Kisah
Rasulullah Sebagai Pengajaran
1)
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu
menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga
mahupun untuk dijual.
2)
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di
masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk
membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada
di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..
3)
Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat
pula kembali sesudah selesai sembahyang.
4)
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu
itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun
tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum
ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina
'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba
salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, 'Jika
begitu aku puasa saja hari ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah
baginda.
5)
Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul
isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan
itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi
nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia. Aku tidak bertanyakan
alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman
tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?
6)
Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan
lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam
menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya
sebagai pemimpin umat.
7)
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar
sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada
tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang
tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai
bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung
penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar.
Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan?
Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas....
Akhirnya
Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang
kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk
menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi
halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
Ya
Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami
tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut,
'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu.
Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai
pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah
ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini
lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
8)
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang
dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9)
Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang
Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan
baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur
dengan lembut perbuatan itu.
10)
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah
sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11)
Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab
untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam
keseorangan.
12)
Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi
berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan
pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13)
Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila
ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin
Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? Jawab baginda dengan lunak,
'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin
menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'
No comments:
Post a Comment