Saturday, January 9, 2010

SAHAM's family day

Assalamualaikum..hari ni aku bersama sahabat2 dari SAHAM mengikuti program family day yang dianjurkan oleh Unit Dakwah Luaran SAHAM..program ini diadakan di Pantai Sepat..aku sangat gembira dapat mengikuti program ini kerana program ini dapat mengurangkan tekananku dari belajar terutama Data Structure..assignment yang berlambak-lambak..kuiz OS(operating system).. kerja2 dakwah dalamn dan mcam2 lagi la..kalau nak cerita pasal tekanan ni banyak sangat..haha..ni dah lari dari topik yang sebenar..ok..sambung cerita pasal family day..kami semua bertolak dari UMP pukul 8.00 pagi..perjalanan ke pantai sepat hanya mengambil masa selama 45 minit sahaja..kami telah dibawa menaiki dua buah bas..satu bagi muslimin dan satu lagi muslimat..semasa dalam perjalanan sempat temanku Sarah sempat lagi tidur..haha..Sarah memang begitu..mana2 pon dia dapat tidur..aku ni kalau dala bas memang susah sikit nak tidur..tapi kalau letih sangat memang tak ingat dunia dah..pada pukul 8.45 pagi kami sampai di tempat destinasi..pantai di situ agak lengang dan sedikit kotor..kami berkumpul untuk mndengar taklimat dulu dari Akhi Rashid..then kami dibahagikan kumpulan untuk mengutip sampah sekitar kawasan pantai tersebut..kami dibahagikan 5 kumpulan..dua lelaki dan tiga perempuan..banyak juga sampah yang berjaya kami kutip..selepas selesai mengutip sampah, kami berkumpul semula dan diberi sarapan pagi..sebelum makan kami dibahagikan kepada dua kumpulan untuk muslimat dan satu kumpulan untuk muslimin..yang unik ketika bersarapan ialah kami kena taaruf dulu kpada ahli kumpulan dan suapan pertama roti tersebut hendaklah diberikan kepada orang sebelah kanan kita..sangat manarik..terasa seperti iftar jamaie la pulak..kemudian kami mendengar sedikit briefing mangenai aktiviti yang akan dilakukan oleh Akhi Azizan..dibahagikan pula dalam 8 bentuk kumpulan, kami diberikan barabg amanah iaitu 2 keping biskut dan dua helai potongan hadis..kami dikehendaki menghafal hadis tersebut sebelum pukul 12 tghhari..kemudian kami meneruskan modul kedua iaitu explorace..dalam explorace ni semangat kerjasama dalam kumpulan sangatlah penting..mungkin jika tiada kerjasama antara ahli kumpulan kami mungkin tidak dapat menyempurnakannya..check point yg first kami terpaksa mengisi air di dalam botol yang telah berebuk..jadi kami kena memikirkan bagaimana caranya untuk menjadikan air didalam botol penuh..masa yang di berikan hanyalah 10 minit..dalam checkpoint ni kumpulan aku gagal..air tetap keluar walaupun menggunakan pebagai cara..namun kegagalan kami tidak pernah mematahkan semangat kami..di checkpoit 2, kami harus menyambung paip dan memastikan guli yang berada dalam paip tersebut tidak jatuh ke tanah..dalam checkpoint ni kami berjaya melakukannya dengan pantas sekali seterusnya melupakan kegagalan kami di checkpoint pertama tadi..kemudian kami meneruskan explorace kami ke checkpoit 3..kami bermain permainan teka..jadi seorang dari kumpulan aku haruslah membayangkan benda agar kami dapat menekanya..alhamdullilah kami berjaya meneka sebanyak 8 pembayang..kemudian diteruskan pula dengan pencarian cebisan kertas dalam pasir untuk checkpoint 4..kumpulan aku gagal untuk mencari cebisan2 kertas tersebut..jadi kami gagal di checkpoit 4..di checkpoint 5 kami haruslah menjawab soalan2 yg dikemukan..kami berjaya menjawab kesemanya walaupun soalan terakhir sekali agak mencabar..then kami pergi ke tempat briefing dan dikehendaki menghafal potongan hadis yang diberikan..alhamdullillah, kesemua ahli kumpulan berjaya menghafalnya..kesemuanya kelihatan gembira dengan aktiviti explorace tersebut walaupun terdapat kegagalan di beberapa checkpoint..modul seterusnya ialah permainan belon..setiap kumpulan hendaklah menghantar 6 ahli kumpulannya bagi mewakili kumpulan masing2..aku menjadi penyokong bagi kumpulan aku..haha(malas nak main punya pasal)..kemudian kami harus membina istana pasir mngikut kreativiti kami dalam modul seterusnya..kami makan tengahari dalam pukul 12 lebih..kami makan dalam talam secara berjemaah..kemudiaan sembahyang zohor di masjid berdekatan..selepas selesai sembahyang kami mendengar sedikit tazkirah disampaikan oleh Ustaz Azmi sebelum berlangsungnya majlis penyampaian hadiah dah penutup..selepas berlangsungnya majlis penutup kami bebas melakukan apa2 aktivti..dan kumpulan aku membentuk bulatan dan bertaaruf dan kemudiannya mendengar sedikit tazkirah dan nasihat dari Kak Shahaidah..pelbagai input yang diberikan oleh Kak Sha..sebelum pulang kami mengadakan sesi fotografi..dan kami bertolak pulang ke UMP pada jam 4.30 ptg..


pemandangan di pantai sepat...

2 comments:

  1. Nice post on Family Day RAdhi..hehe~
    hope aktiviti cmni ad lg pas ni

    ReplyDelete
  2. insyaallah..pasti ada lg xtvti yg best2..

    ReplyDelete

Kawan-kawanku

Puteraku

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Doa Rabitah

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."