
seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga.....
janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB.

Sunday, October 25, 2009

Isu Sebat : Jawapan Kepada Tun Dr.Mahathir

Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, berkata di dalam blognya : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Beliau kemudiannya berkata :

"Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan."

Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya.

ARAK DAN STATISTIK KEBURUKANNYA

Sebelum saya menghuraikan secara ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu.

Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :-

* Hampir 45 - 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alkohol (arak).

* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.

* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alkohol (arak)

* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.

(Source: British Crime Survey 2007/08)

Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. ( sumber )

Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.

Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak. (rujuk)

Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.

Secara purata rakyat Britain 'menelan' arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak' sebelum ini.

Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu ‘TIDAK BERTANGUNGJAWAB' sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan ‘kawalan diri'?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?

Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dan lain-lain negara aktif arak.

HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAM

Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w

Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )

Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.

Firman Allah swt yang bermaksud:

"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)

Lagi Allah menegaskan yang ertinya:

'Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan'( Al-Maidah : 90)

Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.

Kerana itu nabi menyebut, ertinya : 'Arak itu adalah ibu kepada kejahatan' ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)

Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.

HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAK

Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawapannya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :-

1) Hadis Nabi: 'Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka' ( Riwayat Abu Daud)

2. Hadis Nabi : 'Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali' (Riwayat Muslim) [1]

3. Hadis Nabi: 'Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali '(Riwayat Muslim) [2]

4. Hadis Nabi: 'Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)[4]

5. Athar sahabat: Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) [5]

6. Hadis Nabi: 'Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)[6]

Jika dikatakan, itu semuadari hadis, maka apakah pula dalil al-Quran yang menyuruh? jawabnya adalah

'Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan' ( An-Nahl : 44)

Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.

PERBEZAAN TASFIRAN ULAMA

Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :-

1) Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta'zir.

Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.

Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta'zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.

2) Jumlah sebatan yang perlu dikenakan.

Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Pertama : Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.

Kedua : Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta'zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.

BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT?

Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.

Jika Hudud

Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.

Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama[8] melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.

Jika Ta'zir

Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.

Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.

SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?

Pertama

Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tidak layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menyesatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebahagian yang lain. Kerana apa adil? Kerana piawaian adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia, maka individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.

Kedua

Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kasihan dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.

Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu [9] :-

* Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.[10]
*
Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
*
Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dan pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
*
Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
*
Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.

Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.

Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.

Adilkah?Sebat kerana arak..

Pd 22 ari bulan ri2 ak n 40 org kwan g UIA,Kuantan..Kitaorg nek bas lbey kurang lam pkul 8 mlm..then smpai sana lam koi8.30 mlm..smpai je sana kitaorg twus g mayang isyak kat surau dkat medical punya fakulti(kurang pasti)..then kitaorg kna g ke Auditorium(tmpat forum)..fuh..rmai giler owank..mmg tmpat dduk pown dh x dak time kitaorg sampai 2..mmg agak cdey gak sbnarnya coz x dak sit(smpai da org kna dok kat tangga la...tp tjuan g c2 kan nk degr forum so halal je la kalo kna diri pown(kami dak2 pompn trpaksala dok sandar ja kat dnding blakang)..forum ni start lam koi 9..tjok forum neyh Adilkah??Sebat Kerana Arak..isu ni kan jd kacau bilau time kartika laa...fuh..mmg best giler r forum neyh..hangat habeh..panel yg paling hangat dtg ri2 ialah Ust.Nasaruddin Tantawi,ketua pemuda pas..2 org panel lg ust dri bhagian NGO(kalo x clap la) n Peguam Syar'ie..agak trkjut gak mula2..ye laa..politik gak la UIA neyh..haha~..tp main point UIA kan nk bncg n ngupas isu arak kan..so it's okeyh..cara ust Nasaruddin 2 kupas n bg pnrangan mmg best..rsa cam nk dengar lg je forum 2h..kalo ada lg forum cm 2 arap2 bley g lg...forum 2 abeh dlam pkul 12 mlm..ak tgok smua org cam brpuas ati giler dengar forum neyh..yela..pihak UIA sndri ckap forum kali ni adalh forum yg palink 'HOT'(byak smbutan)..mse smpai kat UMP mmg ak thap penat giler r..dh la x mkan lgsg td..mkan roti canai ja lam koi 6.30 ptg 2..so lapaq thap giler2 la..so pa lg maggi trsyangku mnjdi mngsa la(maggi tomyam adabi)..haha~..kenyang sgguh time 2..lpas mkan maggi ak pown study cket la pasai prormng..mklomla..ada test keesokkan arinya..tp dlam 10 mnit ja bley study..pas2 mata asyik noleh je dkat katil ksyangan..so pe lg ak pown ZZzzzZZ....


