Wednesday, March 3, 2010

~temuduga~

Salam pada pembaca..long time no blog~ing..huh..rsa rindu pula nak mnulis..laptop rosak..susah sikit nk online..skrang pun pinjam laptop roomate..tq Lin bg pinjam laptop..jasamu dikenang..



Nk tulis apa ye pada entri kali ni??x dak idea pulak..lama sangat kot x menulis..haha..beberapa hari ni aku busy sangat dengan program Maulidur Rasul..Alhamdulillah..syukur kepadaNya..segalanya berjalan dengan lancar..and sekarang sibuk pulak dengan Projek TITAS..maybe hari ahad ni terpaksa pergi ke Sungai Lembing..untuk tengok tempat projek..harap2 semuanya berjalan dengan lancar..InsyaAllah..



Malam ni aku kena hadiri temuduga untuk fasilitator MINDs..rasa takut pulak..tengok kawan2 kena sycho..huh..harap2 dapat mnjawab dengan tenang dengan setiap soalan yg diberikan..so bersempena dengan temuduga malam ni..aku nak share sikit pasal tips mnhadapi temuduga..

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

-Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
-Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
-Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
-Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
-Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
-Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA
Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.Apa yang perlu anda lakukan adalah :

-Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
-Jawab dengan jelas dan lantang
-Kikiskan sifat ego anda
-Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
-Banyakkan senyuman
-Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
-Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan

Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.

No comments:

Post a Comment

Kawan-kawanku

Puteraku

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Doa Rabitah

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."