Friday, February 22, 2013

MENUJU CINTA YANG HALAL



Bismilahirahmanirrahim
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt buat semua blogger dan pembaca setia. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi dapat mengecapi nikmat Iman dan Islam dikala dihujani dengan pelbagai masalah umat yang kian genting dan terumbang ambing. Alhamdulillah, dipenghujung 2012, saya telah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bernama Mohamad Noradli bin Hashim. Allahurabbi, tidak pernah terlintas lansung di hati ini berkahwin awal ketika usia masih baru 22 tahun. Sesungguhnya, kita merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah adalah yang sebaiknya.


InshaALLAH, kali ni, saya akan update cerita yang bersawang lamanya. Cerita cintaku. Actually, banyak betul benda yang saya nak update, tapi almaklum dan alfahami la bahawa masa tidak mengizinkan. Maaf kepada semua sebab lambat update cerita. Hampir dua bulan saya delay cerita ni. Haritu dah draft cerita tapi terlupa nak save dekat hardisk. Tup..tup..terformat. Habis hilang semua. Memang padan muka la. Lepas tu, nak cari kekuatan untuk tulis semula tu agak sedikit berat.  Lagipun, kondusi sebagai isteri sangat berbeza kehidupannya jika dibandingkan dengan kehidupan waktu solo dulu. Cewah, ayat orang kawen gitu. Hihi. Okla, hope enjoy dengan cerita ni. Yang baik tu boleh dijadikan teladan, dan yang buruk tu boleh dijadikan sempadan.


UMP: Segalanya bermula disini

Once upon a time...(ayat masa kecik-kecik dulu)

Saya mengenali En Suami ketika kami sama-sama belajar di Universiti Malaysia Pahang. Masa tu saya masih lagi tahun 1, manakala En Suami pulak tahun 3. Kami mula mengenali dalam website World Of Islam (WOI). Disebabkan jarang orang menggunakan website ni, jadi saya sedikit teruja bilamana ada jugak student UMP yang sama-sama menggunakan WOI. Bila tengok kepada profile dan gambar, baru perasan yang si empunya diri ni fasilitator untuk Minggu Induksi Siswa (time pendaftaran saya). So, tanpa segan silu, saya tambah sebagai kawan. Namun, pada masa tu, perbincangan kami lebih cenderung kepada perbincangan soal agama dan kongsi pendapat (macam di halaqah.net atau iluvislam.com tu). Saya masih ingat lagi, masa tu topik hangat yang diperbincangan adalah isu arak dan sebat kartika.

Gambar masa 1st year dulu.


Namun, perkenalan kami terhenti seketika. Ketika itu saya sibuk dengan usrah, aktiviti dan program-program universiti (i miss those moment so much). Jadi, saya tak de la selalu beronline sangat. Lagipun, beberapa bulan selepas tu, website WOI ada sedikit masalah untuk access. Jadi, saya mengambil keputusan untuk deactivate terus account tu. Agak lama jugak kami tidak berhubung antara satu sama lain. Sehinggalah saya join dalam satu “program” dimana disitulah kami bertemu semula setelah hampir beberapa bulan tidak berhubung. Masa tu saya masih samar-samar dengan tuan empunya diri. Al maklumla, sebelum ni kami hanya berhubung dalam website WOI je. Disebabkan En Suami adalah fasilitator dalam program tu menyebabkan saya agak takut untuk bertegur sapa. Tidak dinafikan, abang2 dan kakak2 fasi pada masa tu agak “garang” dan “menakutkan”. So, pertemuan ini bukanlah masa yang sesuai untuk bertegur sapa. Masing-masing seolah-olah macam tak kenal antara satu sama lain.

Setelah program selesai, barulah saya dan kawan2 diperkenalkan kepada senior2. Masa tu, abang2 dan kakak2 fasi dah baik dah. Diorang dah x garang macam mula2 kami ikuti program. So xtakut sangat nak bertegur sapa.hihi. Time tu, terjawab semua persoalanku sepanjang program, dimana mmg sahlah tuan empunya diri dalam WOI tu adalah abang fasi a.k.a suami saya sekarang (^__^). Walaupun sudah kenal, kami tidak pernah berhubung pon antara satu sama lain. Maybe sebab agak kekok. Lagipun, sepanjang saya berada di UMP, saya hanya terserempak beberapa kali je dengan en suami. Namun, takdir menyatukan kami semula dimana kami berdua sama-sama dilantik utk berada dan menerajui organisasi SAHAM (Sahabat Masjid) bagi penggal 2010/2011. Masa tu saya pegang Exco Dakwah manakala En Suami pula pegang Exco Kebudayaan (minat nasyid la katakan). Pun begitu, kami hanya berjumpa semasa meeting dan jika ada tugasan yang melibatkan SAHAM sahaja. Selain dari itu, memang tak pernah. Cumanya, kadang-kadang saya ada refer juga En Suami di Oovoo (macam YM jugak. Popular sangat di UMP. Apa yang menarik tntg oovoo pon x tahu la) jika ingin mendapatkan khidmat nasihat dan solusi untuk beberapa perkara. Perhubungan kami lebih kepada perhubungan antara senior dan junior. Memang diakui, saya ni kurang bersosial tapi bukan bermakna saya langsung xada kawan lelaki ye. Bukan apa, saya tidak mahu ada masalah hati antara lelaki dan perempuan. Memang tidak dinafikan, semua manusia mempunyai perasaan ingin bercinta dan dicintai kerana cinta itu fitrah. Namun, biarlah cinta itu hanya kepada yang halal sahaja. Dan saya bangga, sy tidak pernah bercinta langsung. Nampak kolot, namun inilah hakikatnya. Kolot di mata manusia namun indah di mata Allah.


Taqdim oo taqdim

Ok. Sekarang saya nak cerita pulak saat2 diri ini ditaqdim seseorang. Harap semua mengerti la maksud taqdim. Kalau x faham, boleh cari dengan lebih lanjut dari mr google.com yer. Dipenghujung  semester 3,saya masih ingat lagi time tu 2 minggu before study week, tiba-tiba saya diberitahu oleh kak naqibah, kak Ayu, bahawa ada seorang lelaki ingin mentaqdim diri ini. Allahurabbi, xboleh nak kawal perasaan masa tu. Ye la, inilah pertama kali seorang lelaki ingin mentaqdim diri ini. Sebelum ni, kalau ada pon, hanya ajak2 ayam je (means not serious la. Entah betul ke x perumpamaan yang saya guna nih. Lame sangat tinggal bahasa ibunda lepas masuk U nih.ish3). Pada masa tu saya tidak tahu siapakah gerangan yang ingin mengtaqdim diri ini. Kak Ayu x nak dedahkan lagi siapa gerangan pentaqdim tersebut kerana nak make sure yang saya ni sudah bersedia ke x untuk berbaitul muslim. Jika bersedia, barulah akan diberitahu (next process), namun jika tidak bersedia, itu adalah rahsia antara pentaqdim dan orang tengah (i'm not sure this procedure is right or not). Namun ada hikmahnya jika x beritahu, sebabnya, jika si perempuan menolak, agak sukar untuk bekerjasama dalam program kerana si perempuan sudah tahu siapa si pentaqdimnya. Ok. back  to the story, so, saya minta pada kak Ayu untuk beri tempoh selama 2 minggu untuk saya beri jawapan. Dalam masa 2 minggu tu, saya sebenarnya tidak banyak memikirkan soal taqdim. Yela, time tu dh nak study week + assigntment + project. 2 minggu berlalu, saya bertekad dengan keputusan yang dibuat. Saya tolak mentah-mentah tanpa membuat istikharah dan musyawarah pon dengan keluarga. Masa tu seingat saya ada program “family day”. Saya perlahan-lahan pergi bertemu dengan kak Ayu dan beritahunya yang saya tak mampu untuk meneruskan dengan alasan bahawa saya masih tidak bersedia, merasakan diri ini masih lagi muda dan saya ingin menumpukan sepenuh perhatianku  untuk belajar sahaja. Sampai ke sudah saya masih tidak tahu siapakah gerangan si pentaqdim.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahhari. Mana taknya, ku sangka, selepas penolakkan taqdiman tersebut, saya akan tenang namun sebaliknya pulak yang berlaku. Sepanjang tempoh penolakanku, hati ini langsung tidak tenang. Suatu hari, time tu exam weeks, saya mendapat mesej dari kak naqibahku yang seorang lagi, Kak Syikin. Beliau ingin sangat berjumpa denganku. Yela, beliau di pekan, saya di gambang. Susah sangat nak berjumpa. Katanya, mustahak sangat. So saya terus berjumpa dengan Kak Syikin di sebelah petangnya. Kak Syikin antara orang yang terlibat jugak dalam sesi taqdim ni. Actually, kak Syikinlah antara orang terawal dirujuk (si pentaqdim) kerana kak Syikin lebih rapat denganku. Banyak persamaan antara saya dengan dengan kak Syikin (orang la yang kata). Semua perkara dari segi perangai, latarbelakang dan macam-macam lagi ditanya oleh si pentaqdim.Semasa sesi pertemuan antara saya dan kak Syikin, ada satu perkara yang kak Syikin beritahu yang menjentik hati ini untuk menerima semula si pentaqdim tadi. Saya akan ingat ayat tu sampai bila2 pon. Namun, biarlah ayat tu hanya kak Syikin dan saya sahaja menyimpannya. So, bermula dari saat itu, saya minta masa semula untuk fikir, solat istikharah serta musyawarah dengan famili. Pun begitu, sampai ke saat tersebut, saya masih lagi tidak mengetahui siapa empunya diri. Bermacam andaian antara saya dan Sarah meneka siapa empunya diri yang ingin mengtaqdim diri ini.(Sarah, sahabat baikku. Hampir semua masalah saya kongsi bersama dia. Jadi, dialah antara orang yang terawal tahu tentang kisah saya ni.)