Ust Nasaruddin Tantawi

Wednesday, October 14, 2009

fitness test...

Tadi aku punya section kena wat fitness test(lari)..haha..penat sangat..rasa mcam nk tkluaq ja kaki ni..nasib baek boleh control..tapi malu sangat coz kena lari depan laki..dh la x besa lari depan laki..dlu pon kat sekolah lari dpan pompn ja..sekolah pompn la ktakan..haha~..aku dpat 3-7 ja(skala)..cket sangat...dak2 pompn just dpat around 4 jea..xdak pown dpat 6(skala terbaek kira A laa)...tp pa pown syukur gak laa coz lulus dh fitness test ni....alhamdullillah..tingat pulak nenek kat kg..macammana dgan nenek skrg..dh la x lalu mkan...bdan pon dh makin krus..rasa2nya ujung mgu ni aku nk lwat nenek jap..gpown mak n adik pon blik kg gak..so bley la nk jumpa...mis u all..

Kronologi gempa dan tsunami di dunia(2001-2009)


30 September 2009

Satu gempa bumi 7.6 pada skala Richter menggegar Padang di pulau Sumatera, Indonesia. Seramai 704 mangsa mati dan sehingga 4,000 terperangkap di bawah runtuhan. Gegaran sekuat 7.0 pada skala Richter menggegar bahagian selatan Sumatera beberapa jam kemudian.

29 September 2009

Tsunami besar tercetus ekoran gempa 8.0 skala Richter di Samoa dan American Samoa, membunuh sekurang-kurangnya 177 orang di wilayah itu, sementara beratus-ratus yang lain dilaporkan hilang. Tsunami turut melanda Tonga.

2 September 2009

Gempa 7.0 skala Richter menggegar Tasikmalaya, pulau Jawa, mengorbankan 123 orang dan mencetuskan tanah runtuh.

6 April 2009

Hampir 300 maut di bandar L'Aquila, Itali apabila gempa 5.8 pada skala Richter melanda.

29 Oktober 2008

Barat daya Pakistan digegar gempa 6.4 skala Richter, menyebabkan sehingga 300 penduduk meninggal dunia dan berpuluh ribu yang lain hilang tempat tinggal.

12 Mei 2008

Gempa 8.0 skala Richter menggegar Sichuan, barat daya China. Lebih 87,000 maut atau hilang.

3 Februari 2008

Satu gempa dengan magnitud 6.1 pada skala Richter menggegar timur Congo dan barat Rwanda, membunuh 45 orang dan menyebabkan ribuan yang lain hilang tempat tinggal.

2 April 2007

Lebih 50 nyawa maut, sementara ribuan yang lain hilang tempat tinggal selepas gempa bermagnitud 8.0 skala Richter melanda Kepulauan Solomon dan menyebabkan tsunami.

6 Mac 2007

Gempa berukuran 6.3 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera, merobohkan bangunan dan mengorbankan sekurang-kurangnya 70 orang.

17 Julai 2006

Sekurang-kurangnya 596 maut, lebih 9,500 cedera dan 74,000 yang lain hilang tempat tinggal setelah gempa dasar laut sekuat 7.7 skala Richter melanda pulau Jawa dan mencetuskan tsunami.

27 Mei 2006

Wilayah Yogyakarya dilanda gempa 6.3 skala Richter, mengorbankan 6,000 mangsa dan menyebabkan 1.5 juta penduduk hilang tempat tinggal.

8 Oktober 2005

Satu gempa 7.6 pada skala Richter membunuh lebih 75,000 orang, kebanyakannya di bahagian sempadan di Pakistan Utara dan wilayah Kashmir. Seramai 3.5 juta hilang terpaksa dipindahkan.

28 Mac 2005

Sekurang-kurangnya 900 maut apabila gempa dengan magnitud 8.6 pada skala Richter menggegar pulau Nias, Sumatera.

26 Disember 2004

Gempa dasar laut sekuat 9.1 skala Richter dari pantai pulau Sumatera mencetuskan tsunami yang membunuh 220,000 mangsa di sekitar Lautan Hindi termasuk 168,000 nyawa di Acheh, Indonesia.

26 Disember 2003

Gempa kuat 6.7 pada skala Richter menggegar bandar Bam, Iraq, mengakibatkan sekurang-kurangnya 31,884 maut dan mencederakan 18,000 yang lain.

26 Januari 2001

Gujarat di barat India digegar gempa kuat, mengorbankan 25,000 orang dan 166,000 mangsa cedera. - AFP

Ziarah Madinah




JABAL Uhud atau Bukit Uhud berwarna kemerah-merahan terletak lima kilometer (km) ke utara Kota Madinah. Ia memanjang membatasi kawasan syuhada Uhud.

Terdapat satu bulatan besar atau roundabout besar dibina di sekeliling perkuburan syuhada Uhud. Di belakangnyalah terletak bukit yang kemerah-merahan di kenali sebagai Jabal Uhud manakala di dalam bulatan besar itu terletak perkuburan syuhada, Bukit Rumah iaitu bukit yang ditempatkan 50 orang pemanah dan sebuah masjid yang dinamakan Masjid Uhud.

Di kawasan masjid inilah Saidina Hamzah terbunuh dan gugur syahid. Beliau dikebumikan di tempat jasadnya terbunuh. Selain Saidina Hamzah dua kibarul muslimin antaranya Abdullah ibn Jubair al-Ansari (ketua barisan pemanah) dan Mus'ab ibn Umair (pemegang panji-panji Islam).

Hampir 70 orang sahabat terbunuh, enam di kalangan mereka dari Muhajirin dan bakinya dari al-Ansar.

Ketika pasukan pemanah turun dari Bukit Rumah kerana menyangkakan perang sudah tamat, pasukan berkuda yang dipimpin Khalid ibn Walid dan Ikrimah ibn Jahal telah membunuh baki tentera pemanah di atas bukit rumah. Lantaran itu, tentera muslimin terkepung dari sebelah depan dan belakang (barat daya).

Ketika perang berkecamuk inilah, sahabat Rasulullah merapatkan barisan, membentengi Rasullullah. Saidina Hamzah telah dilembing oleh tentera musuh. Abdullah ibn Zubair telah dibunuh di atas bukit Rumat mempertahankan amanat baginda SAW.

Pada ketika itulah, Mus'ab ibn Umair mempertahankan Rasulullah. Tangan kanannya terputus akibat ditetak oleh musuh. Beliau menggunakan tangan kirinya untuk berlawan. Terputus tangan kirinya, beliau menggunakan kedua-dua lengannya untuk memegang panji-panji Islam.

Tatkala Rasulullah terperosok akibat tentangan musuh dan hampir-hampir dipenggal oleh tentera musyrikin, Mus'ab membantingkan badannya untuk melindungi Rasulullah daripada dibunuh. Maka terbunuhlah Mus'ab ibn Umair, syahid mempertahankan nyawa semulia-mulia makhluk. Lalu panji-panji itu disambutlah oleh Ali Karamallahhuwajhah.

Sahabat-sahabat Nabi membawa baginda berundur ke belakang lalu terus menaiki Bukit Uhud. Bukit Uhud bergoyang kerana malu tubuhnya dinaiki makhluk yang paling mulia. Bersabdalah Nabi SAW: "Isbat ya Uhud". Tetaplah engkau wahai uhud. Bukankah makhluk yang paling mulia berada di atasmu bersama shahidain (dua sahabat yang akan syahid iaitu Umar dan Uthman).

Setelah berundur di atas Bukit Uhud, Rasulullah di tempatkan di sebuah gua yang kecil yang hanya menempatkan empat orang di dalamnya. Rasulullah saw terbaring tidak sedarkan diri manakala para sahabat berkubu di bawah bukit bagi menyekat serangan kaum musyrikin.

Setelah peperangan reda tentera Muslimin balik ke Kota Madinah dan pada awal paginya mereka menghalau tentera Musyrikin hingga ke Hamra' al-Asad.

Masjid Al-Qiblatain

Masjid ini merupakan tempat mengerjakan solat bagi Bani Salamah terletak kira-kira di barat laut Kota Madinah. Masjid ini diberi nama Qiblatain sempena peristiwa turunnya wahyu dari Allah swt agar Rasulullah saw menukarkan kiblatnya dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram.

Peristiwa turunnya ayat wahyu Allah saw ketika Baginda sedang solat zohor pada rakaat yang kedua. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 144 "Maka sesungguhnya kami akan memalingkan kamu ke arah kiblat yang kamu sukai, oleh itu palingkanlah mukamu ke aras Masjidil Haram..."

Rasulullah saw segera mengubah arah kiblat dengan berpusing ke belakang (180 darjah) lalu mengadap ke baitullah berbetulan dengan al-Mizan (Pancur Emas). Lantaran itu, pada waktu Asar semasa di Masjid Nabawi, Rasullah SAW membetulkan kiblatnya setentang dengan Masjidil Haram.

Masjid Tujuh atau Khanda'

Salah satu tempat yang perlu dilawati oleh jemaah haji ialah masjid tujuh atau tempat berlakunya perang khanda'. Masjid tujuh ini terletak di atas Bukit Sila'. Tujuh Masjid ini dibina di atas tujuh khemah perkubuan sahabat.

Perang Khanda' ini berlaku pada bulan Syawal tahun ke lima hijrah. Rasulullah SAW menerima pandangan Salman al-Farisi untuk membina parit besar. Panjangnya lebih kurang 2.5 km, lebarnya empat meter dan dalamnya tiga meter.

Musyrikin Mekah datang dari arah selatan Kota Madinah tetapi terpaksa menuju ke utara kota ini kerana bahagian selatan dipenuhi oleh bukit-bukau. Strategi Khanda' inilah yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk menentang tentera Ahzab.

Ketika saat genting inilah Yahudi Bani Quraizah mengkhianati Nabi. Nabi memerintahkan sekumpulan sahabat memerangi mereka. Seramai 600 sahabat diketuai oleh Saidina Ali mengepung dan menawan mereka.

Ketika tiada perubahan dan saat semakin genting, tiada apa-apa perubahan beberapa sahabat termasuk Salman dan seorang sahabat lagi yang baru masuk Islam memohon keizinan Rasulullah SAW untuk memecah-belahkan musuh dengan meniupkan perasaan curiga mencurigai.

Apakah jaminan engkau bahawa kaum musyrikin tidak akan meninggalkan engkau jika mereka kalah memerangi Muhammad kata sahabat ini. Pemimpin Bani Quraizah pantas meminta jaminan kepada Abu Sufian. Sebelum itu, Abu Sufian telah dihasut bahawa Bani Quraizah telah belot kepada Rasulullah dan akan datang meminta jaminan. Maka sahlah khabar dari sahabat nabi ini maka mulalah terpecahnya benteng kepercayaan tentera Ahzab.

Sementara itu, Rasulullah berulang-alik ke tempatnya bermunajat. Kali ketiga baginda SAW bermunajat lalu baginda bersembahyang dua rakaat memohon pertolongan Allah.

Lantaran itu, Allah kabulkan permintaan baginda lalu dikirimkan ribut pasir sehingga kaum musyrikin ketakutan dan bertempiaran lari ke Mekah.

Rumusan

Demikianlah, kisah-kisah tempat bersejarah yang boleh dilawati oleh bakal-bakal haji. Terdapat banyak lagi tempat bersejarah dan menarik untuk dilawati dan dihayati kisahnya oleh bakal-bakal haji di antaranya perigi Uthman yang berhampiran dengan Masjid Quba' dan Khal'ah berhampiran masjid Jumuah.

Semoga menziarahi Madinah ini menepati hadis Nabi yang bermaksud: "Kembalinya iman di Madinah itu seperti kembalinya ular ke sarang." Wallahu a'lam.

Petikan diambil dari Utusan Malaysia Online

Tuesday, October 13, 2009

Akhbar hari ini....


Mayat bayi dikafan ditemui di kelas KAFA

SUNGAI PETANI 12 Okt. - Mayat bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui di hadapan pintu Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) di sebuah surau di Taman Keladi di sini hari ini.

Mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui seorang guru lelaki dalam keadaan berkafan dan diletakkan di atas tilam kecil di surau terbabit kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, berkata sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi selepas guru itu menghubungi pihaknya memaklumkan perkara tersebut.

Beliau berkata, polis percaya bayi terbabit sudah beberapa jam diletakkan di situ berdasarkan keadaannya termasuk darah yang melekat pada anggota badannya.

"Ketika ditemui, bayi itu sudah meninggal dunia. Kita percaya bayi itu baru dilahirkan berdasarkan tali pusat dan kesan darah kering di badannya," katanya di sini hari ini.

Menurut Hashim, siasatan lanjut menunjukkan bayi itu dilahirkan di tempat lain sebelum dibuang di tempat kejadian.

"Kita percaya suspek sengaja meletakkan bayi itu di depan kelas Kafa supaya orang ramai boleh mengkebumikan mayat," jelasnya.

Katanya, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mana- mana klinik yang mengesan kes kelahiran bayi secara mencurigakan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di talian 04-4212222 untuk membantu siasatan.

Fatimah ibu mithali

FATIMAH binti Asad ialah ibu kepada Ali bin Abu Talib. Abu Talib adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Selepas Aminah meninggal dunia, Abu Talib mengambil tanggungjawab menjaga Nabi Muhammad.

Semasa Nabi Muhammad tinggal dengan Abu Talib, Fatimah menjaga anak saudaranya dengan baik.

Segala makan minum, tempat tinggal dan pakaian Nabi Muhammad disediakan oleh pasangan suami isteri itu mengikut kemampuan mereka.

Nabi Muhammad merupakan seorang yang baik, jujur, amanah dan menghormati orang yang lebih tua daripadanya.

Fatimah adalah antara wanita yang awal memeluk agama Islam. Semasa Nabi Muhammad dilantik menjadi nabi, Fatimah memberi sokongan padu kepada Nabi Muhammad bagi menegakkan agama Islam.

Anak-anak Fatimah juga turut mengikuti jejak langkah ibunya dengan memeluk agama Islam. Antara anak Fatimah yang memeluk Islam ialah Uqail, Jaafar, Ali, Ummu Hani dan Talib.

Nabi Muhammad sangat menghormati Fatimah seperti ibunya sendiri.

Semasa Fatimah tinggal di Madinah, Nabi Muhammad sering berkunjung ke rumah Fatimah dan berehat serta tidur pada siang hari di rumah itu.

Begitu juga keadaan berlaku semasa Fatimah tinggal di Mekah. Nabi Muhammad sering ke rumah Fatimah untuk berjumpa dengan ibu saudaranya itu.

Ada seorang lelaki tua bercerita kepada jirannya tentang Fatimah binti Asad. Lelaki tua itu berkata: “Nampaknya keluarga Fatimah sangat rapat dengan Muhammad. Fatimah menjaga Muhammad dengan baik sekali”.

Lalu jiran itu berkata pula: “Bukankah Fatimah itu isteri kepada Abu Talib? Abu Talib adalah bapa saudara Muhammad”.

“Ya,” jawab lelaki tua itu.

Jiran itu menambah lagi: “Sekarang ini Muhammad sudah berkahwin dengan Siti Khadijah. Saya dapat tahu bahawa Ali, anak Fatimah tinggal bersama Muhammad”.

“Ya. Saya juga dengar berita itu,” kata lelaki tua itu pula.

Lelaki tua itu tersenyum mendengar cerita jirannya itu. Lelaki tua itu berkata lagi: “Sejak kecil Fatimah mendidik dan menjaga Muhammad. Sudah tentu Fatimah mengetahui sifat-sifat yang ada pada Muhammad.

“Saya sendiri melihat Muhammad itu baik orangnya. Dia seorang yang amanah, jujur dan baik budi pekerti. Muhammad tidak pernah memungkiri janji”.

“Patutlah Fatimah sanggup membiarkan Ali tinggal bersama Muhammad. Sekiranya saya ada anak, sudah tentu saya juga ingin melihat anak saya tinggal bersama Muhammad. Pasti Muhammad dapat mendidik anak saya menjadi orang baik,” kata jiran itu panjang lebar.

Rata-rata orang yang mengenali Fatimah binti Asad akan memuji sifat keibuannya. Dia pandai mendidik anak sehingga anak-anaknya menjadi anak yang baik.

Sejarah Islam mencatatkan bahawa anak Fatimah iaitu Ali bin Abi Talib telah dilantik menjadi Khalifah yang ketiga selepas Khalifah Umar al-Khattab menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Fatimah juga menyumbang usahanya kepada Islam. Dia adalah seorang wanita yang suka menghafal dan melaporkan hadis dari Nabi Muhammad. Sepanjang hayat, dia telah melaporkan sebanyak 46 buah hadis.

Ali bin Abi Talib iaitu anak Fatimah telah berkahwin dengan anak Nabi Muhammad iaitu Fatimah az-Zahra. Semasa Fatimah az-Zahra menjadi menantunya, Fatimah menjaga menantunya dengan baik.

Ada satu peristiwa yang berlaku semasa Fatimah di rumahnya. Ali meminta ibunya membantu isterinya di rumah.

Ali berkata kepada ibunya: “Wahai ibu, bolehkah ibu membantu isteri saya mengambil air dan membuat pekerjaan yang lain. Isteri saya akan membantu ibu membuat roti untuk kita makan pada hari ini”.

“Boleh. Ibu sedia buat apa sahaja untuk anak dan menantu ibu yang disayangi itu,” kata Fatimah kepada anak lelakinya.

Semasa Fatimah menghembuskan nafasnya yang terakhir, Nabi Muhammad datang menziarahi jenazah Fatimah.

Nabi Muhammad berdoa kepada Allah, “Semoga Allah menyayangi diri Fatimah. Dia merupakan ibu bagi diri saya. Walaupun dia lapar, dia tetap memberi saya makan sehingga kenyang.

“Apabila pakaian saya koyak dan kotor dia akan beri pakaian yang baik kepada saya. Dia akan menghidangkan saya makanan yang enak dan lazat. Semoga Allah membalas jasa dan kebaikan Fatimah di akhirat kelak”.

Kisah srikandi Fatimah merupakan kisah teladan yang boleh dijadikan contoh. Ibu mithali sangat dihormati dan disayangi oleh anak-anak.

*Petikan daripada buku Bidadari Syurga terbitan PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

exam preparation tips

1. Make sure you will collect all lecture notes and related material at least 2 weeks before the exam. After that this task will be almost impossible to complete.
2. You DEFINITELY need to get some past papers for this exam. Usually you can get them from the library, university web site or from your own tutor. In some cases past papers may be accompanied with answers.
3. 1-2 weeks before the exam talk to your tutor and ask him or her what kind of questions there will be on exam. In 70% of cases you will receive very valuable information which will significantly help you to prepare. Another important aspect is the number and worth of questions.
4. Carefully plan your time for exam preparation. You should give yourself at least 2 full days to prepare. If you are working – take several days off work – it worth it.
5. Start preparation from an early morning. Switch off mobile phone, TV, don’t check your emails and avoid any other disturbances. Make sure you have enough high-calories food (like chocolate).
6. Firstly read all your lecture notes. Vast majority of exams is based on the lecture notes (only or mainly) therefore you don’t need to read all course-recommended books. If you don’t understand something – talk to your classmates, read books, search Internet. Make sure you understand everything.
7. Secondly, answer ALL past exam papers and check your answers. It is useful to collaborate with your classmates because in this case group work may help you to avoid some mistakes.
8. Thirdly, analyse all previous exam papers and information received from your tutor. Try to estimate what kind of exams there will be. Then, assess your capabilities. For example, if you are good with numbers and calculations and KNOW that there will be some questions of such kind on exam, it is advisable for you to concentrate on reviewing techniques related to such questions. Try to plan the questions which you are going to answer (if you are more or less sure they will appear). On 99% of exams students have choice to answer 4 questions from 6 for example), therefore you SHOULD NOT know everything! It is sometimes better to leave some areas and to concentrate on others.
9. If you have a chance – talk to someone from previous year who took this exam. Quite often you can receive some valuable information for them.
10. Make sure you get good sleep before the exam. Many students are much stressed and can’t sleep. Try to use your own tricks to avoid it, for example go to bed earlier, read something, don’t watch TV and etc.
11. Wake up at least 2 hours before you need to leave the house. If you want – do some reading and reviewing, but not much. Eat well. Don’t forget to take all of your lecture notes with you to the university, because you may wish to look at them to clarify something at the last minutes.
12. Take your own stationary: several good pens, calculator and etc.
13. And lastly, when the exam has started – DON’T PANIC even if you seem not to know anything. Relax and write everything you know. Watch the time carefully, so that you have approximately equal amount of time for each questions.
14. GOOD LUCK!

Sunday, October 11, 2009

Ireland...one of the best country










Ireland is a country in northwest Europe which consist of the island of Ireland which lies in the Atlantic Ocean.
It is a lowland country of wide valleys, lakes and peat bogs, with islolated mountain ranges around the coast. The climate is mild due to the Atlantic Drift and rainfall is plentifull, though highest in the West. Agriculture, indus-try and service industries are important. The economy could benefit from peace in the north and withdrawl of the English troops.
The population of about 5.500.000 people live in an area of about 85.000 square kilome-ters. Languages spoken are Irish, Shelta, Gaelic and English.
The capital of Ireland is Dublin.

Saturday, October 10, 2009

Kasih Seorang Insan

Kisah yang bakal aku paparkan ini sangat menyentuh perasaan diriku.Ini bukan kisah tentang diriku tapi kisah daripada seorang sahabat.Diharap para pembaca dapat menghayati kisah ini dan mangambil pengajaran.

Ceritanya begini...

FEBRUARI 199.. Lahirlah aku ke dunia ini. Setelah sembilan bulan mak mengandungkan aku, akhirnya aku memijak di bumi ini. Aku ditatang bagai minyak yang penuh oleh kedua-dua ibu dan bapaku. Lagipun, aku merupakan puteri sulung dalam keluargaku. Sudah semestinya kelahiranku amat diraikan.

Aku masih ingat, ketika aku masih kecil, aku suka bergambar. Aku akan terus berdiri tanpa berganjak sehingga ayahku merakam fotoku. Jika tidak, aku akan merajuk sepanjang hari. Aku amat bertuah kerana mak dan abah tidak pernah lupa mengadakan sambutan menyambut tahun kelahiranku setiap tahun. Pening jugak mereka melayan kerenahku yang selalu menginginkan pelbagai jenis koleksi anak-anak patung.

Abahku akan mengadakan beberapa jenis pertandingan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan tersebut. Ditambah pula hidangan makanan yang disediakan sendiri oleh ibuku yang sememangnya pakar di dapur. Segalanya amat sempurna!

Dalam menjalani kehidupan dalam sebuah keluarga yang hanya mempunyai bilangan ahli keluarga yang kecil, hubungan aku dan keluarga amat rapat. Aku boleh diibaratkan sebagai seorang anak yang manja. Ayahku seorang yang amat kelakar walaupun dari segi fizikalnya amat berlawanan sekali. Ibuku pula seorang yang agak garang tetapi penyayang orangnnya.

Pernah suatu ketika, aku hanya ditemani oleh ibu. Aku sedang menonton rancangan yang berbentuk drama dari kaca televisyen. Drama tersebut menceritakan tentang seorang anak yang kehilangan ibunya. Aku terus memeluk ibuku dan bertanyakan bahawa adakah ibuku akan meninggalkanku jua suatu hari nanti. Ibuku menjawab bahawa setiap yang hidup pasti akan meninggalkan dunia ini juga suatu hari nanti. Air mataku tidak dapat terus bertakung.

MAC 200.. Suatu hari, aku dikejutkan bahawa ibuku dimasukkan ke hospital ketika aku pulang dari sekolah. Susah untukku terangkan bagaimanakah perasaanku ketika itu.

Setibanya aku di hospital bersama adikku serta ahli keluargaku yang lain, ayahku segera memelukku dan adikku. Perasaanku berasa amat takut untuk mendengar tentang khabar ibuku. Aku tidak dapat melawat ibuku pada malam tersebut tetapi melihat keadaan ayahku, aku berasa takut untuk menduga.

