Friday, January 29, 2010

AKU PERLUKAN KEKUATAN

Ya Allahu Ya Aziz,
Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.

Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.

Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.

Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.

Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.

Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.

Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,
Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.

coret-coret...

Salam pada pembaca..
Semalam merupakan hari pembuangan undi..agak panas jugak pilihanraya kampus kali ini..smoga yang terpilih dapat melaksanakan dan memikul tanggungjawab dengan penuh amanah..amin~~..dah banyak hari aku tidak mncoretkan sesuatu dkat entri ni..so tergerak pulak tanganku ini untuk mencoretkan sesuatu..sekarang ni aku sangat busy dengan tugasku sebagai JK pengisian dan tayangan bagi program SBM..banyak bahan lagi yang perlu dicari..aku masih mencari penyajak bagi muslimin dan muslimat..masih memerlukan bnyak video untuk tayangan..rasanya,aku baru 10% dalam bergerak kerja..masih bnyak lagi kerja yang perlu disiapkan..minggu depan dah start test bagi subjek database..aku berharap sangat2 dapat skor dalam subjek ni..insyaAllah..kelmarin,aku mndapat berita salah seorang sahabat aku bakal dirisik orang..nak kata berita gembira pon tidak dan nak kata berita sedih pon tidak..sebab bukan berita gembira kerana itu bukan kehendak dia dan dia still mahu belajar..sebab bukan berita sedih pula kerana mungkin dah tertulis jodohnya diawal usia..kepada sahabatku, buatlah keputusan yang bijak..yang dapat mengembirakan kedua ibu bapamu dan buatlah yang terbaik untuk dirimu..aku sebagai sahabat hanya mampu mendoakan sahaja..kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan..

aku tujukan artikel ini khas buatmu sahabatku...
Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...


Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!
Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI

Wednesday, January 27, 2010

Amanah dan Tanggungjawab...


Asslamualaikum ditujukn khas kpada para pmbaca..tadi,aku baru selesai bermesyuarat untuk program yang bakal diadakan tidak lama lagi iaitu program SBM(Semalam Bersama Masjid)..masyaAllah..program kali ini bertemakan maulidur rasul..kali ini tugas yang diberikan sangatlah berat jika dibandingkan dengan program SBM yang lalu kerana perangkaan program,pengisian dan tayangan semuanya terletak dibawah tanggungjawab aku bersama 3 orang rakan lagi sebagai JK(jawatan kuasa) Pengisian dan Tayangan..tugas sebagai JK pengisian dikategorikan sebagai tugas yang paling mencabar jika dibandingkan dengan tugas2 lain kerana perjalanan program semuanya bergantung unit kami..namun amanah ini akan ku pikul sebaik yang mungkin..insyaAllah..

Lahir kita Tuhan kurniakan
Ibu ayah diamanahkan
Lalui berbagai rintangan
Mengasuh dan membesarkan

Kini kita keremajaan
Menuju ke kedewasaan
Sudahkah punya penyedaran?
Tak selamanya ke-anakkan

Kita pun juga diamanahkan
Hidup di dunia khalifah Tuhan
DikurniaNya fikiran kekuatan

Ayuh teman maju ke hadapan
Akan kita perjuangkan
Pesanan suruhan Tuhan
Ayuh teman ke barisan depan
Jangan kita permainkan
Peganglah amanah Tuhan

Kelainan kita ada kekuatan
Bila bersatu dipadukan
Hadapi berbagai cabaran
Sedia untuk berkorban

Syukur kami pada Mu Tuhan
Segala nikmat pemberian
Beri kami kepercayaan
Akan kami laksanakan

Akan ku harga ilmu mu Tuhan
Buat bekalan masa hadapan
Akan ku pegang amanah Mu Tuhan

Sunday, January 24, 2010

Hujung Minggu..


Assalamualaikum aku tujukan kpada pembaca yang setia..hari ini just nak cerita saja aktiviti sepanjang hujung minggu ni..

