Dah lama tak update blog..rindu nak mencoretkan something dkat entri ni..hurm..Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi peluang utkku hidup dimuka bumi yg barakah ni, menghirup udara segar, mmberi peluang utkku memperbaiki kesilapan diri, mengurniakan nikmat iman dan islam yg tidak ternilai..
Pejam celik pejam celik, dah nak hbis sem dah..bgitu pantas masa berlalu..btw aku still ada satu paper lagi utk sem ni..seriusly ckap sem ni banyak benda/ peristiwa yg berlaku..x dapat ku tuliskan kesemuanya.. AMANAH..TANGGUNGJAWAB..SAHABAT..USRAH..TARBIYYAH..dan banyak lagi..satu persatu tersemat dalam hati ni..
So, for dis entry, aku nak mencoret pasal SAHABAT..
“Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan”
Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…
Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…
Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…
Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…
Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…
Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…
Teringat saat kita menelan bawang putih bersama sbgai bukti ikrar persahabatan yg dilafazkan mase last usrah..i'll miss that moment..
No comments:
Post a Comment