INGATAN
BUAT PENGANTIN:
HARI
BERGEMBIRA BERTUKAR MENJADI HARI PENYESALAN
Muqaddimah
Bernikah
adalah sesuatu yang menggembirakan.
Jarang
orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka.
Masakan
tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang.
Bagi
pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis
pernikahan amatlah melegakan!
Kadang-kadang,
keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira
telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi.
Seperti
mana yang disabdakan oleh Nabi SAW :
النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى , nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah
ku, maka ia bukanlah dari golonganku.
Namun
awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke
syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang
neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang
diperintahkan.
Menangis
bertukar gembira
Apabila
dua merpati sejoli di ijab kabulkan… maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan
menangislah sang syaitan.
Menangisnya
sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si
lelaki dan si perempuan melakukan zina.
Tapi,
adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu
akan lari merajuk membawa diri?
Tidak
sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka.
Satu
persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula
dengan ketawa yang terbahak-bahak!
Sang
Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga
terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang
agama.
Habis
ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka.
Syariat
diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi.
Sang
Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke
mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi
tontonan semua orang.
Habis
ditolak tepi perasaan malu.
Malah
dibanggakan pula kenangan itu dengan meng’upload’ kan pula di dalam facebook,
untuk tatapan seluruh (seantero) dunia.
Kalau
boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan
makan bersuap dengan bangga.
Sang
Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium
kepala si isteri tanpa menghiraukan ratusan mata yang menyaksikan adegan sulit
ini.
Malah
bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai
yang berdekatan.
Diulang
tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang
yang paling pemalu dalam dunia ini.
Sang
Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik
si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah
padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan
menarik.
Entah
mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah
islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi
bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan mahram.
Segala
sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya
menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.
Sang
Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan
kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah untuk bersolek
dengan tebal.
Habis
hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam
kampus dahulu.
Kening
dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder,
maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya.
Itu
belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang
ada di persekitarannya.
Bila
ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acuh diberikan.. mak yang
suruh.
Itu
belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang
begitu mewah dan membazir.
Syaitan
kembali tersenyum gembira.
Gembira
bertukar Menyesal
Kadangkala,
apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba
datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar,
menyeleweng dan jauh dari panduan agama… kita akan cepat melenting, marah dan
menyampah.
Apatah
lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular.
Berceramah
pula di masjid dan surau.
Maka
pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk
menghalalkan kebiasaan yang dia
lakukan
itu.
Ahh..
mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku.
Maka
dicapailah pelbagai kitab mencari dalil menghalalkan perbuatannya.
Bila
tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang ‘gharib/asing’ walaupun
dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah
pelepas dari teguran yang diberikan.
Janganlah
bersikap demikian ya akhi wa ukhti.
Renungkan
seketika majlis perkahwinan itu.
Benarkah
itu majlis yang dirahmati Allah ataupun dibenci oleh Allah?
Jawablah
dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih.
Sengaja
tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun
dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati
majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu.
Jangan
sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu
penyesalan yang tidak terperi.
Tatkala
seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi
pendinding dan hujah bagi dirimu…
Yang
ada hanyalah iman yang senipis bawang itu.
Mampukah
untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di
hari pernikahan tersebut?
Ingatlah
kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana
tidak berguna harta dan anak-anak.
Adakah
berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti
mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta
sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding
di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang
sulit, itu semua jauh dari panduan Islam?
Namun,
jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan Tuhan Rabbul
Jalil, silakanlah melakukannya. ..
Penutup
Tugas
seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali
kepada Allah.
Tidak
lebih dari itu.
Samada
perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca,
itu bukannya kerja pendakwah.
Itu
kerja Allah.
Jangan
pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan
seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri.
Apatah
lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan
seperti
, “Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko
kahwin…Macamana pula gayanya!” sambil tersenyum sinis bercampur geram.
Dan
jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa
yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah
diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia ”
Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!” dan berlalu dengan perasaan puas dan
gembira…. kerana dendamnya telah berbalas.
Sesungguhnya,
Aku hanya menyampaikan peringatan dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa
yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka
Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
(Q
72 : 22)