Jumaat(lepas habis kelas)..jam 6.15ptg..2 buah kereta..10 orang..
Aku dan kawan pergi keluar makan dkat Restoran Sinar bersempena dengan hari jadi kawanku,Ng Chih Pei dikenali sbgai Pui-Pui..walaupun dia seorang yang non muslim tapi bagiku, berlainan agama dan bangsa x menghalang kami untuk berkawan.. aku selesa berkawan dengan mereka dan mereka merupakan kawan yang baik, peramah, friendly, dan mcm2 lagi..harap kami berkawan sampai bila2..ok sambung balik pasal makan tadi..aku n wahida order tomyam ayam, kailan ikan masin dan sotong goreng tepung..semuanya kitaorang kongsi saja..takot membazir pulak..memang sedap jugak makanan dekat situ..sudah lama aku tidak menikmati tomyam sesedap restoran tu..last pon makan tomyam yang sedap time cuti raya(masakan ibuku)..memang lama betul x makan tomyam yang sedap..seleraku memuncak bila tengok pulak sotong goreng tepung dihidangkan atas meja..sejak 2-3 minggu ni, aku hilang selera makan..tambah2 hari2 makan benda yang sama saja di kafe..sampailah satu hari masa g klinik ksihatan baru aku tau berat badanku dah menurun..2 KG pulak tu..aduh..kali ni bila nampak sotong goreng tepung tu, mmg tercabar nafsu makanku..selera makanku naik semula..lpas kitaorg habis makan, kami meminta pui2 untuk memberi sdkit ucapan sempena birthday dia..kitaorang bergerak pulang dlam pkul 7.30 mlam..


Sabtu..jam 10 pagi..2 orang..
Hari ni aku dan kawanku Edlyn gi Brjaya Megamall(BM)..Mula2..sesampainya kitorang dekat terminal makmur, kitaorang terus cari tempat untuk bersarapan..kitaorang makan roti canai dekat restoran berhadapan BM..kalau ikutkan memang dah lama sangat x pergi BM..tetiba tergerak hati pulak nak pergi sana..lagipun kitaorang memang nak gi main boling..nak releasekan tension..tapi kitaorang main satu game jelah..nak jimat duit sama..banyak lagi keperluan lain yang perlu dibeli..ekonomi sekarang pulak sedang gawat..ptptn pon dpat sikit saja..so kenalah banyak berjimat..ok..teruskan dengan cerita MB tadi..sblom main boling tu kitaorang sempat jugak terserempak dengan classmate kitaorang..then lepas main boling..kitaorang pon memulakan perjalanan dengan melawat setiap floor..just lihat n lawat jelah..xbeli apa2 pon..no budget..agak lama juga kitaorang round2..then dlam pkul 12 tu kitaorang gi beli brg2 kperluan dekat giant(tingkat bawah)..nasib baiklah aku dah listkan bnda2 yang perlu dibeli..kalau x habislah budget aku..huhu..rupa-rupanya banyak jugak barang yg aku beli..beli brg pesanan wahida sama..paling berat nak angkat A4 paper,sabun basuh baju and softner la..nsib la ed ada beg galas..last2 dia yg tolong bawakkan..kecian ed..lpas hbis membeli kitaorang gi isi perut..lapar sangat..kitaorang gi makan dekat rasamas..aku makan nasi ayam..ed pulak selesa memilih spageti sbgai lunchnya..kira2 jam 2 lbih..kitaorang dh hbis makan..ada lbih kurang 3 jam lagi sbelum balik..nak balik awal x mampu nak upah teksi..so just wait sajalah smpai pkul 5..kitaorang sempat gi kedai kompter..beli ink..then berehat dkat kerusi2 yang disediakan..dlam jam 4 kitaorang bergerak ke terminal..ambil masa dlam 20 minit..dlam pkul 5ptg..kitaorang bergerak pulang menaiki bas Rahmat Alam..

Sebelum balik, kitaorang sempat lagi membeli keychain comel ni..

Pada malamnya, aku menghadiri pula meeting semalam bersama masjid..skali lagi aku dipilih menjadi JK untuk program ini..kali ini aku menjadi Jk bagi unit pengisian..meeting start pkul 9.15mlm smpailah pkul 11.30mlam..bnyk bnda yang perlu dibincangkan kerana program kali ini melibatkan semua unit SAHAM dengan kerjasama unit JPK dan Fakulti bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul pada bulan dua nanti..bagi unit pengisian kami merangka perjalanan majlis semalam bersama masjid..moga2 program kali ni berjalan dengan lacar..insyaallah..

