Sunday, June 20, 2010

Hari Bapa

Assalamualaikum...hari ini merupakan hari bapa..jadi aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada ayahku,EN ZAINON BIN KASIM, semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk memantapkan lagi ibadah kepadaNya..amin..kak long sayang ayah..jasa dan pengorbanan yang ayah lakukan x dapat kak long balas kesemuanya..kak long berjanji selagi hayat dikandung badan,kak long akan berbakti dan sentiasa mendoakan ayah agar diberikan kesihatan yang baik, dan happy selalu..insyaAllah..



Membawa adik pergi ke taman,
Terjumpa sepasang baba dan nyonya,
Untukmu ayah ku hadiahkan kejayaan,
Semoga hidupmu diberkati olehNYA.



Beli beras untuk ditanak,
Ditanak di bawah pohon kelapa,
Sabar melayan kerenah anak,
Itulah cabaran seorang bapa.



Pergi ke pasar naiki kereta,
Singgah membeli daun palas,
Engkaulah bapaku yang tercinta;
Jasa dan pengorbanamu tak dapat ku balas.



Duduk termenung di atas kerusi,
Teringat akan bapa yang disayangi,
nasihat dan teguran sangatlah bermotivasi;
untuk anak-anak yang dicintai.

2 comments:

  1. salam..selamat hari bapa untuk semua bapa diseluruh dunia..semoga sejahtera smpai ke akhirnya
    Radhi+ayah+family=bahagia..insyaAllah..

    ReplyDelete

Kawan-kawanku

Puteraku

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Doa Rabitah

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."