Tuesday, February 9, 2010

Maksiat...

Salam ukhuwah aku tujukan pada pembaca..diharap semua berada dalam keadaan sihat walafiat dengan keizinaNYA..Alhamdulillah..hari ni dapat juga nak tulih dekat entry ni..sangat busy akhir2 ni..busy dengan kesibukan dunia..mana dengan test..kuiz..assignment..MasyaAllah..hanya tuhan saja yang tahu..ujian dunia...Alhamdulillah hari ni berjaya juga ku tempuhi test database dan os..nak cakap susah pun x,senang pon x..aku dah buat yang terbaik untuk diriku..mungkin setakat itu saja yang aku mampu..jadi hanya tawakal saja kepada Allah..insyaAllah, jika kita ingat kepada Allah, Allah pasti ingat pada kita juga, Allah pasti akan tolong kita..hanya padaMU saja aku berserah..namun dalam kesibukan dunia, haruslah juga kita sibukkan diri menyediakan bekalan untuk akhirat..jangan sampai lalai pulak..hmm..hari ini tergerak hatiku untuk membeli akhbar..sedih menatap muka depan akhbar harian metro tersebut..ia mengisahkan tentang pembuangan anak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang..sangat sedih mengingatkan perbuatan masyarakat sekarang yang sanggup membuang darah daging mereka sendiri..rasa gerun dan takut nak berhadapan dengan dunia yang penuh dengan kemaksiatan dan penipuan..Mungkin hari ini kita boleh jadi baik..soleh..solehah..namun kita tidak dapat menjangka pada masa hadapan..Nauzubillah..Aku memohon padamu YA Allah, agar di jauhkan dengan perbuatan yang dapat menjauhkan aku dengan MU dan agamaMu..aku juga memohon agar dijauhkan aku dengan perbuatan maksiat..

Ingatlah;

Allah berfirman:

“Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu).” - Surah An Nur : Ayat 24.

“Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu).” Surah Yassin : ayat 65.

Jadi, di sini aku sertakan sedikit panduan untuk menghindarkan diri dari perbuatan maksiat yang dapat mengundang kemurkaan Allah SWT..
1) Menjaga Mata
Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.

2) Menjaga Telinga
Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida’ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.

3) Menjaga lidah
Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka. Jagalah lidah kita dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.

* Ingat betul2 pesanan Rasulullah S.A.W. ini. Sabda baginda : “Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun.” - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.

4) Menjaga perut
Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.

5) Menjaga Kemaluan
Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T.

6) Menjaga Dua Tangan
Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.

7) Menjaga Dua Kaki
Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.

No comments:

Post a Comment

Kawan-kawanku

Puteraku

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Doa Rabitah

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."