Ahad..jam 9.30 pagi..
Hari ini x keluar mana2..duduk dalam bilik saja..tugasku hanya untuk membasuh baju..baju yang berlambak lambak tidak dibasuh..ish3..terok betul..tapi nasib baiklah ada washing machine..selamat jugak la tanganku..kalau tidak hbis mengelupas la tangan aku..susah betul tangan yang sensitif ni..kalau setakat baju kurung bolehlah basuh tangan..sebab x perlu memberus sangat..tapi kalau byk2 baju ni..terpaksalah menggunakan khidmat washing machine..sesudah memjemur kain baju, ingat nak baca TITAS..tapi bru 5 minit bukak buku lain pula jadinya..teronline pulak..ish3..apa nak jadi..tapi ni sajala cara nak releasekan tension..mmg tension jugak baca TITAS..aku mmg x minat sejarah..sejak skolah menengah lagi..bila dekat matrik lega sikit xdak sejarah..tapi bila masuk u pulak tetiba ja kena blaja sejarah..huh..aku kalau setakat belajar ok la jugak sebab bagiku sebagai seorang pelajar mestilah kita kena tau jugak sejarah negara dan sejarah islam..tapi kalau nak kena jawab exam TITAS ni yang tension sikit..xsuka menghafal sebab bnyak sngat FAKTA yang perlu diingat..bukan boleh merepek-repek nak jawab titas ni..bila aku dah mula teronline tu paham2 jelah..lambat pula la nak teroffline..masa yang ada bazir begitu saja..pada malamnya..aku mkan bersama roomateku..sambil makan kitaorang sempat mendengar bakal2 wakil MPP mmberikan ucapan masing-masing..mmg dahsyat la..kafeteria dipenuhi dengan ratusan manusia...ada yang membawa sepanduk lagi..aku dengan roomate dapat dadih free..haha..ni antara salah satu cara bagaimana calon2 ni mnarik pengundi..pada pendapat aku, kita ni haruslah bijak memilih pemimpin sebab jika kita salah memilih pemimpin, padahnya jugak menimpa kita..sebagai contoh untuk lebih faham, jika pemimpin kita tidak melakukan amal maaruf nahi mungkar(melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran)dan melakukan maksiat,maka pada hari pembalasan kelak,kita jugak akan dipersalahkan kerana tersalah memilih pemimpin dan kita juga menangung dosa yang dilakukan oelh pemimpin tersebut..masyaAllah..bertapa pentingnya anda membuat keputusan yg bijak..ok..hbis makan kitaorang balik bilik..then start pulak membaca titas..

jom baca TITAS..

Thursday, January 21, 2010

The FourThings

The Holy Prophet (Peace be upon him & his progeny) Said:

1) Four things that make your body sick:

a) Excessive talking
b) Excessive sleeping
c) Excessive eating and
d) Excessive meeting other people

2) Four things that destroys the body:

a) Worrying
b) Sorrow (Sadness/Grief)
c) Hunger
d) Sleeping late in the night

3) Four things that dry the face & take away its happiness:

a) Lying
b) Being disrespectful / impudent (insisting on something wrong knowingly)
c) Arguing without adequate knowledge & Information.
d) Excessive immorality (doing something wrong without fear).

4) Four things that increases the wetness of face & its happiness:

a) Piety
b) Loyalty
c) Generosity (being kind)
d) To be helpful to others without he/she asking for that.

5) Four things that stop the Rizq (Sustenance):

a) Sleeping in the morning (from Fajr to sunrise)
b) Not Performing Namaz or Ir-regular in Prayers
c) Laziness / Idleness
d) Treachery / Dishonesty

6) Four things that bring / increase the Rizq:

a) Staying up in the night for prayers.
b) Excessive Repentance
c) Regular Charity
d) Zikr (Remembrance of Allah / God).

The Holy Prophet (Peace be upon him & his progeny), Also said to communicate to others even if you listen One Verse (Ayah) & this one verse will stand on the Day of Judgment for intercession.

