Sunday, January 24, 2010
Hujung Minggu..
Assalamualaikum aku tujukan kpada pembaca yang setia..hari ini just nak cerita saja aktiviti sepanjang hujung minggu ni..
Jumaat(lepas habis kelas)..jam 6.15ptg..2 buah kereta..10 orang..
Aku dan kawan pergi keluar makan dkat Restoran Sinar bersempena dengan hari jadi kawanku,Ng Chih Pei dikenali sbgai Pui-Pui..walaupun dia seorang yang non muslim tapi bagiku, berlainan agama dan bangsa x menghalang kami untuk berkawan.. aku selesa berkawan dengan mereka dan mereka merupakan kawan yang baik, peramah, friendly, dan mcm2 lagi..harap kami berkawan sampai bila2..ok sambung balik pasal makan tadi..aku n wahida order tomyam ayam, kailan ikan masin dan sotong goreng tepung..semuanya kitaorang kongsi saja..takot membazir pulak..memang sedap jugak makanan dekat situ..sudah lama aku tidak menikmati tomyam sesedap restoran tu..last pon makan tomyam yang sedap time cuti raya(masakan ibuku)..memang lama betul x makan tomyam yang sedap..seleraku memuncak bila tengok pulak sotong goreng tepung dihidangkan atas meja..sejak 2-3 minggu ni, aku hilang selera makan..tambah2 hari2 makan benda yang sama saja di kafe..sampailah satu hari masa g klinik ksihatan baru aku tau berat badanku dah menurun..2 KG pulak tu..aduh..kali ni bila nampak sotong goreng tepung tu, mmg tercabar nafsu makanku..selera makanku naik semula..lpas kitaorg habis makan, kami meminta pui2 untuk memberi sdkit ucapan sempena birthday dia..kitaorang bergerak pulang dlam pkul 7.30 mlam..
Sabtu..jam 10 pagi..2 orang..
Hari ni aku dan kawanku Edlyn gi Brjaya Megamall(BM)..Mula2..sesampainya kitorang dekat terminal makmur, kitaorang terus cari tempat untuk bersarapan..kitaorang makan roti canai dekat restoran berhadapan BM..kalau ikutkan memang dah lama sangat x pergi BM..tetiba tergerak hati pulak nak pergi sana..lagipun kitaorang memang nak gi main boling..nak releasekan tension..tapi kitaorang main satu game jelah..nak jimat duit sama..banyak lagi keperluan lain yang perlu dibeli..ekonomi sekarang pulak sedang gawat..ptptn pon dpat sikit saja..so kenalah banyak berjimat..ok..teruskan dengan cerita MB tadi..sblom main boling tu kitaorang sempat jugak terserempak dengan classmate kitaorang..then lepas main boling..kitaorang pon memulakan perjalanan dengan melawat setiap floor..just lihat n lawat jelah..xbeli apa2 pon..no budget..agak lama juga kitaorang round2..then dlam pkul 12 tu kitaorang gi beli brg2 kperluan dekat giant(tingkat bawah)..nasib baiklah aku dah listkan bnda2 yang perlu dibeli..kalau x habislah budget aku..huhu..rupa-rupanya banyak jugak barang yg aku beli..beli brg pesanan wahida sama..paling berat nak angkat A4 paper,sabun basuh baju and softner la..nsib la ed ada beg galas..last2 dia yg tolong bawakkan..kecian ed..lpas hbis membeli kitaorang gi isi perut..lapar sangat..kitaorang gi makan dekat rasamas..aku makan nasi ayam..ed pulak selesa memilih spageti sbgai lunchnya..kira2 jam 2 lbih..kitaorang dh hbis makan..ada lbih kurang 3 jam lagi sbelum balik..nak balik awal x mampu nak upah teksi..so just wait sajalah smpai pkul 5..kitaorang sempat gi kedai kompter..beli ink..then berehat dkat kerusi2 yang disediakan..dlam jam 4 kitaorang bergerak ke terminal..ambil masa dlam 20 minit..dlam pkul 5ptg..kitaorang bergerak pulang menaiki bas Rahmat Alam..
Sebelum balik, kitaorang sempat lagi membeli keychain comel ni..
Pada malamnya, aku menghadiri pula meeting semalam bersama masjid..skali lagi aku dipilih menjadi JK untuk program ini..kali ini aku menjadi Jk bagi unit pengisian..meeting start pkul 9.15mlm smpailah pkul 11.30mlam..bnyk bnda yang perlu dibincangkan kerana program kali ini melibatkan semua unit SAHAM dengan kerjasama unit JPK dan Fakulti bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul pada bulan dua nanti..bagi unit pengisian kami merangka perjalanan majlis semalam bersama masjid..moga2 program kali ni berjalan dengan lacar..insyaallah..
Ahad..jam 9.30 pagi..
Hari ini x keluar mana2..duduk dalam bilik saja..tugasku hanya untuk membasuh baju..baju yang berlambak lambak tidak dibasuh..ish3..terok betul..tapi nasib baiklah ada washing machine..selamat jugak la tanganku..kalau tidak hbis mengelupas la tangan aku..susah betul tangan yang sensitif ni..kalau setakat baju kurung bolehlah basuh tangan..sebab x perlu memberus sangat..tapi kalau byk2 baju ni..terpaksalah menggunakan khidmat washing machine..sesudah memjemur kain baju, ingat nak baca TITAS..tapi bru 5 minit bukak buku lain pula jadinya..teronline pulak..ish3..apa nak jadi..tapi ni sajala cara nak releasekan tension..mmg tension jugak baca TITAS..aku mmg x minat sejarah..sejak skolah menengah lagi..bila dekat matrik lega sikit xdak sejarah..tapi bila masuk u pulak tetiba ja kena blaja sejarah..huh..aku kalau setakat belajar ok la jugak sebab bagiku sebagai seorang pelajar mestilah kita kena tau jugak sejarah negara dan sejarah islam..tapi kalau nak kena jawab exam TITAS ni yang tension sikit..xsuka menghafal sebab bnyak sngat FAKTA yang perlu diingat..bukan boleh merepek-repek nak jawab titas ni..bila aku dah mula teronline tu paham2 jelah..lambat pula la nak teroffline..masa yang ada bazir begitu saja..pada malamnya..aku mkan bersama roomateku..sambil makan kitaorang sempat mendengar bakal2 wakil MPP mmberikan ucapan masing-masing..mmg dahsyat la..kafeteria dipenuhi dengan ratusan manusia...ada yang membawa sepanduk lagi..aku dengan roomate dapat dadih free..haha..ni antara salah satu cara bagaimana calon2 ni mnarik pengundi..pada pendapat aku, kita ni haruslah bijak memilih pemimpin sebab jika kita salah memilih pemimpin, padahnya jugak menimpa kita..sebagai contoh untuk lebih faham, jika pemimpin kita tidak melakukan amal maaruf nahi mungkar(melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran)dan melakukan maksiat,maka pada hari pembalasan kelak,kita jugak akan dipersalahkan kerana tersalah memilih pemimpin dan kita juga menangung dosa yang dilakukan oelh pemimpin tersebut..masyaAllah..bertapa pentingnya anda membuat keputusan yg bijak..ok..hbis makan kitaorang balik bilik..then start pulak membaca titas..
jom baca TITAS..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kawan-kawanku
Doa Rabitah
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.
Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."
haaa~ nme ak kat cni.. awat slh eja nme ak... boling2... t leh men g.... hmm.. ak mkn pe kne gtaw pe.. hak2.. nway nice weekend huh...
ReplyDeletehaha..salah eja ke???xpa2 nanti aky perbetulkan..hehe
ReplyDelete