Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, masih diberi kelapangan untuk menulis dalam entri baru. Ramadhan semakin menghampiri. 9 hari lagi countdown to Ramadhan. Jom sama-sama kita topup pahala.
Dalam entri kali ni, aku just nak bgtau yang aku merindui saat-saat 1st year dulu. Bersama-sama akak2 naqibahku, kak syikin, kak ayu, dan kak ain. Aku rindu untuk berusrah dengan mereka. Miss that moment so
much. Only Allah knows that. Kini, aku pula menggalas tanggungjawab mereka.
Bukan mudah untuk menjadi orang yang mampu untuk mentarbiyyah orang lain.
Semoga kita terus tetap istiqamah dalam perjuangan. Kitalah mata rantai
perjuangan baginda Rasulullah SAW.
YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini."