
Mayat bayi dikafan ditemui di kelas KAFA
SUNGAI PETANI 12 Okt. - Mayat bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui di hadapan pintu Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) di sebuah surau di Taman Keladi di sini hari ini.
Mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui seorang guru lelaki dalam keadaan berkafan dan diletakkan di atas tilam kecil di surau terbabit kira-kira pukul 9 pagi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, berkata sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi selepas guru itu menghubungi pihaknya memaklumkan perkara tersebut.
Beliau berkata, polis percaya bayi terbabit sudah beberapa jam diletakkan di situ berdasarkan keadaannya termasuk darah yang melekat pada anggota badannya.
"Ketika ditemui, bayi itu sudah meninggal dunia. Kita percaya bayi itu baru dilahirkan berdasarkan tali pusat dan kesan darah kering di badannya," katanya di sini hari ini.
Menurut Hashim, siasatan lanjut menunjukkan bayi itu dilahirkan di tempat lain sebelum dibuang di tempat kejadian.
"Kita percaya suspek sengaja meletakkan bayi itu di depan kelas Kafa supaya orang ramai boleh mengkebumikan mayat," jelasnya.
Katanya, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mana- mana klinik yang mengesan kes kelahiran bayi secara mencurigakan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di talian 04-4212222 untuk membantu siasatan.
Ya Allah...
ReplyDeleteapalah nak jadi dengan manusia zman skrang..sanggup mereka buang anak(darah daging mreka sendiri)...
bayi 2 x berdosa pon...
ramai lagi yg perlukan anak..tpi mereka yg x bertggujwab ni senang2 ja buang anak mereka...
pandai buat pandaila tanggung...