Tuesday, August 31, 2010
UNTUK SI PEMAKAI CINCIN
Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..
sunnah nabi jarang nak ikut ..
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.
Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara-
mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam
syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah
Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat
mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
Tuesday, August 24, 2010
Doa Seorang Anak...
Ya Allah,
Ampunkan dosa kedua ibu bapaku,
Ampunkan dosa mereka,
Sama ada dosa kecil atau besar,
Ampunkan dosa mereka,
Sama ada mereka lakukan dalam keadaan,
Sedar atau tidak sedar,
Terangilah hati mereka dengan cahaya petunjukMu,
Campakkanlah hidayahMu kepada mereka,
Tunjukkan mereka jalan yang lurus,
Berikanlah kesihatan yang baik buat mereka,
Supaya mereka dapat beribadat kepadaMu,
Jauhkanlah mereka dari hasutan syaitan,
Didiklah hati mereka Ya Allah,
Aku mohon Ya Allah,
Jika tiba masa untuk mereka bertemuMu,
Kau matikanlah mereka dalam,
Nikmat iman dan islam dalam diri,
Kau matikanlah mereka,
Dengan kalimahMu Ya Allah,
Aku mohon Ya Allah perkenankanlah doaku ini,
Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka
Ya Allah..
Amin...
Ampunkan dosa kedua ibu bapaku,
Ampunkan dosa mereka,
Sama ada dosa kecil atau besar,
Ampunkan dosa mereka,
Sama ada mereka lakukan dalam keadaan,
Sedar atau tidak sedar,
Terangilah hati mereka dengan cahaya petunjukMu,
Campakkanlah hidayahMu kepada mereka,
Tunjukkan mereka jalan yang lurus,
Berikanlah kesihatan yang baik buat mereka,
Supaya mereka dapat beribadat kepadaMu,
Jauhkanlah mereka dari hasutan syaitan,
Didiklah hati mereka Ya Allah,
Aku mohon Ya Allah,
Jika tiba masa untuk mereka bertemuMu,
Kau matikanlah mereka dalam,
Nikmat iman dan islam dalam diri,
Kau matikanlah mereka,
Dengan kalimahMu Ya Allah,
Aku mohon Ya Allah perkenankanlah doaku ini,
Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka
Ya Allah..
Amin...
Tuesday, August 10, 2010
Harapan Ramadhan
Assalamualaikum..di sini aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..sama2lah kita perbanyakkan amalan pada bulan yang penuh barakah ini..semoga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik dan diteruskan pada bulan2 lain juga..
~~RAIHAN~~
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
Sunday, August 1, 2010
mata hati =)
Assalamualaikum semua...apa khabar???khai fa haluka???Alhamdulillah...harap semuanya sihat2 belaka..InsyaAllaah..Dah lama diri ini tidak menulis@menaip@mengepost apa2 dekat entry yg kusam ni..smbil dgar lagu dari hijjaz yg brtajuk mata hati..trasa pulak nak tulis something malam ni....hehe..skrang aku SUPER BUSY..huh..mcm menakutkan ja bunyinya..aku dah x macam dulu lagi..dulu masa tahun satu..zaman yg boleh nak berehat2..goyang2 kaki..tapi sekarang dah tahun dua..dah bnyak tangungjawab@amanah@kerja dan macam2 lagi..tanggungjwab sbg seorang mahasiswa UMP, kakak kpada 4 orang adik2ku, anak kpada kedua PN ROHAYA & EN ZAINON, hamba kepada ALLAH SWT dan sekarang ni sebgai seorang senior kpada adik2 junior pulak..mestilah kena tunjuk akhlak yang baik pda diaorang..
Tiba2 dah mati idea pulak nak tulis apa...xpala..just nak mengisi masa lapang yang ada ni..so untuk sem dua ni aku berazam untuk mndapat DEKAN lagi..aku ingin membahagiakan kedua ibu bapaku yg sehari hari bertungkus lumus mncari rezeki untuk mmbesarkan aku dan adik bradik..hopefully next week ayahku bagi green light utk pulang ke kg halaman..rindu aku pda kg halaman..msa cuti sem hari tu aku balik kg sekejap saja coz mnjalankan tnggunjawabku sbgai FASILITATOR MINDS(minggu induksi siswa) UMP..aku ingin juga berbakti kpada universiti ni selain belajar bersungguh-sungguh..sekurang2nya aku meperoleh pngalaman..dgn bnyak mnyertai program2 sperti nilah dpt aku pratikkan masa aku bekerja nanti..aku belajar mcmana nak communicate dgan msyarakat sekeliling, blajar nak handle sesuatu tugas yg diberikan scara x dirancang..handle adik2 junior dgn pelbagai ragam n macam2 lagi..rasa mcam kita ni dekat denagn masyarakat sekeliling..
Dah menulis pnjang..rasa dh cukup kot utk entri kali ni..lgpun dh khabisan idea dah..so i wish smoga berjaya kepada semua kawan2 serta sahabat2ku..dan hayatilah lirik lagu mata hati ni..
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih
Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia
sekian......
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kawan-kawanku
Doa Rabitah
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.
Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."