Setelah berbincang dengan umi, aboh dan Sarah serta lakukan istikharah (sangat penting), saya temui jawapan yang sebenar-benarnya. Time ni baru saya tahu kepentingan istikharah serta musyawarah bersama orang2 yang lebih senior dan yang pernah makan garam. Saya mengambil masa 2-3 minggu (xingat accurate hari) untuk beri semula jawapan kepada kak Ayu. Masa tu saya baru sahaja selesai menjawab paper final exam. Walaupun tidak mengetahui empunya diri pentaqdim, saya terus terima si pentaqdim kerana saya sudah mendapat keyakinan dari hasil istikahrahku dan kak syikin. Kak syikin pernah pesan :-

"Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan"- (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)

Saya terima si dia kerana saya yakin dengan pegangan dan fikrahnya. Korang mesti pelikkan, macamana saya boleh accept si dia tanpa tahu siapa orangnya. Actually, ni semua hasil soal siasat dengan kak syikin tempoh hari (sebab tu pentingya musyawarah dengan orang2 yang sudah makan garam). Bagiku, inshaALLAH, ini jodoh terbaik buatku. Masing-masing pasti ada kekurangan dan bagiku, saya sudah bersedia untuk menggalas tanggunjawab disamping menerima segala kekurangan empunya diri.


Bertunang dan cabarannya

Setelah saya terima si dia, selang beberapa minggu lepas tu, barulah saya diberitahu siapa empunya diri yang mentaqdim diri ini. Berdebar hati bila mengetahui nama si empunya diri. Sepanjang tu, saya teruskan istikharahku supaya ditunjukkan jodoh yang terbaik kerana bagiku perkahwinan dan pembinaan keluarga Islam yg hebat itu perlulah bermula dengan pemilihan individu Islam yang didasari dengan pegangan Aqhidah Islam yang kuat. Sebenarnya, dari awal lagi hati ni sudah dapat meneka (selepas pertemuan dengan kak Syikin) tntg diri si pentaqdim. Cumanya, pada masa itu saya masih lagi tidak pasti. Namun, kuasa Allah itu HEBAT, jodoh itu takkan kemana. Jika dia mmg jodoh kita, walau sejauh dan seberat mana pon ujian, pasti akan bertemu kembali. Saya pernah membaca doa rabitah sambil membayangkan muka En Suami kerana bagiku xsalah jika kita mohon dari Allah jodoh yang baik. Alhamdulillah, Allah makbulkan doaku ini dan perjalanan menuju cinta yang halal berjalan dengan sempurna dan lancar. Kami tidak berhubung  walaupun saya sudah bersetuju untuk ditaqdim. Ibu En suamilah penghubung kami. Kami terus mejadikan keluarga sebagai orang tengah untuk langkah seterusnya (bertunang + kahwin). Seingat saya, tengah bulan 12, keluarga En Suami datang ke rumah untuk berkenalan dengan famili saya.


saat apabila menyarungkan cincin tunang. Wanita berbaju hitam bertudung biru tulah ibu mentuaku ;)

inilah en suamiku ;) masa ni masih slim lagi (ahakss)


