Bismillahirahmanirrahim..
Alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah..
Assalamualaikum wbt buat para pembaca dan bloger2..Hari ni terasa nak berkongsi pula tentang temuduga guru mara a.k.a mara assessment centre (MAC). Moga perkongsian ini bermanfaat kepada semua. Alhamdulillah, pada 12 Januari 2015, aku mendapat panggilan telefon daripada MARA yang mengatakan aku terpilih untuk menghadiri temuduga bagi jawatan PPPS DG41/DC41 bagi matapelajaran Sains Komputer. Agak terkejut dan gembira kerana masih ada peluang untukku menjadi guru walaupun bukan under KPM.
Pada 15 Januari 2015, jam 9 malam, aku dan suami bergerak menuju ke Penang dari Rawang. Dalam perjalanan, kami tinggalkan Mujahid kepada ibu mentuaku di Sungai Siput, Perak. Pukul 6.45 pagi, 16 Januari 2015, dengan berpakain sukan, aku menjejakkan kaki di Institut Latihan Kecemerlangan Mara, Jawi, Pulau Pinang. Selesai mendaftarkan diri, kami, calon2 semua diberikan taklimat mengenai program MAC ni. Kata urusetia, MAC kali ni, calon akan berdepan dengan 4 stage.
i. Fitness Test - 1 jam
ii. Ujian Psychometric - 1 jam
iii. Persembahan Individu (Micro Teaching) - 10 minit
iv. Temu Duga (Berkumpulan) Tiada had masa
Kata urusetia, seramai 59 000 orang yang memohon untuk pengambilan PPPS kali ini, namun yang dipanggil untuk MAC hanyalah 3000 orang sahaja. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan besar. Satu kumpulan akan melakukan fitness test dulu, manakala satu kumpulan lagi akan melakukan ujian psychometric. Aku termasuk dalam kumpulan pertama.
Fitness Test
Untuk stage ni, kami perlu berlari ulang alik (bleep test). Untuk golongan seperti aku yang sudah beranak pinak dan dah lama meninggalkan era balapan or olahraga ni, stage ni agak mencabar jugak untuk ditamatkan pada level 3 keatas. Urusetia ada bgtau, kalau boleh habiskan pada level 3 ke atas, Alhamdulillah, walaupun agak perit dan penat, aku berjaya juga mendapat level 3.1. Lepas je hbis fitness test, terasa krem keseluruhan kaki. Sbb tu pentingnya warming up yg betul dan bukan main2. Kalau boleh, sebelum dtg MAC ni, buat la senaman, larian, dan latihan di rumah. G gym pon ok jugak.
Psychometric Test
Setelah kepenatan berlarian, aku cepat2 salin pakaian dan ke blok 5 untuk mengambil ujian psychometric. Kami diberikan 77 soalan. 20 soalan tntg diri kita, selebihnya soalan mengenai tanggungjawab sbg guru, tindakan seorang guru, 1 soalan matematik ( x boleh guna kalkulator) dan soalan situasi. Macam ujian Medsi tu. Aku mengambil masa 40 minit utk siapkan semua soalan dan skor aku adalah 37 (T.T).
Micro Teaching
Setelah habis menjawab soalan psychometric, aku terus ke bilik micro teaching. Aku orang yang ketiga, Dengan masa persediaan yang singkat, aku hanya berbekalkan hardcopy slides (3 unit), rancangan pengajaran harian (3 unit) dan sedikit keyakinan utk berhadapan dengan panel (a.k.a anak murid). Time ni, aku mengajar tajuk Social Impact of ICT subtopik kepada Computer Concept. Calon lain tidak kurang hebatnya, ada yang ajar database, ada yang ajar programming. Bagi aku, xkisahlah nak ajar sub topik apa pon, yang penting kita betul2 mahir dengan topik yang disampaikan sudah memadai. Walaupun ada panel di depanku, aku mmg buat2 anggap mereka seperti pelajarku. Alhamdulillah, mereka memberi feedback kepada semua soalan yang ku lontarkan semasa sesi microteaching. Btw, sesi microteaching aku ni disampaikan fully in english. Feedback yang aku dapat dari panel
" Radhiah, awak ada bakat untuk jadi guru, cara penyampaian awak, awak mampu control class dengan suara awak yang lantang" " nampak agak garang juga,", kata panel perempuan sambil melemparkan senyuman kepadaku.
"Semua ok, aktiviti berkumpulan yg awak jalankan pon ok cumanya awak boleh variasikan lagi aktivti kumpulan. Dan awak boleh search lagi teknik untuk set induksi yg lebih menarik seperti video, dll " katanya lagi.
" Awak pernah mengajar ke Radhiah?" Tanya panel lelaki pula
"Pernah", jawab aku
" Sekolah mana?", Tanya-nya lagi
"Sekolah Rendah Al Azhar." jawab aku
"Ajar apa?" tanya-nya lagi
" Ajar matematik dan sains" jawab aku
"Ok, terima kasih Radhiah." ucapnya lagi.
Baru aku nak tinggalkan bilik, panel berpesan
" Make sure yer awak padamkan papan putih" sambil senyum2 kearahku.
Apa yang penting utk sesi microteaching ni, kita follow kriteria yang tertulis dalam borang guideline microteaching (lampiran D kot).
Interview
Setelah habis microteaching, kami diberi rehat selama 2 jam 30 minit disebabkan kaum muslimin perlu menunaikan solat jumaat. Time ni la aku ambik kesempatan untuk study balik pasal visi & misi MARA, objektif MARA, PBS, Pelan Pembangunan Pendidkan 2013-2025.
Jam 3.30 ptg, aku dan kumpulan dipanggil masuk oleh urusetia. Seperti biasa, soalan dari panel:
1. Perkenalkan diri, nama, belajar dimana, ambik kos apa?
2. Kenapa MARA perlu memilih awak?
3. Apa slogan mara? - Untuk soalan ni, aku volunteerkan diri utk menjawab.
4. Bagaimana nak make sure pelajar berminat dengan keusahawanan, cara dan contoh?
5. Apa bakat lain yang ada dalam diri? -
Temuduga ni ambik masa lama jugak. Dalam 45 minit juga aku rasa. Temuduga aku dijalankan fully in Malay. Ada juga calon yang perlu membaca doa qunut, nyatakan rukun solat, bacaan dalam solat. Ada juga temuduga dijalankan dalam english, semua bergantung pada panel.
Sepanjang aku berada dalam assessment ni, semua calon sangat peramah dan tak kedekut maklumat (Yela, nak bersaing dengan ramai orang, siap bagi tips lagi apa yg perlu buat). Terima kasih kawan2 yg sempatku kenal sekejap je. Ada jodoh kita jumpa lagi :) Sekarang ni, tinggal berdoa dan tawakal kepada Allah. Semoga ada rezeki berpihak kepadaku dan kawan2. Amin ya rabbal alamin.