The Holy Prophet (SAW) said, Stop doing everything during the Azaan, even reading the Quran, the person who talks during the Azaan will not be able to say the Kalima AShah ad a on his/her death bed…. Please pass this message to Muslims… READ THIS DUAA FOR BETTER LIFE

Allahumma- inni- ala- Zikr-ika -wa Shuk-rika wa husni-ib ad -atika
A very powerful Dua’a has been sent to you. What do you think you should do with it? Imagine if 1000 people read it just because of you. Jazakallah.

Wednesday, January 20, 2010

coretan tengah malam..


Salam pada pmbaca..nothing yg nak dtulis sangat hari ni..tapi nak tulis jugak..haha..bosan sangat sekarang..baca Data Structure pon x masok2..baik post something dekat blog..ada jugak la kerja yang berfaedah..dari asyik dok fb~ing ja..sometimes bosan jugak fb~ing tiap2 hari..so better berblog~ing..skurang kurangnya dapat input baru dari blog kawan2 dan share something dengan kawan2..pahala pon dapat jugak..aku harap aku istiqamah la dlam melakukam kerja2 dakwah ni..bukan senang nk maintain iman kita ni..sekejap naik sekejap turun..kerja2 dakwah ni pon kadang betul2 mnguji diri kita..perasaan malu, takot, malas nak buat kebaikan n mcm2 lagi sering dijadikan alasan..sometimes ada rasa mcm nak lari saja dengan kerja2 dakwah ni..tapi dengan fikiran yang waras ni aku masih mampu berfikir mana baik dan buruk..jika aku tinggalkan kerja dakwah ni,siapa lagi yang akan lakukannya..kalau bukan diri kita yang mulakan, siapa lagi yang dapat kita harapkan???Terdapat satu hadis mengatakan bahawa "sesiapa yang mengucapkan "lailahaillallah" maka wajiblah dia berdakwah".Aku paham..manusia memang x dapat lari dari melakukan kesilapan..termasuklah diriku ini..aku harap dapat mempelajari dan mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam so nanti bekalan untuk hari kmudian dapat ku bawa dengan hati yang gembira..bukannya dengan dukacita(mintak simpang)..ksimpulannya, marilah kita sama2 berdakwah..

Dari Surah At Taubah ayat 71;
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma´ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Tuesday, January 19, 2010

Pantun Agama

Hayatilah:

Sungguh indah pintu dipahat
Burung puyuh di atas dahan
Kalau hidup hendak selamat
Taat selalu perintah Tuhan

Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ke akhirat juga akan sudahnya

Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan Tuhan
Tiada siapa dapat menduga

Belatuk di atas dahan
Terbang pergi ke lain pokok
Hidup mati ditangan Tuhan
Kepada Allah kita bermohon

Daun tetap di atas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Perbuatan haram jangan dicuba

Terang bulan terang bercahaya
Cahaya memancar ke Tanjung Jati
Jikalau hendak hidup bahagia
Beramal ibadat sebelum mati

Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat jasad tidak sembahyang

Kulit lembu celup samak
Mari buat tapak kasut
Harta dunia janganlah tamak
Kalau mati tidak diikut

Banyaklah masa antara masa
Tidak seelok masa bersuka
Meninggalkan sembahyang jadi biasa
Tidak takut api neraka?

Dua tiga empat lima
Enam tujuh lapan sembilan
Kita hidup takkan lama
Jangan lupa siapkan bekalan

Kalau Tuan pergi ke Kedah
Singgah semalam di Kuala Muda
Sembahyang itu perintah Tuhan
Jika ingkar masuk neraka

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Pak Kulup anak juragan
Mati diracun muntahkan darah
Hidup di dunia banyak dugaan
Kepada Allah kita berserah

Letak bunga di atas dulang
Sisipkan daun hiasan tepinya
Banyak berdoa selepas sembahyang
Mohon diampun dosa di dunia

Encik Borhan seorang kerani
Terkemut-kemut bila meniti
Tinggalkan sembahyang terlalu berani
Sepertii tubuhnya takkan mati

Sayang-sayang buah kepayang
Buah kepayang hendak dimakan
Manusia hanya boleh merancang
Kuasa Allah menentukan

Masa berada di Pulau Jawa
Rakan diajak pergi menjala
Maha Berkuasa jangan dilupa
Kuasa Allah tidak terhingga

Nyiur mudah luruh setandan
Diambil sebiji lalu dibelah
Sudah nasib permintaan badan
Kita di bawah kehendak Allah

Kemuning di dalam semak
Jatuh melayang ke dalam paya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya?

Harimau belang turun sekawan
Mati ditikam si janda balu
Ilmu akhirat tuntutlah tuan
Barulah sempurna segala fardu

Kera di hutan terlompat-lompat
Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh sifat mengumpat
Dilaknat Allah dunia akhirat

Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang subuh
Minta doa kepada Tuhan

Anak ayam turun sembilan
Mati seekor tinggal lapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Duduk berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh

Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Turut mengikut alim ulama
Supaya betul jalan makrifat

Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Kita hidup mesti beragama
Supaya hidup tidaklah sesat

Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tengah lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung

Bulu merak cantik berkaca
Gugur sehelai ke dalam baldi
Jika tak banyak kitab dibaca
Jangan mengaku khatib dan kadi

Inderagiri pasirnya lumat
Kepah bercampur dengan lokan
Sedangkan nabi kasihkan umat
Inikan pula seorang insan

Anna Abadi pergi berenang
Sambil berenang berdondang sayang
Jika hidup dikurnia senang
Jangan lupa tikar sembahyang

Monday, January 18, 2010

yang pergi x kan kembali..

Salam untuk semua..tanggal 17.1.2010 bersamaan 2 Safar 1431(Ahad)..tepat jam 2ptg..perginya nenekku yg tercinta mngadap Yang Maha Esa buat selama lamanya..namun tiadanya aku di sisinya ktika saat hembusan terakhir menyebabkan diriku ini terasa sedikit terkilan..kematiannya hanyalah 45 minit selepas aku bertolak pulang ke UMP..Masyaallah..xdapatku tahan lagi perasaanku ketika itu..nenek yang kusayangi dan cintai sudah pergi selama-lamanya..namun yang lebih terkilan ialah mak cikku(anak bongsu drpd 8 org)yang tak sempat meratap wajah nenekku..ketika mak cikku sampai di rumah nenek, jenazah telah dikebumikan..namun mak cik2ku yang lain bersama ibu bapaku berada di sisnya sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir..nenekku disemadikan slpas asar..smoga rohnya di tempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh..semoga rohnya dicucuri rahmat..Al-Fatihah kepada arwah..

Ku selitkan bersama lirik lagu nyanyian kumpulan Rabbani. Sama2lah kita menghayatinya..

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Thursday, January 14, 2010

Kelebihan membaca surah yaasin...

Kelebihan Surah Yassin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu:

~Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
~Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
~Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
~Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
~Jika terpenjara akan dibebaskan.
~Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
~Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
~Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
~Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
~Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
~Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
~Sabda Rasulullah s.a.w lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
~Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
~Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Surah Al-Ahzab:71)

Tuesday, January 12, 2010

Hawa


Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tdak menilai wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

Khasiat Ayat Al-Quran


Khasiat Ayat Al-Quran

1) Surah Al Waaqiah / Ayat 19 :
Baca bila sakit kepala dan sapu tempat sakit
Surah Al Waaqiah: Baca setiap malam sebelum tidur.
Fadhilatnya: Tidak merasa kepapaan atau kehinaan; kaya jiwa bukan harta.

2) Surah Al Baqarah / Ayat 156 :
Baca dalam musibah bukan sahaja kematian
Surah Al-Baqarah baca selama 3 malam, syaitan tak masuk rumah selama 3 malam.

3) Surah Ibrahim / Ayat 40 :
Baca untuk diri dan keturunan supaya rajin solat. Amalkan setiap selepas waktu Asar

4) Surah At-Talâq / Ayat 2-3
Ayat Seribu Dinar : Barangsiapa bertaqwa, Allah akan tolong dalam kesusahan dengan rezeki yang bertambah.

5) Surah Al-Hadid / Ayat 3 :
Baca sebelum tidur, untuk kukuh iman

6) Surah Tâ Hâ. / Ayat 25 – 27
Doa untuk masuk periksa, majlis ceramah ,temuduga elok ajar anak.

