Wednesday, February 24, 2010

best songs.........


Salam pada pembaca..lma dah x update blog..lagipon x tahu nak post apa..haha..no idea..busy sgt kot..tapi nak bgtau la sikit..now, i'm falling in love with Maher Zain's song..huhu..bait2 liriknya sangat menusuk dikalbu..best sangat2..skrang ayik melayani lagu2 Maher zain saja..korean song pon dah kurang dengar dah..mood dah bertukar..try benda baru pulak..ubah angin dari korean ke nasyid..haha..one of the best song is For The Rest Of My life..sangat suka lagu tu..so aku serta kan sekali dengan liriknya di bawah..hope enjoy..


For The Rest Of my Life-Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..



Insya Allah-Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way


Thursday, February 18, 2010

Karnival Maulidur Rasul 2010

Salam buat para pembaca..Pihak Saham dengan kerjasama PIPI(Pusat Islam dan Pembangunan Insan) serta PEKA(Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman) akan menganjurkan Karnival Maulidur Rasul bermula 25-28 Februari 2010 ini bersempena dengan Maulidur Rasul pada 26 Februari 2010 bertemakan KEMBARA kembali ke madrasah Rasulullah SAW..Dengan itu, Pihak Saham, PIPI dan PEKA menjemput kesemua mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Pahang untuk sama2 mengambil bahagian dalam program2 yang dianjurkan..







Wednesday, February 17, 2010

Mutiara Kata

Salam buat pembaca..tengah boring2 ni..so just nak share mutiara kata yang berharga..enjoy..









Monday, February 15, 2010

Bicara buat hawa...



Salam buat semua..nothing to share..but just now, i have read one interesting article..it is all about hawa..so i would like to share it with all of u..

Hawa,

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam ,kita dizalimi , hak kita dicerobohi , kita ditanam hidup-hidup , tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang ,darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,

Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya ,kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,

Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia , sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah , kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu , dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa , jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu ,kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.

Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan , alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.



Hawa,

Andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang Ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin , jangan kau risau akan jodohmu , ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki ,jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati ,dari senyuman membawa ke salam , dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya ,kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya ,dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan..



Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu,kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu , cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,

Ingatanku yang terakhir , biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam , kerana Allah sukar menerimanya .dan Allah benci mendengarnya..

Tuesday, February 9, 2010

Maksiat...

Salam ukhuwah aku tujukan pada pembaca..diharap semua berada dalam keadaan sihat walafiat dengan keizinaNYA..Alhamdulillah..hari ni dapat juga nak tulih dekat entry ni..sangat busy akhir2 ni..busy dengan kesibukan dunia..mana dengan test..kuiz..assignment..MasyaAllah..hanya tuhan saja yang tahu..ujian dunia...Alhamdulillah hari ni berjaya juga ku tempuhi test database dan os..nak cakap susah pun x,senang pon x..aku dah buat yang terbaik untuk diriku..mungkin setakat itu saja yang aku mampu..jadi hanya tawakal saja kepada Allah..insyaAllah, jika kita ingat kepada Allah, Allah pasti ingat pada kita juga, Allah pasti akan tolong kita..hanya padaMU saja aku berserah..namun dalam kesibukan dunia, haruslah juga kita sibukkan diri menyediakan bekalan untuk akhirat..jangan sampai lalai pulak..hmm..hari ini tergerak hatiku untuk membeli akhbar..sedih menatap muka depan akhbar harian metro tersebut..ia mengisahkan tentang pembuangan anak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang..sangat sedih mengingatkan perbuatan masyarakat sekarang yang sanggup membuang darah daging mereka sendiri..rasa gerun dan takut nak berhadapan dengan dunia yang penuh dengan kemaksiatan dan penipuan..Mungkin hari ini kita boleh jadi baik..soleh..solehah..namun kita tidak dapat menjangka pada masa hadapan..Nauzubillah..Aku memohon padamu YA Allah, agar di jauhkan dengan perbuatan yang dapat menjauhkan aku dengan MU dan agamaMu..aku juga memohon agar dijauhkan aku dengan perbuatan maksiat..

