Friday, July 15, 2011

Bulan Ramadhan


Assalamualaiku wbt dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat semua..semoga sahabat-sahabat semua dikurniakan kesihatan yang baik bg memudahkan kita utk beribadah kepadaNya..bg yang kurang sihat itu, semoga ianya menjadi kafarah dosa2 kita yang lalu..

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Aku masih lagi berpeluang utk menulis pd hari ini..syukur padaMu dengan nikmat IMAN dan ISLAM yg diberikan padaku..jua nikmat Hidup, nikmat menghirup udaraMu, nikmat makan, nikmat minum dan semua nikmat yang diberikan padaku..

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? "
Surah Ar -Rahman

Hari ni aku dikejutkan dengan pemergian seorang Mujahidah, Pendokong Gerakan Islam, @ Tok Saudaraku, Mariam Binti Ali..semoga rohmu dicucuri rahmat dan mudah mudahan tok yam tergolong dalam golongan solihin..

InsyaAllah, tinggal beberapa hari saja lagi, bulan Ramadhan bakal menjelma..masih sempatkah aku utk Ramadhan kali ini? Tidak sabar utkku berjumpa pada bulan yang penuh barakah dan mulia..



Saya mewakili Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pelajar UMP dan semua muslim di Malaysia.

Monday, June 20, 2011

Masa lapang





Assalamualaikum wbt..

Cantik x desktop kat atas tu..boleh tahan la..baru first time mencuba..tapi mmg menarik..desktop ni dipanggil OMNIMO 4 + Rainmeter....credit to anip coz berkongsi sedikit ilmu yg berguna jugak..


Sunday, June 19, 2011

Ucaplah TERIMA KASIH


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan nikmat iman dan nikmat islam..
Aku bersyukur ke hadratmu Ya Allah, kerana masih lagi memberikan ku peluang utk menghirup udara segar milikMu Ya Allah..memberikan kesihatan utkku beribadah padaMu..memberikan kasih sayangMu melalui orang tuaku dan sahabat2 kpada ku..

Hampir beberapa bulan tidakku tulis disini..mmg ada keinginan utk menulis tapi masa tidak mengizinkan disebabkan terdapat AMANAH yang lagi besar harus aku pikul..Result sem kedua sesi 10/11 telah pun keluar pada hari rabu lepas, 15 Jun 2o11..TARGET ARCHIEVED!!! itu sahaja yg dapat ku ungkapkan..tatkala melihat wajah gembira kedua ibu bapa ku setelah melihat resultku sudah membuatkan aku berasa gembira teramat sangat..ku ingin mengucapkan ribuan trima kasih kpada ibu bapaku yg bnyak memberikan smngat dan bnyak mengeluarkan wang ringgit kpada ku, tidak lupa juga kpada lecturer2 ku yang bnyak bersusah payah mengajarku..walau mcm2 soalan yg aku tnya, diaorang masih melayan juga karenah aku...hihi..juga kepada shbat2, dan famili yg banyak bg support...tq so much..

“Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!” Demikian sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dengan sanad yang sahih dalam al-Adab al-Mufrad, hadis no: 218.

The beauty of this word lies in understand its meaning...when we say ‘Thank you’, we obviously intend to let others know how much we appreciate their help...and that’s the end of story.

But there more to it with Jazakallah Khairun...when we utter this word, we imply not only that we appreciate your help, but also that we don’t believe we could ever repay you for the help you offered and leave it on our Lord Allah to reward you with the very best...

To all my friends and family,
Jazakallah Khairan Kathira for helping me through the difficulties together..Allah will repay all of your goodness..InsyaAllah..

Friday, May 6, 2011

Seronoknya Berukhuwah

Salam..

Dah lama tak update blog..rindu nak mencoretkan something dkat entri ni..hurm..Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi peluang utkku hidup dimuka bumi yg barakah ni, menghirup udara segar, mmberi peluang utkku memperbaiki kesilapan diri, mengurniakan nikmat iman dan islam yg tidak ternilai..

Pejam celik pejam celik, dah nak hbis sem dah..bgitu pantas masa berlalu..btw aku still ada satu paper lagi utk sem ni..seriusly ckap sem ni banyak benda/ peristiwa yg berlaku..x dapat ku tuliskan kesemuanya.. AMANAH..TANGGUNGJAWAB..SAHABAT..USRAH..TARBIYYAH..dan banyak lagi..satu persatu tersemat dalam hati ni..

So, for dis entry, aku nak mencoret pasal SAHABAT..




“Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan”

Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…

Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…

Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…

Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…

Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…

Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…

Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…

Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya….

Teringat saat kita menelan bawang putih bersama sbgai bukti ikrar persahabatan yg dilafazkan mase last usrah..i'll miss that moment..

Sunday, April 24, 2011

Exam is around the corner...

Bukankah 1 hari di akhirat itu bersamaan dengan 1000 tahun di dunia ini?

maknanya 24jam (1440minit) di akhirat itu samalah dgn 1000 tahun di dunia.

maknanya lagi 1 tahun kita hidup di dunia yg fana ini cuma bersamaan dgn 1.44 minit saja di akhirat.

Maknanya lagi kalau kita ikut sunnah rasulullah yg wafat di usia 63 tahun, maka 63 tahun hidup di dunia itu sebenarnya bersamaan dgn 1 jam 30.72 minit kehidupan di akhirat cuma.

Hidup kita hanya sekejab sangat...hanya 1jam 30.72minit ni lah yg dok dikejar siang dan malam. Maka beruntunglah sesiapa yg mengingati mati dan kehidupan yang kekal di akhirat itu.


Assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua..SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2010/2011 kepada semua mahasiswa/mahasiswi Universiti Malaysia Pahang...semoga kita dapat menjawab soalan2 sebaik mungkin...
D = DOA
U = USAHA
I = IKHTIAR
T = TAWAKKAL

“There are no secrets to success. It is the result of preparation, hard work learning from failure.” ~ General Colin Powell

-Diligence
-Persistence
-Taking the Initiative
-Learning from Failure
-Facing Challenges
-Living A Fruitful Life

Do your best =)

Kawan-kawanku

Puteraku

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Doa Rabitah

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."