Wednesday, August 17, 2011

Peka 3



ALHAMDULILLAH..
ALHAMDULILLAH..
ALHAMDULILLAH..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat para pembaca yang setia..Alhamdulillah, masih diberi ruang untuk menulis..Terima kasih Ya ALLAH..

Sudah dua hari aku pulang ke rumah..banyak perkara yang dipelajari sepanjang keberadaan aku di UMP..dari soal duniawi hinggalah ukhrawi..aku belajar berdepan dengan karenah manusia yg pelbagai..tidak kiralah student, staff mahupun lecturer..diberikan amanah oleh pihak universiti untuk mengendalikan Hari Pendaftaran Pelajar Baru UMP 2011/2012 bagi Minggi Induksi Siswa 2011/2012..memang satu cabaran yang besar..inilah kali pertama aku mengendalikan satu program universiti yang besar..Alhamdulillah diberikan teamwork yang memahami, dan memberikan kerjasama..thanks a lot guys..usaha sudah kita laksanakan, cuma sekarang kita berdoa dan bertawakal mudah-mudahan program ini berjalan dengan lancar..amin..

Sepanjang berada di UMP, bersama dengan sahabat-sahabat yang begitu memaahami..betapa manisnya ukhuwah ini..tidak ingin aku hilangkan perasaan ukhuwah yang terbina ini..

"Indahnya ukhuwah kerana Allah bilamana bertemu dan berpisah kerana-Nya"

Ya Allah, kiranya KAU mempertemukan kami untuk mendidik diri kami agar lebih menyanyangi-Mu, maka hanya KAU yang mampu membawa hati-hati ini bertaut menelusuri jalan mencari cinta-Mu, mengharap maghfirah-Mu. Janganlah KAU pisahkan hati-hati ini dikala rindu dan sayang kami belum cukup untuk melamar redha dan cinta-Mu"

Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiwa Kolej Kediaman 3(PEKA 3) Universiti Malaysia Pahang..semoga amanah ini dapat dibawa dengan sebaik mungkin..insyaALLAH..




4 comments:

Kawan-kawanku

Puteraku

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Doa Rabitah

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."