Ingatlah;

Allah berfirman:

“Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu).” - Surah An Nur : Ayat 24.

“Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu).” Surah Yassin : ayat 65.

Jadi, di sini aku sertakan sedikit panduan untuk menghindarkan diri dari perbuatan maksiat yang dapat mengundang kemurkaan Allah SWT..
1) Menjaga Mata
Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.

2) Menjaga Telinga
Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida’ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.

3) Menjaga lidah
Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka. Jagalah lidah kita dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.

* Ingat betul2 pesanan Rasulullah S.A.W. ini. Sabda baginda : “Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun.” - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.

4) Menjaga perut
Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.

5) Menjaga Kemaluan
Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T.

6) Menjaga Dua Tangan
Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.

7) Menjaga Dua Kaki
Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.

Sunday, February 7, 2010

Kuku dan Jari..


Salam buat pembaca..nak kongsi sikit tntang kuku dan jari..
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.



Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Friday, February 5, 2010

kongsi ilmu..


Salam kpada pembaca..apa khabar semua??smoga sihat dan ceria2 selalu..tadi baru saja lepas telefon umi(ibu) yang tercinta..rancak bersembang hingga ralit pulak..maklumla..kalau sekali telefon tu macam2 cerita keluar..yang penting ke...x peting ke..smua nak cerita jugak..itulah saja cara nak melepaskan rindu yg menggunung..walaupun 2-3 hari sekali telefon..rindu tu still x hilang jugak..haha..tapi ini x bermakna aku ni anak manja..anak sulong bkn anak manja(tak pasti la betul ke tak)..hahahaha

sebelum terlupa, aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir pada rakanku,Kamilia Hani yg mnyambut hari klahirannya pada hari ini..x lupa juga pada Surya Nor Syazwani, yg mnyambut hari lahir pada 4 Feb(kelmarin)..sorry Surya..lambat wish..terlupa sangat2..minggu ni aku betul2 sibuk..sibuk dengan assignment dan kerja untuk unit dakwah dalaman..namun aku terima semua ini sebagai cabaran hidup sebagai seorang pelajar dan hamba..

"Sesungguhnya Allah tidak akan membebani manusia dengan sesuatu yang tidak mampu kita tanggungi."

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)" (3:200)

"Sesuatu kejayaan adalah lebih bermakna apabila ia disertai usaha yang bersungguh-sungguh...orang yang mudah berputus asa tidak mungkin beroleh kejayaan yang cemerlang. Biarlah bersusah dahulu, asalkan senang kemudian"

ok..sebenarnya malam ni x ada apa pon nak cerita cuma aku nak kongsi serba sedikit pengetahuan aku tntg tauhid yg disampaikan oleh Abg Irsyad masa kuliah maghrib tadi..seperti yg anda tersedia maklum,tauhid itu sndri bermaksud "mempercayai bahawa tuhan itu hanya satu".Tauhid terbahagai kepada tiga iaitu tauhid rubbubiyah,uluhiyah dan asma wa sifat..

Allah berfirman :
“Sedangkan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang” (QS 2:163)

Tauhid rubbubiyah
-Beriman kepada Allah(beriman kepada yang satu)

Kita dapat lihat, agama seperti majusi mempercayai terdapatnya 2 tuhan iaitu:
1) Tuhan JAHAT(tuhan api)
2) Tuhan BAIK(tuhan cahaya)

Manakala agama nasrani pula mempercayai terdapat 3 tuhan..

Tauhid Uluhiyyah
-tidak ada perkongsian Allah dengan orang lain..sebagai contoh,kalau kita membuat sesuatu perkara bukan kerana Allah(yg menimbulkan perasaan riak atau ingin menunjuk-nunjuk)..
-riak adalah dalam kategori syirik kecil..

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan orang yang syirik kpadaNya..Allah akan mengampunkan dosa2 lain selain daripada syirik"

MasyaAllah, bertapa bahayanya jika kita mempunyai perasaan riak ini..jika kita ter"riak",cepat2lah kita beristigfar..takut2 nanti kita mati dalam keadaan syirik..

