Thursday, August 29, 2013

Rezeki

Bismilahirahmanirrahim
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt buat semua blogger, kawan2 dan pembaca setia. Alhamdulillah, setelah beberapa bulan, kali ni, dapat jugak saya post entri baru. Almaklumla, 6 bulan yang lepas, xtahu la apa yg terjadi dekat page ni. Asyik error dan macam disabotaj je. Memang x boleh post langsung. Banyak cerita2 tergendala. Sekarang ni pulak, saya ni bergelar suri rumah sepenuh masa, so lagi la bosan bila x dapat nak update cerita. Okla, lupakan pasal masalah yg berlaku. Jom kita baca entri dibawah. Semoga bermanfaat.


Kali ni nak bercerita pasal orang baru..Excited sangat kali ni. Sapa sangka, dalam usia yang muda ni, inshaALLAH, saya dan suami bakal bergelar ummi dan abi. Pada mulanya, memang tidak dirancang langsung untuk memiliki cahaya mata pada usia yang muda ni, namun, ALLAH sudah aturkan segalanya. Mungkin inilah yang terbaik. Kita rancang sehebat mana pun, namun perancangan ALLAH lebih hebat dari segala macam. Kan??


Masa mula tahu mengandung

Sy langsung tidak menyangka akan positif pregnant. Tiada mual/ loya. So memang x expect la kan mengandung. Cumanya, sejak akhir2 ni, orang tegur saya berisi sikit dan berseri-seri. Namun saya dengan yakin, masih menyangkal kata2 orang. Namun, hari demi hari berlalu..bila dah lama sangat tidak period, mula la hati ni curiga. Then masa 2 minggu lewat tu, saya sakit sangat dekat tumit kaki. Pelik kan? Umi (mak saya) dan ibu (mak mentua) saya pon xpernah alami keadaan macam ni. So, utk make sure, suruh la en husband belikan UPT kat farmasi. Bila test, x sampai 5 minit pon, naik double line. Alangkah terkejutnya saya masa mula2 disahkan mengandung. Ye la, kami rancang kot lain, tup2 jadi kot lain. Mula2 tu, perasaan gundah gulana. Ye la, time tu macam2 persoalan timbul dalam benak fikiran nih..sudah bersediakah saya dan suami untuk menimang cahaya mata? Macamana dgn job hunting? Rasa macam muda lagi..Lagipun, anak tu kan amanah dari ALLAH. so memang kena jaga baik2..bla..bla..bla... Namun, naluri seorang ibu, bila 1st time scan dekat klinik, terus hilang perasaan gundah gulana segala bagai. Start pada tu, dh rasa macam excited sangat2 nak jadi ibu dan mula sayang ketat2 dekat baby nih. 



Actually masa scan dulu, hati ni risau sangat. Mana taknya, masa 1st scan dekat klinik swasta, kalau ikut perkiraan 1st day of Last Menstrual Period (LMP), sy sudah pregnant 7 minggu, tapi bila ikut scan, baru 5 minggu. Gelabahlah hati ni. Walaupun doc tu puji, bentuk sarung baby tu cantik bagai, rahim ok, semua ok, tapi hati ni terasa risau jgak. Doc mention, maybe baby jadi, maybe jugak x...Doc pon pesan suruh datang 2 minggu lagi dan sila makan acid folic bla..bla..bla... So, lpas 4 minggu baru saya datang senula, sbb kalau boleh, scan kali ni nak betul2 nampak anggota baby. Alhamdulillah, masa 2nd scan, saya nampak bentuk baby, denyutan jantung..rahim ok, baby ok..dan yang paling mengembirakan, due scan saya sama dengan due LMP..alhamdulillah, lega sangat2..



Trimester 1 : Alahan

Masa 1st trimester dulu, sy tiada alahan muntah dan loya yang teruk seperti sesetengah orang. Dalam seminggu tu, boleh kira 1-2 kali je muntah. Tu pon sebab perut masuk angin. Tapi, sy alahan teruk dari segi perut masuk angin, gastrik dan sembelit. Allahurabbi. Hanya ALLAH saja yang tahu. Dari minggu ke 7 sampai la sekarang..masih tidak hilang. Mungkin ini cabaran yang harus ku tempuhi. Lain orang lain dia punya dugaan dan cabaran.Kan? Masa bulan puasa hari tu, alhamdulillah, walaupun terpaksa tinggal beberapa hari kerana gastrik yang teruk, saya berjaya jugak menghabiskan 26 hari selebihnya.


Trimester 2 : 1st Kick

bersambung...

p/s : Pray 4 Egypt. 

Kawan-kawanku

Puteraku

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Doa Rabitah

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."