Suatu
hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda
bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau
sebagai hadiah untuk baginda.
Cantik
sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan
senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas
dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat,
namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua
limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan
terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat
agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka
bertanya.
Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu,
sebenarnya
buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya
kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan
mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut.
Saya
bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.
"Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan
pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam
pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia
bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda
dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.
Rancangannya
di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
No comments:
Post a Comment