7) Surah Al-Mulk / Ayat 14 & 15
Doa untuk jauhkan seksa kubur
Untuk Sakit, baca & gosok tempat sakit.
Untuk Mohon murah rezeki

Surah Al Qadr
Doa untuk yang lemah jadi kuat,miskin jadi kaya, yang hina dihormati orang. 3X selepas subuh & maghrib

9) Surah Al-Anbiyâ’ / Ayat 83 :
Doa Nabi Ayob – ketika sakit selama 18 tahun

10) Surah Al Ahqaf / Ayat 15 :
Doa untuk diri dan ibubapa serta zuriat supaya tetap dalam iman

11) Surah Al-Furqân/ Ayat 74
Doa untuk rumah bahagia, dibaca setiap lepas waktu solat (5 X sehari).

12) Surah Al-Imran / Ayat 200
Doa untuk jadi orang sabar, selepas habis ayat, sebut Allah Ya-sabur, Ya-sabur, berulang kali.

13) Surah Ash-Sharh
Dibaca oleh Nabi Muhammad SAW ketika susah hati. Kesenangan untuk masuk periksa, hati tenang. 40X selepas solat fardhu.

25 pesanan Luqmanul Hakim


01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Nasihat Imam Ghazali

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.


2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.


3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.


4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..


5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya

Saturday, January 9, 2010

SAHAM's family day

Assalamualaikum..hari ni aku bersama sahabat2 dari SAHAM mengikuti program family day yang dianjurkan oleh Unit Dakwah Luaran SAHAM..program ini diadakan di Pantai Sepat..aku sangat gembira dapat mengikuti program ini kerana program ini dapat mengurangkan tekananku dari belajar terutama Data Structure..assignment yang berlambak-lambak..kuiz OS(operating system).. kerja2 dakwah dalamn dan mcam2 lagi la..kalau nak cerita pasal tekanan ni banyak sangat..haha..ni dah lari dari topik yang sebenar..ok..sambung cerita pasal family day..kami semua bertolak dari UMP pukul 8.00 pagi..perjalanan ke pantai sepat hanya mengambil masa selama 45 minit sahaja..kami telah dibawa menaiki dua buah bas..satu bagi muslimin dan satu lagi muslimat..semasa dalam perjalanan sempat temanku Sarah sempat lagi tidur..haha..Sarah memang begitu..mana2 pon dia dapat tidur..aku ni kalau dala bas memang susah sikit nak tidur..tapi kalau letih sangat memang tak ingat dunia dah..pada pukul 8.45 pagi kami sampai di tempat destinasi..pantai di situ agak lengang dan sedikit kotor..kami berkumpul untuk mndengar taklimat dulu dari Akhi Rashid..then kami dibahagikan kumpulan untuk mengutip sampah sekitar kawasan pantai tersebut..kami dibahagikan 5 kumpulan..dua lelaki dan tiga perempuan..banyak juga sampah yang berjaya kami kutip..selepas selesai mengutip sampah, kami berkumpul semula dan diberi sarapan pagi..sebelum makan kami dibahagikan kepada dua kumpulan untuk muslimat dan satu kumpulan untuk muslimin..yang unik ketika bersarapan ialah kami kena taaruf dulu kpada ahli kumpulan dan suapan pertama roti tersebut hendaklah diberikan kepada orang sebelah kanan kita..sangat manarik..terasa seperti iftar jamaie la pulak..kemudian kami mendengar sedikit briefing mangenai aktiviti yang akan dilakukan oleh Akhi Azizan..dibahagikan pula dalam 8 bentuk kumpulan, kami diberikan barabg amanah iaitu 2 keping biskut dan dua helai potongan hadis..kami dikehendaki menghafal hadis tersebut sebelum pukul 12 tghhari..kemudian kami meneruskan modul kedua iaitu explorace..dalam explorace ni semangat kerjasama dalam kumpulan sangatlah penting..mungkin jika tiada kerjasama antara ahli kumpulan kami mungkin tidak dapat menyempurnakannya..check point yg first kami terpaksa mengisi air di dalam botol yang telah berebuk..jadi kami kena memikirkan bagaimana caranya untuk menjadikan air didalam botol penuh..masa yang di berikan hanyalah 10 minit..dalam checkpoint ni kumpulan aku gagal..air tetap keluar walaupun menggunakan pebagai cara..namun kegagalan kami tidak pernah mematahkan semangat kami..di checkpoit 2, kami harus menyambung paip dan memastikan guli yang berada dalam paip tersebut tidak jatuh ke tanah..dalam checkpoint ni kami berjaya melakukannya dengan pantas sekali seterusnya melupakan kegagalan kami di checkpoint pertama tadi..kemudian kami meneruskan explorace kami ke checkpoit 3..kami bermain permainan teka..jadi seorang dari kumpulan aku haruslah membayangkan benda agar kami dapat menekanya..alhamdullilah kami berjaya meneka sebanyak 8 pembayang..kemudian diteruskan pula dengan pencarian cebisan kertas dalam pasir untuk checkpoint 4..kumpulan aku gagal untuk mencari cebisan2 kertas tersebut..jadi kami gagal di checkpoit 4..di checkpoint 5 kami haruslah menjawab soalan2 yg dikemukan..kami berjaya menjawab kesemanya walaupun soalan terakhir sekali agak mencabar..then kami pergi ke tempat briefing dan dikehendaki menghafal potongan hadis yang diberikan..alhamdullillah, kesemua ahli kumpulan berjaya menghafalnya..kesemuanya kelihatan gembira dengan aktiviti explorace tersebut walaupun terdapat kegagalan di beberapa checkpoint..modul seterusnya ialah permainan belon..setiap kumpulan hendaklah menghantar 6 ahli kumpulannya bagi mewakili kumpulan masing2..aku menjadi penyokong bagi kumpulan aku..haha(malas nak main punya pasal)..kemudian kami harus membina istana pasir mngikut kreativiti kami dalam modul seterusnya..kami makan tengahari dalam pukul 12 lebih..kami makan dalam talam secara berjemaah..kemudiaan sembahyang zohor di masjid berdekatan..selepas selesai sembahyang kami mendengar sedikit tazkirah disampaikan oleh Ustaz Azmi sebelum berlangsungnya majlis penyampaian hadiah dah penutup..selepas berlangsungnya majlis penutup kami bebas melakukan apa2 aktivti..dan kumpulan aku membentuk bulatan dan bertaaruf dan kemudiannya mendengar sedikit tazkirah dan nasihat dari Kak Shahaidah..pelbagai input yang diberikan oleh Kak Sha..sebelum pulang kami mengadakan sesi fotografi..dan kami bertolak pulang ke UMP pada jam 4.30 ptg..


pemandangan di pantai sepat...

Thursday, January 7, 2010

Aurat kaki..pentingkah???

Assalamualaikum aku ucapkan pada para pembaca..hari ini aku tak ada apa sangat nak dikatakan cuma nak tekankan sikit tentang aurat yang kini diambil ringan oleh kaum wanita iaitu aurat kaki..seperti kita sedia maklum,aurat wanita ialah keseluruhan tubuh kecuali kedua tapak tangan dan muka sahaja..jadi,kaki juga merupakan aurat kpada wanita..namun, kaum wanita sekarang kurang menyedari kepentingan untuk mnutup kaki mereka..sometime ada sesetengah orang mengatakan yang "tak pa ja..yang penting kita pakai tudung, baju dah labuh sampai ke punggung..itu dh dikira tutup aurat la"..masyaAllah, bertapa diambil mudahnya soal aurat ni..ada satu hari tu, kawan saya yang non-muslim pernah bertanya kpada saya "Why you wear socks but they didn't??"..pada masa yang sama kawan saya yg seagama dengan kita tidak memakai pun..ketika itu aku memikirkan juga bagaimana mahu menjawab soalan itu..tapi aku memberinya jawapan yang ringkas dan padat iaitu "sebab islam yang suruh"..itu sahaja jawapan yang terlintas dalam fikiran aku..dulu pun aku kurang ambil berat juga tentang aurat kaki ni..namun selepas banyak mengikuti usrah2, aku sedar bahawa betapa pentingnya menutup aurat kaki..aku ada dengar satu cerita dimana ada seorang wanita yang baik masuk neraka di sebabkan hanya tidak memakai stokin kaki..YA Allah..hanya disebabkan tidak memakai stokin, wanita tersebut tidak dapat masuk syurga..terasa betapa ruginya pada masa itu..islam menekan kita untuk menutup aurat kaki juga disebabkan untuk mengelakkan dari fitnah..sebenarnya kaum lelaki dapat membaca selok-belok mengenai wanita tersebut melalui kakinya dan boleh menimbulkan fitnah kpada wanita tersebut..disebabkan itulah islam menyuruh kita memakai stokin kaki bagi membuang fitnah2 tersebut..insyaAllah, Allah akan melindungi kita dari segala fitnah dan keburukan jika menurut apa yang disarankan oleh islam..islam bukanlah agama yang membebankan tetapi islam adalah agama yang adil..ada hikmahnya kenapa Allah mnyuruh kaum wanita menutup aurat kaki..Kesimpulannya, saya menyeru pada rakan2..marilah kita sama2 mngubah diri kita kearah kebaikan..

