Friday, February 5, 2010

kongsi ilmu..


Salam kpada pembaca..apa khabar semua??smoga sihat dan ceria2 selalu..tadi baru saja lepas telefon umi(ibu) yang tercinta..rancak bersembang hingga ralit pulak..maklumla..kalau sekali telefon tu macam2 cerita keluar..yang penting ke...x peting ke..smua nak cerita jugak..itulah saja cara nak melepaskan rindu yg menggunung..walaupun 2-3 hari sekali telefon..rindu tu still x hilang jugak..haha..tapi ini x bermakna aku ni anak manja..anak sulong bkn anak manja(tak pasti la betul ke tak)..hahahaha

sebelum terlupa, aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir pada rakanku,Kamilia Hani yg mnyambut hari klahirannya pada hari ini..x lupa juga pada Surya Nor Syazwani, yg mnyambut hari lahir pada 4 Feb(kelmarin)..sorry Surya..lambat wish..terlupa sangat2..minggu ni aku betul2 sibuk..sibuk dengan assignment dan kerja untuk unit dakwah dalaman..namun aku terima semua ini sebagai cabaran hidup sebagai seorang pelajar dan hamba..

"Sesungguhnya Allah tidak akan membebani manusia dengan sesuatu yang tidak mampu kita tanggungi."

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)" (3:200)

"Sesuatu kejayaan adalah lebih bermakna apabila ia disertai usaha yang bersungguh-sungguh...orang yang mudah berputus asa tidak mungkin beroleh kejayaan yang cemerlang. Biarlah bersusah dahulu, asalkan senang kemudian"

ok..sebenarnya malam ni x ada apa pon nak cerita cuma aku nak kongsi serba sedikit pengetahuan aku tntg tauhid yg disampaikan oleh Abg Irsyad masa kuliah maghrib tadi..seperti yg anda tersedia maklum,tauhid itu sndri bermaksud "mempercayai bahawa tuhan itu hanya satu".Tauhid terbahagai kepada tiga iaitu tauhid rubbubiyah,uluhiyah dan asma wa sifat..

Allah berfirman :
“Sedangkan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang” (QS 2:163)

Tauhid rubbubiyah
-Beriman kepada Allah(beriman kepada yang satu)

Kita dapat lihat, agama seperti majusi mempercayai terdapatnya 2 tuhan iaitu:
1) Tuhan JAHAT(tuhan api)
2) Tuhan BAIK(tuhan cahaya)

Manakala agama nasrani pula mempercayai terdapat 3 tuhan..

Tauhid Uluhiyyah
-tidak ada perkongsian Allah dengan orang lain..sebagai contoh,kalau kita membuat sesuatu perkara bukan kerana Allah(yg menimbulkan perasaan riak atau ingin menunjuk-nunjuk)..
-riak adalah dalam kategori syirik kecil..

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan orang yang syirik kpadaNya..Allah akan mengampunkan dosa2 lain selain daripada syirik"

MasyaAllah, bertapa bahayanya jika kita mempunyai perasaan riak ini..jika kita ter"riak",cepat2lah kita beristigfar..takut2 nanti kita mati dalam keadaan syirik..

Asma Wa Sifat
-Allah bersifat dgn sifat2 yang mulia..
-pengesaan Allah melalui nama-nama dan sifat-Nya

Firman Allah
“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS 42:11)

Secara kesimpulannya disini, Allah memberikan kita akal untuk mengenali Allah dan Allah juga mmberi nas2 yg terkandung dalam Al Quran agar menjadi panduan dalam hidup kita..semoga perkongsian ringkas di atas memberikan sedikit sebanyak pengetahuan kpada yang belum mengetahui dan peringatan kepada yang sudah tahu..kalau ikutkan hati, bnyak lagi yang ingin ditulis..tetapi disebabkan masa yg begitu jelez dengan kita, jadi setakat ini dulu coretan dan perkongsian aku untuk post kali ini..

3 comments:

  1. sama2..kita hndaklah saling ingat mengingati..

    ReplyDelete
  2. xsangka laa hg wish. bapa taun dah ni aku baru pasan. tu pon aku gugel nm seniri. hihi. tankiuu wehhhh :) :) *surya*

    ReplyDelete

Kawan-kawanku

Puteraku

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Doa Rabitah

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."