Asma Wa Sifat
-Allah bersifat dgn sifat2 yang mulia..
-pengesaan Allah melalui nama-nama dan sifat-Nya

Firman Allah
“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS 42:11)

Secara kesimpulannya disini, Allah memberikan kita akal untuk mengenali Allah dan Allah juga mmberi nas2 yg terkandung dalam Al Quran agar menjadi panduan dalam hidup kita..semoga perkongsian ringkas di atas memberikan sedikit sebanyak pengetahuan kpada yang belum mengetahui dan peringatan kepada yang sudah tahu..kalau ikutkan hati, bnyak lagi yang ingin ditulis..tetapi disebabkan masa yg begitu jelez dengan kita, jadi setakat ini dulu coretan dan perkongsian aku untuk post kali ini..

Tuesday, February 2, 2010

Tiada malukah mereka????


Assalamualaikum aku ucapkan kpada smua pembaca..sudah lama aku tidak postkan something dekat entri ni..terasa pulak nak tulis sesuatu hari ini..sebelum kita membincangkan topik hari ini aku nak ucapkan selamat hari lahir buat bapaku yang tercinta, EN ZAINON BIN KASIM yang memasuki usia 44 tahun..kak long mendoakan smoga ayah dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat melakukan, meningkatkan dan meneruskan ibadat ayah kepada Allah SWT..smoga ayah istiqamah dalam melakukan setiap perkara di jalanNya..insyaAllah..

SELAMAT HARI LAHIR BUAT CIKGU ZAINON..


ok..kita teruskan dengan point kita yang sebenar..seperti biasalah selesai saja kelas,selepas makan tengah hari dan solat zohor,aku pon berfb~ing.. semakin lama aku berfb~ing, aku semakin kurang senang dengan segelintir teman2 ku yang sanggup malukan diri mereka menulis prkara2 yang memalukan dan mengaibkan diri mereka sendiri..aku bukan marah mereka dalam bersosial network tapi bagiku bersosial network juga ada batasnya..janganlah sampai membuka aib diri sendiri..dimanakah jati diri mereka sebagai orang islam..sebagai umat Nabi Muhammad SAW..MasyaAllah..inilah umat akhir zaman..sanggup membuka aib sendiri di depan orang ramai malah satu dunia juga mengetahuinya...Astagfirullahalazim..

Tidak menjadi kesalahan dalam bersosial network ni..namun bersosiallah dengan baik..

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Malu dan iman itu adalah teman yang seiring jalan. Jika salah satu daripadanya terangkat (tiada), nescaya terangkat (tiada) juga yang satu lagi.” (Hadis riwayat Muslim)

Kita boleh melihat banyak kejadian seperti curi, rompak, penipuan, rogol, dera dan bunuh boleh dikatakan berlaku di mana-mana saja. Malah perkara seumpama ini semakin kerap kita dengar dan baca melalui media cetak dan media massa...Antara salah satu punca yang menyebabkan berlakunya kejadian sedemikian ialah kerana hilangnya sifat malu dalam jiwa diri seseorang...Ketiadaan sifat malu pada diri seseorang, masyarakat dan pada sesuatu umat atau bangsa, akan memudahkan berlakunya segala macam kemungkaran...Lantaran itu kehidupan manusia menjadi huru-hara, tiada lagi keamanan dan kesejahteraan.

Aku bukanlah insan yang sempurna..namun diatas kesedaran yang diberikan kepadaku bahawa setiap manusia yang melafazkan ungkapan "lailahaillallah",wajib keatas dirinya untuk berdakwah..jadi,aku juga tidak terlepas dari memikul tanggungjawab tersebut menegur perbuatan rakan2ku tersebut..Berdasarkan hadith riwayat Imam Muslim:

"Barangsiapa di antara kamu melihat kemunkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya, dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."


Selemah-lemahnya iman adalah imannya seseorang yang ingin mencegah kemungkaran dengan tangannya tapi tidak mampu, dan ingin mencegah dengan lisannya tapi tidak mampu juga, lantas ia hanya dapat mengingkari kemungkaran tersebut dengan hatinya.

Kawan-kawanku

Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Doa Rabitah

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami."