Sunday, November 20, 2011

Sumbangan Sempena PRIMA



Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Allhamdulillah..

Assalamualaikum wbt khas saya ditujukan buat pembaca sekalian..bersyukur kehadrat Ilahi dengan InayahNya masih berada dalam nikmat Iman dan Islam yang tidak terhingga nilainya..Salam dan selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW..

Alhamdulillah, kali ni saya berpeluang untuk post something dekat entri..entri kali lebih berkisar tentang program yang bakal saya dan perwakilan mahasiswa kolej kediaman 3 jalankan tidak lama lagi..insyaALLAH, biiznillah, Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3 (PeKa 3) Universiti Malaysia Pahang dengan kerjasama Student Affairs and Alumni Department (SAffAD) dan Majlis Pengetua akan mengadakan Program Jelajah Masyarakat Pribumi Malaysia (PriMa)..program ni akan dijalankan pada 2-4 Disember 2011..

Jadi kami dari PeKa 3 UMP mengharapkan sumbangan ikhlas tuan/puan/encik/cik  bagi menjayakan lagi program kami kali ni..Antara sumbangannya adalah :

- BUKU
- DUIT
- PAKAIAN TERPAKAI
- PERALATAN TULIS
-BEKAS MAKANAN 
(tupperware)
dan sebagainya


Butiran untuk sumbangan :

Tempat : Bilik Gerakan Perwakilan  Mahasiswa Kolej Kediaman 3 ,UMP
Tarikh : 18 Nov 2011 - 1 dis 2011
Masa : 10 am - 11.30 pm

Jika berminat untuk memberikan sumbangan atau untuk meyumbangkan barang-barang anda melalui post, bolehlah terus mengahantar kepada :

NORHASLINDA BT. HAMIDON,
BLOK C1 GF 04 KOLEJ KEDIAMAN 3,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26300 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR.


Jika terdapat sebarang kemusykilan/pertanyaan, bolehlah terus menghubungi :

1. Cik Norhaslinda Binti Hamidon : 013-4659578
2. Muhammad Zahid Bin Nazaruddin : 014-2329579

Sumbangan dan sokongan anda terhadap program ini amatlah kami hargai, dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.










Wednesday, November 2, 2011

Rasulullah Tauladan Sepanjang Zaman


Kisah Rasulullah Sebagai Pengajaran


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas....

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Tuesday, November 1, 2011

Rasulullah dengan Sebiji Limau


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.

Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka
bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu,
sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut.

Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya. "Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.

Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Thursday, October 20, 2011

Kehidupan Da'ie

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Bersyukur kehadrat ilahi dengan inayahnya masih lagi dapat mengecap nikmat iman dan islam..semoga berterusan istiqamah dalam kehidupan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi..disini, suka untuk aku berkongsi satu artikel yang sangat bermakna dan amat terkesan dalam diri ini..ambillah beberapa minit untuk membacanya..

Adakah Aku Manusia Yang SIBUK??"


Terkadang aku sering merasa malu..
pantaskah aku menggelar diriku sibuk?
Aku malu sangat..tersangat malu...
Aku pernah bertemu dengan manusia..
yg masa tidurnya bukan ats tilam yg enak..
tapi pada lantai, pd kerusi, pd meja..
hanya kerana badan merasa penat lantas tertidur di situ..
Dan sedang mereka lena, pantas pula mereka bangun, dan meneruskan kerja mereka..

Aku pernah bertemu dengan manusia..
masa rehatnya hanya pada ibadah...(camne tu??)

Aku malu,
siapakah aku untuk claim aku ini sibuk?

"Sesungguhnya telah datang kepada kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yg mnjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkn perasaa belas serat kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman."

(Maidah:128)
Rasulullah lagi sibuk weyhh!!

Adakah sudah cukup amalanku? Hingga mampu aku mendabik dada dan mula berehat..
“I have done my best! Now I just want to have the time for myself..”

Seringkali aku sedih, jika manusia yg dekat denganku berkata-kata padaku:
“Akak, u are so busy! You dont even have time for me..”
Betapa luluhnya hatiku tatkala si adik mengatakn demikian.. Benar, aku sudah tidak sering mengupdatekn cerita-cerita dakwah padanya lantaran sikitnya masa luangku..tapi bukan itu yang aku mahu..
Aisyah, Aisyah ini sibuk saje. Hujung minggu dah takde. Balik malam, duduk depan komputer. Rumah pun perlu dijaga juga..

Itulah dia,susah betul nk tengok Aisyah hujung minggu..
Awak dah lama tak call saya..Sibuk sangt ke?

Itulah dia untaian kata-kata yg sering m'himpit jiwaku, melemahkan perasaanku.. Kerananya aku sering menangis, kerananya berantakan luluh hatiku..
Andainya mereka dpt memahami hidupku, jiwaku dan perasaanku..
tentu mereka takkan berkata-kata demikian..

Bagaimana dapatku fahamkan mereka?
Bagaimana?
Dakwah sentiasa disalahkan..
tatkala aku sibuk
tatkala aku tak layan orang..
tatkala aku tak ade masa..
Even takde masa nak kemas bilik sendiri..
dan orang akan mula mengatakan..
dah kawen nanti camne? Dah ada anak nanti camne?

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

tolonglah faham hidup aku............!!
This is my life!
I want to live with this life, and I want to die with it!
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah (wasilah) jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya;dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.."(Maidah:35)
Inilah hidupku..
Wasilah inilah yang dapat menghantarkan aku pada Allah..

Allah Rabbul Jalil yang memperkenalkn aku akan erti hidup ini
Akan kemanisannya udara yang kusedut,
Akan nikmatnya dapat berdiri, bernafas, berfikir, dan bergerak di atas asmaNya..
Asma Allah..
Apakah kenikmatan yang lebih besar, dari kenal Allah, cintakan Allah, cintakan jalan Islam, dan perasaan keimanan yang membuak2..
Sebab itu aku mengikuti wasilah(jalan) ini..
aku ikuti ia supaya ramai manusia sama2 dapat mencium harumnya sungai-sungai syurga..yang khas disediakan untuk mereka yang melumatkan diri mereka di dalam dakwah..
"Iaitu,kamu beriman kepada Allah dan rasulnya, serta kamu b'juang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu:yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu,jika kamu hendak mengetahui(hakikat yang sebenarnya).Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman2 yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga"Adn".Itulah kemenangan yang besar.(Saff:11-12)"

Memang aku sedih, tatkala orang di sekelilingku terasa dengan kesibukanku.
Apatah lagi anak-anak usrahku..

Bilalah masanya aku dapat bermutabaah amal..dapat berborak..dapat berbincang..dengan mereka..

Same je aku..dulu dan sekarang..
Itulah dia alasan yang sama..
SIBUK!!

Pergh..orang lain pun sibuk..ok je..
Ya Allah, bantulah aku..aku memang tak mampu Ya Allah..menjadi sempurna pada setiap ketika..
tapi kau faham Ya Rabb..
Kuatkn driku ya Allah..brikanlah aku kekuatan menempuh liku-liku hidup ku ini..
Jika manusia lain, hujung minggu mereka akan berjalan-jalan, akan sibuk pergi membeli belah..
Hidup daie ada 2 sahaja: Pergi program atau belajar..

Pelik hidup seorang daie ini,
Jika manusia biasa, masa santai akan menghabiskan movie, atau series korean,
Bagi dia, masanya itu untuk catch up bahan-bahan untuk prepare pengisian-pengisian dalam program atau usrah..

Pelik hidup daie ini,
Duitnya entah ke mana...
asyik tak cukup aje..
balik-balik kena sponsor..
tapi orang tak nampak..duitnya itu..
10 pound..50 pound, 100 pound.. semuanya untuk apa?
duit minyak, transport, bantu orang susah, infak..
manalah ada untuk diri sangat..
Apalagi yang peliknya daie ini..
Haa..apasallah benda-benda kecil takleh terurus..terlupa itulah..terlupa inilah..
Hal diri sendiri pun tak terurus, nak uruskan hal dunia..!
Piiiiraaahh Daie!

Huhuhuh..sedapnya mulut org yang bercakap tu..
Pastu, yang kau tak pegi dakwah tu apasal?? Kalau sama2 berdakwah, takdelah banyak kerja nak kena buat!! Ringan bebanan nak kena buat..

Kalau kitalah kena bawak usrah, kitalah jadi penceramah, kitalah pengarah program, kitalah juga kena score exam, kitalah kena layan mad'u, kena penuhi semua jemputan... semua kita..

camnelah nak sempat nak buat benda-benda kecil tersebut..Superman pun kalah!..

Pernah seorg daie ini, selama 3minggu tak sempat nk basuh bju.. dan takde sape nk tolong dia bsuhkan.
orang akan menyalahkan dia, tu lah sibuk sangat nak bedakwah orang, dri sndiri tak terjaga..

Tapi itulah daie, orang cakap ape, telan aje die.. senyum je die..
sebab dunia dah melihat dan nampak..

Yang takkan memberi signifikan apa2 pd dunia, adalah orang yang hanya menuding jari menyalahkn orang.. dan hanya menunggu-nunggu mencari kesalahan orsng lain..

sedangkan yang banyak mengubah dunia adalah..
mereka yang mengorbankan diri mereka, status, harta, wang.. demi utk Allah..demi utk menyebarkan islam di serata dunia...

Jadilah pejuang dakwah, tidak sekadar penikmat dakwah atau pendukung dakwah.. Jadilah seorang muslim mujahid(muslim pejuang), bukan muslim qa'id(muslim yang duduk).

"Tidaklah sama seseorang yang berjihad di jalan Allah dengan orang-orang yang hanya duduk tidak berbuat sesuatu untuk agama Allah"(4:;95)

Santapan Rohani


إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِيْنَ: 1
(Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar)

إِنَّ اللهَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ: 2
(Sesungguhnya Allah berkuasa atas tiap-tiap sesuatu)

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا:3
(Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami)

اِضْحَكُوْا قَلِيْلاً وَابْكُوْا كَثِيْرًا:4
(Ketawalah sedikit dan menangislah banyak)

إِنَّ مَعَ العُسْرِ يُسْرًا:5
(Sesungguhnya bersama kesusahan itu adalah kesenangan)

التَّعَلُّمُ يَتَطَلَّبُ الصَّبْرَ:6
(Pembelajaran itu menuntut kesabaran)

الدُّعَاءُ سِلاَحُ المُؤْمِنِ:7
(Doa itu merupakan senjata bagi orang yang beriman)

اللَّهُمَّ زِدْنِيْ عِلْمًا:8
(Ya Allah, tambahkanlah ilmu kepadaku)

اللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ:9
(Ya Allah, bukakanlah untukku pintu rahmatMu)

جَعَلَ اللهُ العَقْلَ لِلتَّفْكِيْرِ:10
(Allah menjadikan akal untuk berfikir)

Kawan-kawanku

Puteraku

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Doa Rabitah

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."