Alhamdulillah, pertemuan demi pertemuan antara keluarga kami membuatkan kami mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan. Detik 16.1.2011, tidak akan saya lupakan. Inilah tarikh saya dan En Suami bertunang. Hanya bebrapa orang sahabat saya sahaja yang tahu mengenai kisah pertunaganku. Seingat saya, Sarah, Linda, Jue, Kak Syikin , Kak Ayu dan Azierah antara sahabat yang terdekat yang paling awal mengetahui tentang kisah pertunanganku. Kisah pertunanganku ini tidakku hebahkan pada orang ramai pon kerana ada hadith (xsure hadith sahih ke x) yang mengatakan “sembunyikan pertunangan dan hebahkan perkahwinan”. Pendapatku, ada baiknya untuk tidak menghebahkan pertunangan kerana sepanjang petunangan ini kita akan diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Ibu (baju jubah bunga, bertudung putih), mak long (baju kurung merah), kak ngah dan alang. 

bersama ayah


Sepanjang 2 tahun pertunangan, memang tersangat banyak dugaan yg dihadapi. Time ni banyak jugak yang datang untuk merisik dan mentaqdim diri. Saya ceritakan segalanya kepada umi. Umi hanya mampu beri nasihat dan dengar rintihan hati seorang anak. Sangat perit menahan beban dan ujian yang datang dari Allah. Memang diakui, banyak dugaan bukan hanya dari pihak saya sahaja, malah En Suami jugak menghadapi perkara yang sama. Saya dan En Suami pernah diuji sehingga pernah terlintas di fikiran kami untuk tidak meneruskan perhubungan ini. Jika hati ini tidak bersandarkan kepada aqhidah yang mantap serta tak mempunyai tarbiyyah yang kuat, pasti saya rebah. Bagiku, jika kita sudah memilih seseorang itu, merasakan dirinya sudah layak untuk berada disamping kita dan jika hubungan ini pasti membuatkan kita lebih dekat dengan Allah, tidak usahlah pandang  ke belakang lagi. Teruskan usaha untuk menuju cinta halal hanya dengan si dia walaupun banyak dugaan melanda kerana sepanjang inilah syaitan akan menggoda dan mencucuk hati manusia yang berhasrat untuk mendirikan masjid.

Sepanjang pertunanganku, saya hanya mesej dengan En Suami sebulan 1 kali sahaja. Jika ada hal yang mustahak, barulah kami berhubung kerap sikit. Tapi, saya rasa saya dapat bilang dengan jari sahaja berapa kali saya berhubung dengan dia. Bagiku, jika tak ada hal yang penting, tidak perlulah untuk berhubung. Lain dari apa yang dilakukan pasangan bertunang zaman sekarang yang seolah-olah menganggap bertunang itu sudah menjadi tiket untuk call 24 hours, berjumpa berdua-duaan dan sebagainya. Sometimes, parents suami ada jugak kata “korang ni bertunang macamana. Jarang sangat berhubung”. Bagiku, saya percayakan En Suami. Biarlah Allah menjaga dia di sana. InshaALLAH, jika kita letakkan sepenuh kebergantungan kepada Allah, Allah pasti akan memudahkan setiap urusan kita. Sudah cukup bagiku untuk mengupdate dirinya dari umiku sahaja (umi selalu juga berhubung dengan En Suami).


Menuju cinta yang halal

Setelah berhempas pulas mengharungi dugaan demi dugaan yang menimpa, alhamdulillah, detik 5.37 petang, 22.12.2012 kami diijabkabulkan. Saya sangat gembira kerana ayahku sendiri yang menikahkanku. Alhamdulillah, you are the best father forever and I Love You ayah, En Zainon. And of course my mom too. I Love You umi, Pn Rohaya.

Baju nikahku ;)

time ni saya kena tandatangan lebih dari 5 borang. Borang nikah. Yang pakai baju coklat tu my beloved father :)

saat yang paling ditunggu-tunggu oleh semua. time nilah saat ijabkabul berlangsung. bangga bila ayah sendiri yg menikahkanku :)

time ni saya terima wang mas kahwin. time ni malu-malu kucing lagi.

kawan-kawan suamiku :)



Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah atau menyewa baju kahwin/ tunang atau any event, bolehlah ke Butik Sesireh di Pekan Jitra. Pakej yang saya ambil adalah set bilik tidur, 2 pasang baju (lelaki dan perempuan), set meja makan dan make up. Alhamdulillah, harga yang berpatutan dan saya sangat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan.