Monday, January 4, 2010

Tentang Kebaikan..


Ambillah kebaikan dari orang yang mempunyai kebaikan dan tinggalkanlah keburukan yang ada pada orang yang mempunyai keburukan.

Latihlah diri kita untuk membalas dengan kebaikan kepada orang-orang yang telah berbuat keburukan kepada kita.

Belajarlah menahan diri dari selalu ingin melihat jasa dan kebaikan sendiri. Orang yang ikhlas itu bijak menyembunyikan kebaikannya sebagaimana dia menyembunyikan keburukannya.

Tidak ada sesuatu yang lebih baik daripada akal yang diperindah dengan ilmu, ilmu dengan kebenaran, kebenaran dengan kebaikan, dan kebaikan dengan taqwa.

Orang yang beriman itu mempunyai upaya untuk mengajak kepada kebaikan, mengajak kepada perkara-perkara yang akan mendekatkan kepada Allah dan melarang dari perbuatan yang tidak disukai Allah.

Sunday, January 3, 2010

Program B-Pro SAHAM...

Assalamualaikum kpada semua pembaca..hari ini nak cerita sikit la pasal program B-Pro Saham yang telah diadakan pada 1.1.10 bersamaan hari Jumaat yang lalu..B-Pro Saham ni adalah singkatan bagi Bengkel Pengurusan Organisasi Sahabat Masjid..program bermula dari 7.30 pg dan berakhir pada 11.00 malam di WDK1..program ini dilaksanakan untuk pelajar2 yang berada dalam organisasi SAHAM..saham terbahagi kepada empat unit iaitu unit dakwah dlaman..unit dakwah luaran..unit penerbitan dan dokumentasi dan unit keusahawanan..selaku penolong dalam biro makanan bagi unit dakwah dalaman, sudah mnjadi kewajipanku untuk menghadiri program ini..program ini banyak melatih kami bagaimana untuk berkomunikasi dlam dan luar unit,bergerak dlam tugasan yg diberikan, mlatih kami untuk mengendalikan program yang dibuat oleh saham..sebagai pelajar tahun pertama..sudah semestinya kami kurang dari segi pengalaman untuk mengendalikan program2 dan acara2..dlam LDK 1 kami dari setiap unit haruslah membentangkan post mortem, msalah, dan resolusi bagi semester dua..untuk LDK 2 pula kami diberikan satu tugasan yang dinamakan "Terjah Teluk Cempedak"..kami telah dibahagikan dalam 6 kumpulan dan harus memikirkan bagaimana untuk mngendalikan program "terjah teluk cempedak" dengan jayanya..slot ini dikendalikan oleh En Azhar..kmudian program diteruskan pula dengan ceramah bersama Ustaz Mansor Sulaiman pada waktu maghrib..beliau menekankan tentang kepentingan berorganisasi..katanya "Gerak kerja akan lebih trsusun jika terbentuknya organisasi dan organisasi haruslah dilaksanakan dengan sistematik"..slpas isyak diadakan pula modul khas..kitaorang kena main game..lpas main game, diadakan pula sesi soal jawab bersama MT(majlis tertinggi)..byak soalan telah dilontarkan dalam slot ini..Antara isu hangat ialah isu dakwah kpada non-muslim, penglibatan senior dalam saham dan pelbagai lagi..program berakhir pada jam 11 lbih..


Barisan unit makanan


prmbentangan setip unit..

Kawan-kawanku

Puteraku

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Doa Rabitah

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."