Kira-kira pada pukul 5.00 pagi, aku mendapat panggilan menjemputku ke hospital dengan segera. Ketibaanku di hospital disambut dengan tangisan daripada nenekku serta ahli keluargaku yang lain. Pada pagi itulah, aku dapat melihat ibu.

Hati anak manakah yang tidak terusik melihat ibunya sedang terbaring lemah tanpa sedarkan diri?? Dengan ditemani oleh salah seorang ibu saudaraku, aku dibawa melihat ibu. Keadaan ibu yang dikelilingi oleh pelbagai jenis wayar amat menyayat hati. Aku melangkah lemah dan mencium kaki ibu. Air mataku mengalir tanpa dapat kutahan lagi..

Sudah menjadi rutin harianku untuk melawat ibu pada setiap hari. Aku melihat abah tidak lekang berada disisi ibu. Aku tahu bahawa abah turut bersedih melihat keadaan ibu tetapi dia tidak pernah menunjukkan kesedihannya di hadapanku dan adikku agar kami tidak terus menangis.

Kadang-kala, aku berasa berat hati untuk melawat ibu. Bukan kerana bosan mahupun letih, tetapi aku tidak sanggup melihat ibu terlantar di atas katil dengan tidak sedarkan diri.. Keadaan ibu tidak pernah kukongsikan kepada sesiapa kecuali beberapa orang teman rapatku setelah mereka menyedari akan ketidak hadiranku di sekolah.

Sebenarnya, aku lebih lebih suka berkongsi kegembiran bersama-sama mereka tetapi bukan kesedihanku. Tetapi, aku berasa terharu dengan keprihatinan mereka setelah dikhabarkan tentang ibu. Dorongan yang tidak putus-putus kuterima daripada mereka amat memberi kekuatan kepada diriku..

APRIL 200.. Hari demi hari berlalu sehingga pada suatu hari, aku mendapat panggilan daripada ayahku agar segera ke hospital kerana keadaan ibuku semakin tenat. Hati diulit rasa resah dan ingin segera tiba di hospital. Bagiku, perjalanan ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang pada hari tersebut merupakan perjalanan yang paling lama memakan masa bagiku.

Disepanjang perjalanan juga, ayahku menelefonku memberitahu bahawa ibuku dalam semakin tenat dan pernafasan ibu semakin lemah. Aku tahu, ketika itu ayah sebenarnya ingin memberitahuku supaya tabah dan bersedia kerana ibu akan meninggalkanku buat selama-lamanya..

Walaupun aku ditenteramkan oleh ibu saudaraku, tetapi air mataku tetap mengalir dengan lajunya.. Tiada apa lagi yang berada dalam kotak fikiranku ketika itu kecuali ibu.

Akhirnya aku tiba di hospital. Tetapi, malangnya ibu telah pergi menghadap Ilahi sebelum sempat kumenemuinya. Tidak dapat kugambarkan perasaanku ketika itu. Rasanya seperti duniaku telah menjadi sunyi dan gelap gelita..

Kini, 2009 Aku menjadi seorang insan yang semakin tabah mengaharungi liku-liku hidup bersama mereka yang masih menyayangi diriku dan sentiasa bersamaku. Aku percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Bukan simpati atau belas kasihan yang kuinginkan, tetapi aku hanya ingin berkongsi pengalaman hidupku ini bersama semua.

Sayangilah ibu dan bapa anda. Sesungguhnya, syurga adalah dibawah tapak kaki ibu dan tiada siapa yang dapat mengganti tempat mereka. Bagi mereka yang telah melaluinya, jadilah anak yang soleh dan solehah serta sentiasa mendoakan mereka yag telah tiada. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..

p/s saya: sayangilah kedua ibu bapa anda selagi mereka masih hidup.kita mempunyai ibu bapa hanyalah sekali.walau apapun kekurangan mereka,terimalah mereka seadanya.

Coretan untuk bakal isteri

Aku tertarik dengan sebuah artikel mengenai coretan untuk bakal isteri. Semakin aku membacanya,semakin aku aku tertarik..



Kisahnya bermula....

Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu.

Kawan-kawanku

Puteraku

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Doa Rabitah

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."