Monday, March 22, 2010

Khasiat Air Dalam Berdiet


" masa itu emas"


Assalamualaikum..dah lama aku tinggalkan blog ni kesunyian...aku sangat sibuk..sejak masuk sem 2 ni..kerja,assignment dan projek berlambak lambak..malam ni aku dengan wawa siapkan OS(operating system)..nasib baiklah 3 soalan saja..petang tadi aku dengan Lilian(groupmateku) siapkan SAD(system analysis and design)..nak buat interface tu senang saja..tapi bila nak buat report tu..MasyaAllah..pening kepala aku...semalam pulak siapkan assignment TITAS..ingatkan bila dah cari bahan dekat internet..kerja dah selesai..tapi bila baca guideline yang lecturer bagi..rupa2nya kena masukkan 3 buah buku sebagai sumber rujukan..semakin berat la pulak kerja aku..lpas ni misi untuk projek database system,projek english, dan paling kusut dengan projek data structure and algoritms(DSA)..walaupun DSA ni salah satu my favourite subject..tapi sometimes membuatkan aku rasa stress yg teramat sangat..huh..namun,semua ni aku anggap sebagai ujian dari Allah..kita ni belajar kerana Allah..Allah tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuan hambaNya..TAPI!!!walaupun sibuk dengan kerja2,asignment dengan projek..sempat saja aku ber"fb" dan layan naruto..fb pun aku bukak kejap2 saja..xada apa sangat yang dapat dibuat..sometimes terfikir jugak macam bnyak mmbuang masa saja duduk lama2 depan fb tu..dari aku buang masa depan fb lebih baik aku layan naruto(really addicted)..haha..minggu lepas dah keluar memo pasal fasi MINDS..alhamdulillah aku terpilih mnjadi fasi..kalau teringat balik masa temuduga tu..rasa macam nak tergelak pun ada(biarlah rahsia...)haha..so makin sibuk la aku akhir2 ni..exam pun dah nak dekat..lagi la aku x dak masa nak berbloging ni..berhabuk lagi la entry aku nanti...xpa2..kalau ada masa..xkan aku lepaskan..hehe..banyak pulak mnulis malam ni..so..malam ni aku dah postkan entry pasal rahsia alis mata wanita..and teringin juga nak postkan pasal khasiat air dalam berdiet ni..article ni aku terbaca dekat satu laman web ni..kalau x kongsi rasa rugi pulak..so enjoy ur reading..



Artikel ni tentang khasiat air dalam berdiet. Menurut artikel tersebut, air mampu mengurangkan berat badan.

Pakar gizi makanan telah sepakat, bahawa air memegang peranan utama dalam sebahagian besar program pengurangan berat badan. Kerana air sangat berperanan dalam membantu tubuh untuk menghilangkan lemak melalui faedah-faedah berikut :-

-Air dapat menurunkan selera makan dan mengurangkan rasa lapar.
-Membantu tubuh dalam proses pembakaran lemak yang menggumpal.Kerana hati akan mengalami kesulitan dalam menjalankan fungsinya ketika buah pinggang tidak mendapatkan air yang mencukupi.
-Mengurangkan lebihan lemak dibadan.
-Mengatasi masalah penyumbatan air pada saat tubuh menahan air yang ada didalamnya agar tidak kehabisan.
-Mengurangi tumpukan sodium didalam tubuh.
-Membantu memelihara kesihatan otot dan kelenturannya.
-Mebersihkan kotoran-kotoran dan zat-zat beracun didalam tubuh.
-Mengatasi kesulitan buang air besar.



Oleh itu para pakar menyarankan kita untuk minum 1-5 liter air sehari, ditambah lagi dengan 250ml sehari apabila berat badan kita bertambah 10kg.

p/s tambahan = Bangun pagi sebelum breakfast , amalkan minum air suam, elok untuk jaga badan. Cubalah amalkan.

Rahsia Pada Alis Mata Seorang Wanita


Apa itu alis mata?

Alis mata ialah susunan bulu atau rambut di atas kedua mata manusia.


Apa fungsi alis mata?

-Melindungi mata dari bendasing.
-Alis mata bagi seorang wanita adalah salah satu daripada aset kecantikan.
-Sama juga macam rambut, alis mata ada macam-macam jenis. Ada yang lebat, ada yang nipis, ada yang lembut, yang halus, yang kasar, yang jarang-jarang, yang bengkok, yang lurus dan macam-macam gaya lagi lah.

Disebabkan adanya keunikan dan perbezaan alis mata pada setiap orang ini, maka ada kajian dan ramalan yang dibuat tentangrahsia atau tanda yang tersembunyi disebalik perbezaan alis mata setiap orang.

Adakah bentuk-bentuk alis mata memberikan tanda-tanda tentang sikap atau perangai seseorang (khususnya wanita)?


Alis mata yang bersih, berwarna semulajadi dan mempunyai lengkungan yang sederhana.

-Menunjukkan dia seorang yang ideal untuk dijadikan teman hidup.
-Dia seorang yang sederhana, tidak terlalu cantik dan tidak terlalu huduh.
-Dia sentiasa ingin memberikan kebahagiaan dan membantu pasangannya.
-Dia mempunyai tutur kata yang lembut.
-Otaknya cerdas.
-Bersifat agak kelakar.
-Dia boleh menghiburkan dan menenangkan hati pasangannya.


Alis mata yang bersih, berwarna semulajadi dan mempunyai lengkungan yang tajam.

-Dia seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam.
-Dia seorang yang suka campur urusan orang lain (busy body).
-Ada ciri-ciri sombong dan berlagak padanya.
-Cepat rasa cemburu.
-Dia seorang yang suka untuk memajukan diri menjadi lebih baik.
-Mudah menyesuaikan diri.
-Panjang akal serta pandai menyelesaikan masalah.
-Mempunyai daya imaginasi yang hebat.
-Dia suka melakukan perkara-perkara yang baru dan mencabar


Alis tebal

-Dia sentiasa berhati-hati dalam perbicaraannya (hanya berkata yang perlu saja).
-Dia seorang pendiam.
-Dia seorang pendengar yang baik.
-Sangat setia dan taat pada pasangannya.
-Dia seorang yang sensitif dan mudah terluka.
-Silap gaya, dia boleh mengamuk kalau tahap kemarahannya melepasi batasan.



Alis nipis


-Dia seorang yang keras hati
-Dia seorang yang banyak cakap (mulut kepoh)
-Dia suka bercakap apa saja walaupun perkara yang tidak penting
-Dia seorang yang banyak idea dan aktif
-Dia seorang yang agak agresif semasa diranjang
-Dia seorang yang cerewet tapi bijak
-Dia seorang yang agak garang tapi berpatutan.


Alis yang jarang dan nipis

-Dia seorang yang sangat keras hati
-Dia seorang yang mempunyai ego yang tinggi
-Dia seorang yang perfectionist dan rasa dia seorang saja yang betul
-Dia susah dengar cakap orang
-Kalau jadi isteri, dia mungkin lebih cenderung untuk jadi ‘queen control’
-Dia mempunyai kemahuan yang tinggi dan sentiasa mahukan yang terbaik


Alis yang panjang, bersambung dan berumbai-umbai

-Dia mempunyai nafsu dan keinginan yang kuat
-Dia seorang yang suka berdengki dan mudah iri hati
-Dia mempunyai perwatakan yang mempersona dan menarik perhatian
-Dia pandai bertutur kata dan agak peramah


Alis yang naik melengkung ke atas

-Dia seorang yang sangat pandai menyembunyikan perasaannya
-Dia seorang yang pandai berpura-pura dan berlakon
-Dia seorang yang panjang akal dan pintar dalam memenuhi kemahuannya
-Dia pandai menjaga hati dan menyukakan hati pasangannya


Alis mata yang ada tahi lalat

-Dia seorang yang baik hati dan taat pada pasangannya
-Dia tidak suka menyusahkan orang lain
-Dia suka memberikan pertolongan kepada orang yang disayanginya
-Dia seorang yang sempoi dan bersahaja
-Dia juga pintar dan sentiasa mementingkan orang yang disayanginya

Sunday, March 14, 2010

pilihan...

Salam..alhamdulillah..projek TITAS terlaksana akhirnya pada 13 Mac 2010..huh..walaupun penat tapi aku sangat gembira krana projek yg di rancang selama 3 minggu ni akhirnya berjaya dijalankan..thanks a lot to Nagor Nisah kerana merancang program ni dan kepada ketua projek, Zulhilmi Zukarnain, anda telah menjalankan amanah yg dipertanggungjawabkan kepada anda dengan baik..



hari ini hari yang kurang bernasib baik..bangun awal pagi tetiba air tak ada..terpaksa ke blok lain untuk ambil air sembahyang..tapi nasib baiklah hanya 4 jam saja..sepanjang hari ini aku menghabiskan masa dengan membasuh baju yang berlambak lambak..tengok naruto series..dan berfb..masa berfb tadi,tiba2 tergerak hati untuk membaca note yg dpostkan oleh kawanku..setelah membacanya, rasa best pulak..so aku rasa nak share pulak dekat entri kali ni..maybe ada sesetengah orang dah pernah membacanya, tapi bagi yang belum, bacalah..tajuknya adalah pilihan.....


Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri



Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

Thursday, March 11, 2010

jalan-jalan Kuantan...

Assalamualaikum...
Dah seminggu aku tinggalkan blog ni kekosongan tanpa ada entry yang baru..bukan x nak post entri yang baru, tapi masalah laptopku dan masalah internet connection..huh..rasanya hampir satu block aku x dapat connect..nasib baiklah aku ni student komputer..boleh juga ngadap komputer dekat lab..haha..sepanjang mggu ni banyak aktiviti yang aku buat..paling busy sekarang ni dengan porjek TITAS yang bakal dijalankan di Kg Melayu, Sg Lembing pada hari sabtu ni..tapi aku x nak cerita panjang pasal projek ni..cuma aku berharap projek ni berjalan dengan lancar..

6 Mac 2010
Weekend yang lalu aku ke kuantan..1st time ke Kuantan Parade dan Masjid Sultan Ahmad Shah(masjid negeri)..aku nak citer sikit pasal masjid negeri ni..walaupun dah hampir setahun duduk di Kuantan, tapi itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke masjid negeri..sebuah masjid yang bersih..Terletak di Jalan Mahkota dan kedudukannya terletak di tengah-tengah Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang..dekat sekitar masjid ini terdapat bangunan-bangunan kerajaan, bank-bank dan kedai-kedai..bersebelahan masjid ini terdapat sebuah padang bola yang luas..



Masjid ini adalah antara tempat tarikan pelancong ke Kuantan..rekabentuknya elegan dan seni binanya halus..kubah utama dikelilingi oleh minaret-minaret..warna temanya ialah biru muda..aku lebih selesa berganda ganda sembahyang di masjid ni dari surau2 di pusat membeli belah..bukanlah aku ni nak memilih, tetapi kita nak menghadap Allah juga perlukan keselesaan..kain sembahyang pun bersih..so lepas ni, kalau pergi Kuantan, jangan lupa singgah di masjid ni..



10 Mac 2010

Kelmarin,untuk pertama kalinya aku, Edlyn dan Nisah menjejaki ke Pantai Teluk Cempedak..kawasannya yang bersih berjaya menjadikannya sebagai kawasan tarikan pelancong..sebenarnya, sudah lama kami semua nak pergi ke TC..tapi disebabkan ketiadaan pemandu yang dapat membawa kami, so kami hanya menyimpan saja hasrat tersebut..tapi kelmarin, setelah membeli barangan hadiah untuk projek TITAS, Alya membawa kami ke TC..so agak excited di situ..coz dah lama x g pantai..haha..so sempatla bergambar2..dekat situ ada jambatan di pinggir bukit yg membolehkan kami menikmati panorama Pantai Teluk Cempedak dengan lebih dekat..

Wednesday, March 3, 2010

~temuduga~

Salam pada pembaca..long time no blog~ing..huh..rsa rindu pula nak mnulis..laptop rosak..susah sikit nk online..skrang pun pinjam laptop roomate..tq Lin bg pinjam laptop..jasamu dikenang..



Nk tulis apa ye pada entri kali ni??x dak idea pulak..lama sangat kot x menulis..haha..beberapa hari ni aku busy sangat dengan program Maulidur Rasul..Alhamdulillah..syukur kepadaNya..segalanya berjalan dengan lancar..and sekarang sibuk pulak dengan Projek TITAS..maybe hari ahad ni terpaksa pergi ke Sungai Lembing..untuk tengok tempat projek..harap2 semuanya berjalan dengan lancar..InsyaAllah..



Malam ni aku kena hadiri temuduga untuk fasilitator MINDs..rasa takut pulak..tengok kawan2 kena sycho..huh..harap2 dapat mnjawab dengan tenang dengan setiap soalan yg diberikan..so bersempena dengan temuduga malam ni..aku nak share sikit pasal tips mnhadapi temuduga..

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

-Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
-Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
-Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
-Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
-Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
-Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA
Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.Apa yang perlu anda lakukan adalah :

-Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
-Jawab dengan jelas dan lantang
-Kikiskan sifat ego anda
-Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
-Banyakkan senyuman
-Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
-Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan

Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.

Kawan-kawanku

Puteraku

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Doa Rabitah

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."