Baju time kenduri

mak cik2 time rewang

pak cik2 time rewang. semangat betul pak cik2 ni. 


orang ramai waktu kenduriku

Ni lauk kenduri.Sedap dan melazatkan. Kenduri kali ni kita orang buat rewang. Sangat best. Hampir 100 orang kampung datang untuk bergotong royong.


time ni rombingan lelaki baru sampai. 

cik linda. one of my photographer :)

Inilah DJ (Saudara Wafi) yang diimport khas dari UMP @ Sg Choh. Sangat berbakat orangnya. Jadi bagi sesiapa yang ingin mengambilnya menjadi DJ, boleh PM saya yer.

3 lelaki kacak on that day. Apiz, Ayah dan tok wan


Suasana pemandangan di hadapan rumahku. Gambar ni diambil waktu petang.

Sahabat-sahabatku. Tq semua kerana sudi datang :)

Lagi gambar mereka.

akak-akak yang sudi datang ke walimahku walaupun dari jauh.


Dan sekarang saya dah mempunyai seorang suami yang begitu penyayang dan memahami diri ini. Terima kasih abang kerana sudi memilih diri ini menjadi suri dalah hidupmu. Semoga kita dapat bercinta sehingga ke syurga. Amin Ya Rabbal Alamin.

my beloved husband. ILY (^__^)


Di sinilah permulaan cinta halal kami. Bercinta selepas nikah. Hari ni genap dua bulan kami disatukan. Mohon doa sahabat semua agar cinta kami kekal hingga ke syurga.

Tips kenduri bagi yang ingin mendirikan rumah tangga (based on my wedding feast la) :-
- DJ diimport khas dari UMP sahaja. Tidak menggunakan kos yang mahal dan lebih menarik, saya suruh DJ pasangkan nasyid, zikir dan DJ bertanggungjawab memberi sedikit tazkirah tntg adab-adab Islam.
- Saya jimatkan lagi kos photographer dengan menjemput 2 orang sahabat saya sebagai photographer saya. Both of them from UMP. Sometimes kos utk upah photographer pon mencecah ribuan ringgit. Sangat membazir.
- Hantaran digubah dan dibuat sendiri tanpa mengupah siapa pon. Sangat menjimatkan.


- Tidak memerlukan wang hantaran berpuluh ribu ringgit utk perkahwinan saya. Yes, nampak kolot tapi that was me..
- Raikan majlis perkahwinan dengan sederhana mengikut kemampuan masing-masing.
- Tiada pelamin (sbb set pelamin pon agak mahal).
- Tiada inai lukis dan inai corak. Lebih manis inai hanya di jari sahaja.
- Tidak perlu pakai sendat dan ketat untuk tayangan umum kerana semua yang ada pada diri kita khas buat suami tercinta.
- Dapatkan redha ibu dan ayah.
- Banyakkan berdoa supaya segalanya berjalan dengan lancar.

~~the end~~

Alhamdulillah, selesai jugak cerita menuju cinta yang halal. Semoga bermanfaat. OKlah, setakat ini saja penulisanku, inshaALLAH, jika ada masa, akanku coretkan lagi pahit manis berumah tangga ;). Assalamualaikum.

10 comments:

  1. Awk ! Saya dah baca ! :) Indah sungguh kisah percintaan antara kamu dan suami ditambah pula dgn lagu blog yg mendayu-dayu.hehe tersentuh juga hati ni. Semoga awk bahagia hidup disamping suami tercinta, setia hujung nyawa, cinta sampai ke syurga. ;)

    #cepat2 dapat babies :P

    ReplyDelete
  2. Radhi ^_________^
    igt lagi kot smgt tgok list besday..nk cri sapa gerangan org yg mngtaqdim.
    Alhamdulillah, slmt dh jadi suami isteri.. mga bahagia hingga ke syurga.

    #tgh tggu anak buah ni~mga mujahid/ah kecil nnt besarnya jd pembela agama Allah spt ibu dan ayahnya. (pergh.. awai doa) ^^

    ReplyDelete
  3. inshaALLAH, amin..tq sarah for every single things..

    ReplyDelete
  4. tq Radhi for every single things.. =)

    #1 sem lg~

    ReplyDelete
  5. aku doakan hang cepat-cepat tamatkan zaman bujang ;)
    kempunan nasi minyak hang dan yaya nih

    #boleh la ada geng lpas ni..hihi

    ReplyDelete
  6. cinta sampai syurga..Allahurobbi... biar ape pun ujian yang mendatang... moga tetap istiqimah dalam perjuangan.. :)

    ReplyDelete

Kawan-kawanku

Puteraku

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Doa Rabitah

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."