Tuesday, October 12, 2010

Kelebihan Solat Subuh Berjemaah

Assalamualaikum Wbt..

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Mari bersama berdoa kepada ALLAH, agar kita sama-sama sihat dalam nikmat IMAN dan ISLAM yang dihadiahkan oleh ALLAH SWT kepada kita.

Apa khabar iman dan hati kita?

Hidup berpaksikan dengan KALIMAH TAUHID LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMADARASULULLAH, dan Iman sebagai masdar yakni Iman itu perlu dijadikan sebagai perlembagaan, asas dalam kehidupan kerana Iman adalah sesuatu yang istimewa kerana hanya dengan keimanan kepada Allah sahajalah yang akan menjadi sign board arah kepada perjalanan arah hidup insan.

Tetapi Iman saja tidak mencukupi tanpa direncahkan dengan taqwa kerana bekalan terhebat itu adalah taqwa. Taqwa adalah kunci ketaatan kepada Allah SWT. Dengan taqwa seseorang itu akan benar-benar mengikut perintah Allah dan meninggalkan laranganNYA.

Masalah yang datang bukan untuk dirunguti tetapi perlu dimuhasabahkan. Itulah cara teguran Allah buat kita yang lalai agar kembali bertaut harapan kepadaNYA. Allah lah penyelesai segala masalah. Baikilah dan tingkatkanlah hubungan kita dengan Allah, insyaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita dengan jalan yang tidak disangka-sangka. Gapailah redha Allah. Kita memang tidak mungkin menjadi yang terbaik tapi kita mampu menjadi yang lebih baik, insyaAllah.


Tajuk nasyid : Peristiwa Subuh
Munsyid : Raihan

Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi
berkumandang suara azan
mendayu memecah sepi
selang-seli sahutan ayam
tetapi insan kalaupun ada hanya
mata yang celik dipejam lagi
hatinya penuh benci berdengkurlah kembali
begitulah peristiwa di Subuh hari
suara insan di alam mimpi
Ayuh bangunlah tunaikan perintah Allah
sujud mengharap keampunan-Nya
bersyukurlah bangkitlah segera
moga mendapat keredhaan-Nya
begitulah peristiwa di Subuh hari
setiap pagi setiap hari


Topik hari ni adalah kelebihan solat subuh berjemaah..saban hari kita dapat lihat, masjid2 semakin kurang jemaahnya..walaupun fizikal masjid seindah mata memandang..tapi kecantikkan dalamannya tidaklah begitu indah..kemana perginya jemaah2 semua???mungkin masih dalam keadaan berselimut lagi..beruntunglah bagi mereka yang berjaya bangun berjemaah pada waktu subuh..kita mesti ingat, Allah telah memilih kita dalam kalangan ribuan manusia yang masih nyenyak dibuai mimpi..Antara kelebihan yang kita dapat adalah:-

1- MENDAPAT PAHALA SEPERTI MENGHIDUPKAN MALAM KESELURUHANNYA

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :
(( مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ اللَّيْلَ كُلَّهُ .
[ مسلم ]

Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya nabi s.a.w bersabda:
“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]

2- MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH

فَعَنْ جُنْدَبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
(( مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ.
[ البخاري ]

Daripada Jundub bin Abdullah berkata: Bersabda rasul s.a.w
“ Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka dia berada dalam perlindungan Allah.
.
3-MALAIKAT AKAN MENJAGANYA SEPANJANG HARI

عن رجل صحب النبى صلى الله عليه و سلم قال : بلغنى ان الملك يغدوا برايتة مع اول غاد الى المسجد فيظل معه حتى يصلى ثم يخرج معه حتى يدخل بها الى منزله و بلغنى ان الشيطان يغدوا برايتة الى اول غاد الى السوق فيظل معه حتى منزله

Dari seorang lelaki yang menemani nabi s.a.w berkata, sampai kepadaku bahawa malaikat berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke masjid, malaikat akan bersama dengannya sehingga dia solat, kumudian akan keluar bersamanya sehinggalah dia masuk ke rumahnya, dan sampai juga kepadaku bahawa syaitan berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke pasar dan akan bersama dengannya sehingga ke rumah.

Hadith ini disebut oleh al-Munziriyy dalam al-Targhib wa al-Tarhib
4- Orang yang melakukan solat subuh secara berjemaah malaikat akan berkumpul dengannya dan mendoakannya


Bersabda rasul s.a.w:Para malaikat malam bertukar dengan malaikat siang dan mereka berhimpun pada waktu solat subuh dan solat Asar, mereka kemudian naik ke langit Allah bertanya kepada mereka dan Dia lebih mengetahui. ” Bagaimana kamu tinggalkan hamba-ku?”

Para malaikat menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam keadaan menunaikan solat dan kami bertemu dengan mereka juga dalam keadaan menunaikan solat, ampunkanlah mereka pada hari pembalasan. ”Hadith Muttafaqun ’Alayhi
.

5- Orang yang melakukan solat subuh berjemaah berpeluang untuk mendapat pahala haji dan umrah setiap hari

عن أنس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من صلى الفجر في جماعة، ثم قعد يذكر الله تعالى حتى تطلع الشمس، ثم صلى ركعتين، كانت له كأجر حجة وعمرة تامة تامة تامة
Diriwayatkan daripada Anas R.anhu katanya: Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna. Sempurna. sempurna .
.
6- Allah menjanjikan orang yang menjga solat subuh berjemaah untuk dimasukkan ke syurga


حديث أبي موسي(رضي الله عنه
(( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من صلى البردين دخل الجنة ))
“Sesiapa yang melakukan dua solat yang sejuk secara berjemaah akan memasuki syurga.”

Dua solat yang sejuk ialah solat subuh dan asar


7- Allah s.w.t tidak akan memasukkannya ke dalam neraka
قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لم يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس و قبل غروبها رواه مسلم

Sabda rasul s.a.w : Tidak akan masuk neraka seorang yang menunaikan solat sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelam.


8- SELAMAT DARI SIFAT MUNAFIQ

من حافظ على صلاة الفجر فى جماعة فقد (( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : ان اثقل صلاة على المنافقين صلاة الفجر و صلاة العشاء )) . و فى رواية (( ما يشهدهما منافق
Sabda rasul s.a.w:
“ Sesungguhnya solat yang paling berat ke atas orang munafiq ialah solat subuh dan solat Isyak dan dalam riwayat yang lain: Solat subuh dan isyak tidak dihadiri oleh orang munafiq
.
9- Allah swt memberikan kepada cahaya dalam kegelapan hari Qiamat

(( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : بشر المشائين فى الظلم الى المساجد بالنور التام يوم القيامة ))
Sabda rasul s.a.w:
“ Bergembirah orang yang berjalan dalam gelap untuk ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”
Solat yang gelap ialah solat Isyak dan subuh

No comments:

Post a Comment

Kawan-kawanku

Puteraku

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Doa Rabitah

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."