Dah seminggu aku tinggalkan blog ni kekosongan tanpa ada entry yang baru..bukan x nak post entri yang baru, tapi masalah laptopku dan masalah internet connection..huh..rasanya hampir satu block aku x dapat connect..nasib baiklah aku ni student komputer..boleh juga ngadap komputer dekat lab..haha..sepanjang mggu ni banyak aktiviti yang aku buat..paling busy sekarang ni dengan porjek TITAS yang bakal dijalankan di Kg Melayu, Sg Lembing pada hari sabtu ni..tapi aku x nak cerita panjang pasal projek ni..cuma aku berharap projek ni berjalan dengan lancar..
6 Mac 2010
Weekend yang lalu aku ke kuantan..1st time ke Kuantan Parade dan Masjid Sultan Ahmad Shah(masjid negeri)..aku nak citer sikit pasal masjid negeri ni..walaupun dah hampir setahun duduk di Kuantan, tapi itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke masjid negeri..sebuah masjid yang bersih..Terletak di Jalan Mahkota dan kedudukannya terletak di tengah-tengah Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang..dekat sekitar masjid ini terdapat bangunan-bangunan kerajaan, bank-bank dan kedai-kedai..bersebelahan masjid ini terdapat sebuah padang bola yang luas..

Masjid ini adalah antara tempat tarikan pelancong ke Kuantan..rekabentuknya elegan dan seni binanya halus..kubah utama dikelilingi oleh minaret-minaret..warna temanya ialah biru muda..aku lebih selesa berganda ganda sembahyang di masjid ni dari surau2 di pusat membeli belah..bukanlah aku ni nak memilih, tetapi kita nak menghadap Allah juga perlukan keselesaan..kain sembahyang pun bersih..so lepas ni, kalau pergi Kuantan, jangan lupa singgah di masjid ni..

10 Mac 2010
Kelmarin,untuk pertama kalinya aku, Edlyn dan Nisah menjejaki ke Pantai Teluk Cempedak..kawasannya yang bersih berjaya menjadikannya sebagai kawasan tarikan pelancong..sebenarnya, sudah lama kami semua nak pergi ke TC..tapi disebabkan ketiadaan pemandu yang dapat membawa kami, so kami hanya menyimpan saja hasrat tersebut..tapi kelmarin, setelah membeli barangan hadiah untuk projek TITAS, Alya membawa kami ke TC..so agak excited di situ..coz dah lama x g pantai..haha..so sempatla bergambar2..dekat situ ada jambatan di pinggir bukit yg membolehkan kami menikmati panorama Pantai Teluk Cempedak dengan lebih dekat..
No comments:
Post a Comment