Thursday, January 7, 2010

Aurat kaki..pentingkah???

Assalamualaikum aku ucapkan pada para pembaca..hari ini aku tak ada apa sangat nak dikatakan cuma nak tekankan sikit tentang aurat yang kini diambil ringan oleh kaum wanita iaitu aurat kaki..seperti kita sedia maklum,aurat wanita ialah keseluruhan tubuh kecuali kedua tapak tangan dan muka sahaja..jadi,kaki juga merupakan aurat kpada wanita..namun, kaum wanita sekarang kurang menyedari kepentingan untuk mnutup kaki mereka..sometime ada sesetengah orang mengatakan yang "tak pa ja..yang penting kita pakai tudung, baju dah labuh sampai ke punggung..itu dh dikira tutup aurat la"..masyaAllah, bertapa diambil mudahnya soal aurat ni..ada satu hari tu, kawan saya yang non-muslim pernah bertanya kpada saya "Why you wear socks but they didn't??"..pada masa yang sama kawan saya yg seagama dengan kita tidak memakai pun..ketika itu aku memikirkan juga bagaimana mahu menjawab soalan itu..tapi aku memberinya jawapan yang ringkas dan padat iaitu "sebab islam yang suruh"..itu sahaja jawapan yang terlintas dalam fikiran aku..dulu pun aku kurang ambil berat juga tentang aurat kaki ni..namun selepas banyak mengikuti usrah2, aku sedar bahawa betapa pentingnya menutup aurat kaki..aku ada dengar satu cerita dimana ada seorang wanita yang baik masuk neraka di sebabkan hanya tidak memakai stokin kaki..YA Allah..hanya disebabkan tidak memakai stokin, wanita tersebut tidak dapat masuk syurga..terasa betapa ruginya pada masa itu..islam menekan kita untuk menutup aurat kaki juga disebabkan untuk mengelakkan dari fitnah..sebenarnya kaum lelaki dapat membaca selok-belok mengenai wanita tersebut melalui kakinya dan boleh menimbulkan fitnah kpada wanita tersebut..disebabkan itulah islam menyuruh kita memakai stokin kaki bagi membuang fitnah2 tersebut..insyaAllah, Allah akan melindungi kita dari segala fitnah dan keburukan jika menurut apa yang disarankan oleh islam..islam bukanlah agama yang membebankan tetapi islam adalah agama yang adil..ada hikmahnya kenapa Allah mnyuruh kaum wanita menutup aurat kaki..Kesimpulannya, saya menyeru pada rakan2..marilah kita sama2 mngubah diri kita kearah kebaikan..

No comments:

Post a Comment

Kawan-kawanku

Puteraku

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Doa Rabitah

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."